Jumaat, 26 September 2014

Pasaran pekerja seks bernilai RM 3 bilion dikira hanya ‘aktiviti’ oleh Bukit Aman?

Kenyataan media oleh Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama pada hari Selasa 23 September 2014 di Petaling Jaya.

Bagaimanakah pasaran pekerja seks bernilai RM 3 bilion tidak dikira sebagai ‘industri’ tetapi hanya ‘aktiviti’ oleh Bukit Aman.
Saya amat tersinggung dengan respon Bukit Aman terhadap video “Trapped – The Underage Sex Industry in Malaysia” seperti yang dilaporkan portal The Star Online hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian Maksiat SAC Datuk Roslee Chik dipetik dalam laporan terbabit sebagai berkata bahawa seks bukan sebuah ‘industri’ tetapi hanyalah ‘aktiviti’ dan ianya ‘tidak begitu besar’. [1]

Pun begitu, Havocsope, pertubuhan antarabangsa yang khusus mengumpul maklumat tentang pasaran gelap dunia mengaggarkan saiz nilai pasaran gelap pekerja seks di Malaysia bernilai sehingga USD 963 juta. [2] Adakah pasaran seks bernilai RM 3 bilion tidak cukup besar untuk dipertimbangkan sebagai sebuah industri bagi Bukit Aman?