Rabu, 17 April 2024

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja


4 Mac 2024

1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan Tuanku.

2.    Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku kerana telah menegaskan di dalam ucapan bahawa baginda tidak akan melayan permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

3.    Kenyataan Tuanku ini telah “once and for all” mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk masa 4 tahun yang akan datang dan sekaligus memberi suntikan keyakinan yang sangat kuat kepada pelabur-pelabur di luar sana terhadap kestabilan politik. 

4.    Puchong juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim kerana walaupun pada tahun lepas telah mengalami cabaran politik yang kuat dengan adanya Pilihan Raya Negeri pada Ogos dan juga langkah-langkah seperti Langkah Dubai yang cuba menggugat kestabilan kerajaan perpaduan, Malaysia telah berjaya mencatatkan pelaburan diluluskan yang tertinggi dalam sejarahnya, berjumlah RM329.5 bilion.

 5.    Cabaran sekarang ialah bagaimana kita dapat memastikan pelaburan yang diluluskan ini dilaksanakan on the ground kerana masa inilah pelabur benar-benar ambil duit mereka untuk masukkan ke pasaran dan rakyat boleh merasai angka-angka besar yang telah diumumkan oleh kerajaan.

 6.    Tambahan lagi, jika kita dapat mempercepatkan pelaksanaan projek-projek pelaburan dalam masa terdekat, ia dapat meningkatkan permintaan ringgit to pasaran mata wang dan sekaligus membantu meningkat nilai ringgit. 

7.    Dengan itu, Puchong ingin tahu apakah strategi kerajaan untuk memastikan -projek pelaburan yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan secepat mungkin? 

8.    Puchong sangat mengalu-alukan inisiatif MITI dalam mewujudkan Invest Malaysia Facilitation Center (IMFC) pada 1 December 2023 sebagai one-stop-center (OSC) yang bertujuan mempercepatkan pelbagai proses kelulusan dan mengurangkan kerenah birokrasi dalam penyampaian perkhidmatan awam. 

9.    Penubuhan IMFC adalah selari dengan nasihat tuanku untuk cut the red tape dan boleh menjadi pemangkin dalam memastikan pelaburan yang komited dapat dilaksanakan. MITI telah mengambil langkah pertama yang betul.

10. Walaubagaimanapun, cabaran utama IMFC untuk menjalankan fungsinya ialah kebanyakkan pihak yang terlibat dalam permohonan pelaksanaan pelaburan adalah bukan dibawah bidangkuasa MITI seperti Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, LHDN dll serta kerajaan negeri dan tempatan. 

11. Oleh itu, Puchong ingin tahu bagaimana IMFC boleh memastikan agensi-agensi yang bukan di bawah MITI memberi kerjasma yang penuh kepada pelabur-pelabur, sama ada asing atau domestik?

12. Adakah IMFC boleh menetapkan KPI dari segi tempoh permohonan dan kelulusan yang perlu dicapai oleh agensi-agensi ini?

13. Bagaimana pula dengan permohonan yang perlu kerjasama kerajaan negeri dan tempatan? Adakah MIDA akan mewujudkan IMFC di peringkat negeri dan wilayah?

14. Untuk memastikan pelabur-pelabur, terutamanya mereka yang berteknologi tinggi, mendapat perkhidmatan awam yang bukan sahaja baik tetapi world class, Puchong ingin menyeru kerajaan untuk memastikan IMFC bukan sahaja diberi sumber yang mencukupi tetapi yang paling penting, punca kuasa dari kabinet, untuk menjalan kerja-kerja penyelarasan and pengurangan kerenah birokrasi dengan efektif.

15. Seterusnya, Puchong ingin membangkitkan isu berkenaan dengan standard pendidikan negara kita. 

16. Puchong sangat bimbang dengan prestasi pelajar kita di PISA berbanding dengan negara-negara lain.

17. PISA adalah penilaian pelajar antarabangsa yang dibuat setiap 4 tahun untuk mengukur keupayaan kanak-kanak berumur 15 tahun dalam membaca, matematik dan sains.

