Khamis, 15 Jun 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan | 15 Jun 2024

15 Jun 2023, Khamis


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN menyatakan status :- 

(a) Dana Obligasi Sosial berjumlah RM37 juta yang belum dikutip untuk tahun 2021 (menurut Laporan Ketua Audit Negara 2021); dan 

(b) Penubuhan akaun amanah bagi maksud pelaksanaan obligasi sosial oleh syarikat konsesi pengurusan industri padi dan beras.

Rabu, 14 Jun 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Perdana Menteri | 14 Jun 2023

14 Jun 2023, Rabu 


SOALAN : 

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sebab JPA menghentikan penajaan biasiswa untuk pelajar perubatan, pergigian dan farmasi di universiti tempatan pada tahun ini. 

Isnin, 12 Jun 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pendidikan | 12 Jun 2023

12 Jun 2023, Isnin


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peratusan kanak-kanak yang mula menerima pendidikan awal dari umur 3, 4, 5 dan 6 tahun dan langkah-langkah yang diambil untuk menutup jurang perbezaan terhadap akses kepada pendidikan awal yang berkualiti untuk mereka dari keluarga berpendapatan rendah dan tinggi.

Khamis, 8 Jun 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pendidikan | 8 Jun 2023

8 Jun 2023, Khamis

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan jumlah Program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) yang ditawarkan oleh kolej-kolej vokasional di seluruh negara yang belum mendapat akreditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) ataupun Malaysian Board of Technologist (MBOT).

Selasa, 6 Jun 2023

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kesihatan | 6 Jun 2023

6 Jun 2023, Selasa

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah nisbah speech therapist kepada populasi di Malaysia dan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk menangani masalah kekurangan speech therapist di sektor awam dan swasta.