Blog

Selasa, 26 Ogos 2025

Sidang Media oleh JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan penyata penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia DR.17 Tahun 2025 | 26 Ogos 2025

 

Sidang Media oleh JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan penyata penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia DR.17 Tahun 2025  | 26 Ogos 2025, Selasa

1.    Hari ini kami Jawatankuasa Pilihan (JKP) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat membuat sidang media ini untuk menjelaskan satu penyata yang telah kami bentangkan di Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2025 berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia.

 

2.    Penyata ini dihasilkan melalui 13 libat urus dengan kementerian, jabatan, universiti, pengusaha industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta lawatan kerja ke Singapura dari Januari hingga Julai 2025.

 

3.    Setelah meneliti secara mendalam isu-isu yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat serta lawatan kerja yang telah dijalankan, kami ingin berkongsi beberapa perkara utama yang telah dikenal pasti.

 

4.    Pertama, sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia masih berdepan dengan cabaran besar dari segi dasar dan tadbir urus.

Isnin, 21 Julai 2025

Perbahasan RUU Kredit Pengguna | 21 Julai 2025

21 Julai 2025, Isnin


1.    Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada Puchong untuk membahas Rang Undang-Undang Kredit Pengguna.

2.    Pembentangan RUU ini adalah perlu dan tepat tepat pada masanya dengan pertumbuhan pesat perkhidmatan "Beli Sekarang, Bayar Kemudian" (BNPL).

 

Isnin, 5 Mei 2025

Perbahasan Mesyuarat Khas berhubung Pengumuman Tarif Timbal Balas oleh Amerika Syarikat

 5 Mei 2025, Isnin

1.    Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk membahas topik yang memberi impak kepada Malaysia bukan sahaja satu dua tahun ini tetapi dalam jangka masa panjang.

 Tuan Speaker,

2.    Pada 3hb April yang lalu, President Trump telah mengejutkan seluruh dunia dengan pegumuman tarif balas yang tinggi kepada hampir semua negara yang berdagang dengannya.

3.    Sarah Bianchi dari Evercore ISI menyatakan bahawa polisi baru ini, jika tidak disemak semula adalah lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan oleh Akta Tarif Smoot-Hawley pada tahun 1930.

Rabu, 12 Mac 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (5)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA

menyatakan :

a. langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kesesakan di sepanjang Jalan Putra Permai termasuk interchange yang menghubunginya ke lebuh raya

b. status perancangan/pembinaan flyover di simpang Jalan Putra Permai dan Jalan Prima Tropika (depan Giant Seri Kembangan).

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (4)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :

a. rancangan Kerajaan dalam menangani kesesakan di Jalan Besar Seri Kembangan

b. lorong pusingan U di Jalan Besar Seri Kembangan telahpun ditutup tanpa dinaik taraf. Apakah sebab dan rancangan.

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama , Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (3)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

a. status penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)

b. mengapa MAHB menerima tawaran RM11 per syer apabila penasihat Hong Leong Investment Bank berpendapat bahawa tawaran ini adalah 'unfair' dan kelima-lima pengarah bebas berpendapat 'unfair' dan 'unreasonable'

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (2)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN

KELESTARIAN ALAM menyatakan :

a. Status 25 stesen Photo-Ionised-Detectors (PID) yang dipasang di Pasir Gudang pada Februari 2020. Adakah ia berkesan dalam memberi amaran awal pencemaran. Nyatakan statistik

b. Status dan kadar penggunaan stesyen bergerak Gas-Chromatography-Mass- Spectrometry (GCMS) yang telah diperoleh selepas krisis Sungai Kim Kim.Nyatakan statistik.