18. Keputusan terkini telah meletakkan Malaysia di tanggal ke 60, 53, 52, daripada 80 negara dalam membaca, matematik dan sains masing-masing. 

19.  Di tangan saya ini ialah Executive Summary for Malaysia Education Blueprint 2013-2025, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. 

20. Blueprint ini dihasilkan oleh syarikat konsultan yang terkenal McKinsey dan melibatkan kos RM20 juta wang rakyat. 

21. Masa ia dilancarkan, Ahli Parlimen Pagoh adalah menteri pendidikan.

22. Antara outcome atau keberhasilan utama yang ingin dicapai melalui transformasi pendidikan berdasarkan blueprint ini ialah untuk meningkatkan kedudukan pencapaian negara daripada kumpulan sepertiga terbawah kepada kumpulan sepertiga teratas dalam kalangan negara yang menyertai penilaian peringkat antarabangsa, seperti PISA, dalam tempoh 15 tahun, iaitu menjelang 2028.

23. 11 tahun selepas blueprint ini dilancarkan dan 4 tahun lagi ke 2028, Malaysia masih lagi di kumpulan sepertiga terbawah di PISA.

24. Kita berada di tempat ke 4 di rantau Asia Tenggara selepas Singapura, Viet Nam dan Brunei.

25. Saya telah membaca teliti analisis PISA dan ia agak membimbangkan.

26. Sebab kesuntukkan masa, saya hanya petikkan prestasi matematik sahaja. 

27. Di Malaysia, hanya 41% pelajar yang dapat mencapai sekurang-kurangnya Tahap 2 dalam matematik, iaitu basic mathematics. Misalnya membandingkan jarak dua laluan alternatif atau menukar harga kepada mata wang yang berbeza.

28. Ini adalah basic mathematic question. Tetapi lebih daripada separuh pelajar umur 15 kita tidak mampu menjawab soalan basic ini.

29. Something is very wrong.

30. Kalau kita nak meletakkan perspektif, peratus 41% ini adalah jauh lebih rendah daripada purata negara OECD pada 69%, iaitu 28% lebih rendah dan lebih menyedihkan jika kita bandingkan dengan prestasi pelajar di Singapura, Jepun, Hong Kong, Macao, Taiwan dan Estonia di mana lebih daripada 85% boleh menjawab soalan tahap 2.

31. Jika kita bandingkan dengan Viet Nam, 72% pelajar mereka mencapai sekurang-kurangnya Tahap 2 Matematik, 31% lebih tinggi daripada kita.

32. Puchong suka membandingkan Viet Nam dengan kita sekarang, sebab saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini bahawa Viet Nam is catching up very fast and they are doing a lot of things right, dengan izin. 

33. Jika kita masih relax lagi, Puchong khuatir generasi akan datang kita tidak dapat bersaing dengan mereka pada masa depan. 

34. Dengan itu, Puchong ingin tahu apakah strategi Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar kita dalam membaca, matematik dan sains? 

35. Sebenarnya, dalam blueprint ini ada banyak cadangan yang mampu meningkatkan prestasi pelajar tetapi belum lagi dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan, Puchong ingin mencadangkan kementerian untuk menilai semula cadangan-cadangan ini dan bagi high-impact actions, mengambil langkah dengan segera.

36. Mengikut kajian pada 2019, bagi negara dan ekonomi yang perbelanjaan terkumpul (cumulative expenditure) bagi setiap pelajar, sepanjang tahun sekolah rendah dan menengah antara umur 6 dan 15 tahun, di bawah USD 75000, perbelanjaan pendidikan yang lebih tinggi dikaitkan dengan prestasi yang lebih tinggi dalam matematik ujian PISA. 

