Selasa, 17 Jun 2014

CEO KIDEX cuba menggunakan matematik kreatif

Kenyatan Media oleh Yeo Bee Yin, Adun DAP Damansara Utama pada hari Jumaat 13 Jun 2014 di Petaling Jaya.

Ketua Pegawai Eksekutif KIDEX cuba melakukan matematik kreatif untuk menjustifikasi kebolehlaksanaan KIDEX.

Saya merujuk kenyataan terbaru yang dibuat CEO Kidex Sdn Bhd Dr Shahrizuan Shafiei untuk menjelaskan laporan kesan lalun lintas (Traffic Impact Assessment, TIA) [1].

Dalam kenyataannya, beliau menyatakan bahawa KIDEX akan mengurangkan trafik di 16 batang jalan sebanyak 20 ke 30 peratus apabila ia siap sepenuhnya dan 23 batang jalan tempatan sebanyak 20-30 peratus pada tahun 2028. Beliau turut menyenaraikan 5 batang jalan yang mengalami pengurangan tersebut.

Namun saya ingin mengingatkan CEO tersebut bahawa TIA yang dihantar kepada kami oleh KIDEX sendiri meliputi 43 batang jalan. Dan menurut laporan tersebut, daripada 43 jalan itu, terdapat beberapa laluan yang akan mengalami penambahan dan sedikit pengurangan trafik pada kadar berbeza-beza.

Kenapa Dr Shahrizuan tidak menyebutkan kesemua jalan yang akan mengalami pertambahan trafik sehingga 233% (Jalan Bukit Jalil Indah) akibat KIDEX? Jalan penting lain yang akan menerima kesan negatif akibat lebuhraya bertingkat itu termasuklah Jalan Changgai (109%), Jalan Sultan (58%) dan Jalan Barat (35%).

Untuk mengukur kesan menyeluruh kesemua 43 batang jalan ini, kita harus mengambil kira unjuran trafik di kesemua 43 batang jalan, dan bukan beberapa jalan sahaja. Berasaskan laporan TIA yang diberikan, pengurangan trafik hanyalah sebanyak 5.8% pada 2018 dan 3% pengurangan keseluruhan pada 2028. [2]

Dengan menunjukkan hanya beberapa batang jalan dengan pengurangan sebanyak 20-30% adalah seperti seorang pekedai yang meletakkan label ‘jualan sehingga 70%’ di tingkap kedainya tetapi hanya beberapa barang sahaja di kedainya yang menawarkan diskaun 70%. Sementara hal itu berkesan dalam bidang jual beli, ia pastinya tidak berkesan dalam hal penilain KIDEX.

Tempoh sembilan bulan yang diambil oleh KIDEX untuk memajukan laporan TIA menunjukkan bahawa syarikat konsesinya ada sesuatu yang mahu disembunyikan. Cubaan KIDEX menggunakan matematik kreatif ini dengan rujukan terpilih terhadap pengurangan aliran trafik menunjukkan bahawa ia tidak boleh dipercayai.

Pemaju yang begitu licik dan tidak amanah tidak sepatutnya dipercayai untuk membina sebuah lebuhraya bertingkat yang merentas sebuah kawasan bandar matang, dengan memakan kos pembinaan tertinggi per-kilometer sebanyak lebih RM3 bilion dana rakyat. [4]


[1] http://www.fz.com/content/kidex-explains-traffic-impact-assessment
[2] http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/kidex-highway-will-only-cut-jams-by-3-to-5-say-dap-lawmakers
[3] http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2014/06/09/bill-for-kidex-likely-to-soar-to-rm3-4b/
[4] http://www.malaysiakini.com/news/265109