Selasa, 28 Mac 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi | 28 Mac 2023

28 Mac 2023, Selasa


SOALAN

Minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan sebab Malaysia Space Agency (MYSA) memberi surat sokongan kepada Serba Dinamik pada tahun 2021 dan apakah status terkini kerjasama antara kedua-dua pihak ini.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Selaras dengan Teras 4 Dasar Angkasa Negara (DAN) 2030, Kerajaan melalui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menggalakkan penglibatan industri tempatan dalam pembangunan sektor angkasa yang berterusan bagi menyumbang kepada penjanaan sumber ekonomi negara. Kerajaan melalui MOSTI sentiasa membuka peluang bagi kerjasama strategik di antara Kerajaan dan industri melalui mekanisme Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership - PPP) dan komited untuk memudah cara dalam pengoperasian teknologi dan inovasi serta memberikan khidmat nasihat perundangan dalam bidang angkasa.  

2. Berdasarkan Kajian Ekosistem Industri Angkasa yang dijalankan oleh MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), sehingga tahun 2020, terdapat sekurang-kurangnya 63 syarikat tempatan telah dikenalpasti terlibat dalam aktiviti berkaitan teknologi angkasa di Malaysia.

3. MOSTI melalui MYSA sentiasa memberi sokongan dan menggalakkan kepada syarikat-syarikat tempatan yang bergiat secara aktif khususnya melalui Private Funding Initiative (PFI) bagi merancakkan pertumbuhan industri angkasa seterusnya berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

4. Pada tahun 2021, MOSTI melalui MYSA juga telah memberikan surat sokongan terhadap perancangan sebuah syarikat tempatan iaitu Serba Dinamik Group Berhad (Serba Dinamik) yang berhasrat meneroka potensi teknologi pelancaran satelit dan perkhidmatan teknologi angkasa berkaitan di Malaysia melalui kaedah PFI.

5. Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini, perancangan oleh Serba Dinamik ini tidak dilaksanakan dan surat sokongan MOSTI adalah hanya sebagai galakan kepada usaha mereka, dan tidak mengikat Kerajaan untuk memberikan apa-apa komitmen kepada syarikat berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Selasa, 21 Mac 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pendidikan | 21 Mac 2023

21 Mac 2023, Selasa


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sama ada Kementerian ada rancangan untuk mengubah kembali tarikh pembukaan sekolah dari Mac ke Januari.

Khamis, 16 Mac 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Perdana Menteri | 16 Mac 2023

16 Mac 2023, Khamis


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta PERDANA MENTERI menyatakan status terkini PT Eagle High Plantation Tbk. 

Rabu, 15 Mac 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pendidikan | 15 Mac 2023

15 Mac 2023, Rabu


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kesesakan/kekurangan sekolah di kawasan-kawasan bandar yang berkembang pesat terutamanya di Lembah Klang.

Selasa, 14 Mac 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim | 14 Mac 2023

14 Mac 2023, Selasa


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah langkah Kementerian bagi mengurus e-waste domestik yang semakin meningkat dan apakah status terkini peraturan e-waste. 

Khamis, 2 Mac 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kesihatan | 2 Mac 2023

2 Mac 2023, Khamis 

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status terkini usaha Kementerian untuk mengatasi masalah masa menunggu yang panjang di bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di hospital awam dan swasta.

Rabu, 1 Mac 2023

8 Cadangan Puchong dalam Perbahasan Belanjawan Negara 2023

 

Teks Penuh Ucapan Perbahasan Belanjawan Negara 2023 oleh Ahli Parlimen Puchong

------------------------------------------------------------------------------------------

Terima kasih Tuan Speaker. Hari ini, Puchong ingin memberi 8 cadangan kepada kerajaan. I’ll go straight to the point.


1. Mulakan semula program immunisasi HPV dan adakan program “catch-up”.
2. Setiap tahun kira-kira 1,800 wanita didiagnosis dengan kanser serviks dan kira-kira 900 meninggal dunia akibat penyakit itu.
3. Kanser serviks menduduki tempat ke-4 kanser paling kerap di kalangan wanita di Malaysia dan ke-2 kanser paling kerap di kalangan wanita berumur antara 15 dan 44 tahun.
4. Saringan HPV boleh mengurang insiden kanser serviks dengan ketara.
5. Oleh itu, cadangan Pertama Puchong kepada kerajaan ialah memasukkan saringan HPV dalam Skim Peduli Kesihatan (PEKA B40) memandangkan sekarang kerajaan sedia memasukan saringan penyakit kencing manis.