Jumaat, 26 September 2014

Pasaran pekerja seks bernilai RM 3 bilion dikira hanya ‘aktiviti’ oleh Bukit Aman?

Kenyataan media oleh Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama pada hari Selasa 23 September 2014 di Petaling Jaya.

Bagaimanakah pasaran pekerja seks bernilai RM 3 bilion tidak dikira sebagai ‘industri’ tetapi hanya ‘aktiviti’ oleh Bukit Aman.
Saya amat tersinggung dengan respon Bukit Aman terhadap video “Trapped – The Underage Sex Industry in Malaysia” seperti yang dilaporkan portal The Star Online hari ini. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian Maksiat SAC Datuk Roslee Chik dipetik dalam laporan terbabit sebagai berkata bahawa seks bukan sebuah ‘industri’ tetapi hanyalah ‘aktiviti’ dan ianya ‘tidak begitu besar’. [1]

Pun begitu, Havocsope, pertubuhan antarabangsa yang khusus mengumpul maklumat tentang pasaran gelap dunia mengaggarkan saiz nilai pasaran gelap pekerja seks di Malaysia bernilai sehingga USD 963 juta. [2] Adakah pasaran seks bernilai RM 3 bilion tidak cukup besar untuk dipertimbangkan sebagai sebuah industri bagi Bukit Aman?

Kumpulan pekerja seks juga tergolong dalam salah satu daripada empat kumpulan terbesar jangkitan HIV oleh Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan AIDS Malaysiamanakala 74% daripada jangkitan HIV baru adalah disebabkan pemindahan secara seksual menurut data 2013. [3] Oleh yang demikian, masalah perdagangan seks haram pastilah bukan ‘tidak begitu besar’ sebagaimana yang disifatkan oleh Roslee.

Tambahan kepada itu, video tersebut turut mengetengahkan masalah pekerja seks bawah umur. Daripada menafikan atau memperkecilkannya, kita mesti mengetahui beramai ramai kanak-kanak, warga tempatan atau asing, diculik, ditupi atau diperdagangkan untuk memperniagakan tubuh mereka, serta apa yang boleh kita lakukan untuk membantu mereka.

Satu lagi isu yang ditonjolkan video tersebut ialah masalah pemerdagangan manusia. Ini seharusnya menjadi peringatan kepada Putrajaya mengenai penurunan tahap negara ke Tingkat 3 dalam Laporan Pemerdagangan Manusia Amerika Syarikat hasil daripada ketidakpatuhan terhadap standard minima pencegahan pemerdagangan, dan tidak menunjukkan sebarang usaha signifikan untuk berbuat demikian selama dua tahun berturut-turut. Lantaran penurunan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 10 Julai 2014 mengumumkan penubuhan jawatankuasa peringkat tertinggi berkenaan pemerdagangan manusia untuk menangani masalah tersebut. [4] Adakah wujud sebarang perancangan daripada jawatankuasa ini lagi? Sudah lewat dua tahun nampaknya.

Video seperti “Trapped – The Underage Sex Industry in Malaysia” mendedahkan fakta mengejutkan mengenai Malaysia, yang ramai rakyat Malaysia sendiri tidak sedari. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, adalah lebih baik untuk mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang rumit ini, sama ada melalui undang-undang dan penguatkuasaan yang lebih baik, daripada menolaknya ke tepi, mencari kesalahan atau menafikannya.


[1] http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/09/21/police-say-sex-activities-exist-but-dont-call-it-industry/
[2] http://www.havocscope.com/tag/malaysia/
[3] http://www.mac.org.my/v3/wp-content/uploads/2014/05/Annual-Report-2013_A4_FA_22052013-web.pdf
[4] http://www.thesundaily.my/news/1109017