37. Di Malaysia, perbelanjaan ini adalah kira-kira USD 50,700 (PPP).

38. Oleh itu, dari segi perbelanjaan, jika kita dapat meningkatkan perbelanjaan pendidikan dan belanja di tempat yang betul, kita boleh meningkatkan lagi prestasi pelajar.

39. Walaubagaimanapun, Puchong tahu bahawa kerajaan sekarang mengalami beban kewangan yang sangat berat dengan legasi hutang RM1 trillion.

40. Di sini saya ada satu cadangan yang boleh meningkatkan perbelanjaan pendidikan tanpa meningkatkan beban kerajaan.

41. Saya mendapati bahawa di Puchong sahaja terdapat 18 tapak tanah sekolah – 6 untuk sekolah bersepadu, 5 sekolah menegah dan 7 sekolah rendah, dengan jumlah keluasan 155 ekar.  Dan dalam tempoh 10 tahun yang lepas, tiada satu sekolah baru dibina di tapak-tapak ini. 

42. Kebanyakan tanah ini adalah semak samun.

43. Puchong rasa kawasan-kawasan parlimen lain mungkin juga ada situasi yang sama, di mana kita ada banyak tapak sekolah tetapi kerajaan sentiasa kata tiada dana untuk membina sekolah baru ataupun tiada permintaan lagi. 

44. Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk mengkaji sama ada kerajaan pusat boleh bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk tujuan penukaran kegunaan tanah supaya boleh menyewa tapak-tapak sekolah yang belum lagi ada rancangan untuk membina baru bagi kegunaan komersial atau pertanian dan semua pendapatan yang dijana daripada sewaan ini boleh masuk ke satu tabung - Tabung Pendidikan Negeri, di mana kerajaan pusat dan negeri boleh menggunakan dana tambahan ini untuk pembangunan pendidikan dan penyelenggaraan sekolah di negeri tersebut. 

45. Untuk tapak-tapak tertentu yang sudah tentu tidak akan membina sekolah baru, kerajaan boleh menimbang untuk menjualkan untuk masuk ke Tabung Pembinaan Sekolah Baru Negeri. 

46. Saya sentiasa fikir, tiada gunanya Puchong ada 18 tapak sekolah tetapi kerana kekurangan dana kerajaan, tiada sekolah baru. Lebih baik jika kerajaan boleh jual 1 atau 2 tapak yang sesuai dan dengan pendapatan yang didapati daripada penjualan, menyediakan satu sekolah baru untuk anak-anak di Puchong dan kalau ada extra, guna untuk pembangunan pendidikan seperti menaik taraf fasiliti, menambah elaun guru dsb. 

47. Ya, kerajaan sekarang ada mengalami kekangan kewangan, tetapi anak-anak kita tidak boleh menunggu kerajaan untuk memperbaiki kedudukan kewangan sebelum lebih banyak dana boleh disalurkan untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka.

48. Oleh itu, Puchong bentangkan cadangan ini dan harap mendapat pertimbangan kerajaan. 

49. Akhir sekali, Puchong ingin membangkitkan sekali lagi isu berkenaan dengan suntikan vaksin HPV untuk kanak-kanak perempuan umur 13 yang boleh mencegah kanser serviks untuk generasi akan 

50. Puchong telah beberapa kali membangkitkan tentang isu ini sejak Mac tahun lepas tapi it seems to have fallen into deaf ears, dengan izin.  

51. Secara ringkasnya, sejak 2010 kerajaan memberi suntikan vaksin HPV kepada semua pelajar perempuan umur 13 tetapi usaha ini tergendala apabila Covid 19 melanda dunia pada tahun 2020.  

52. Sehingga tahun lepas, lebih daripada 500,000 dari kohort pelajar perempuan umur 13 pada 2020 hingga 2023 telah pun tercicir dari suntikan ini.

53. Pada bulan Jun tahun lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan RM120 juta telah diperuntukkan untuk perolehan vaksin HPV pada tahun 2023.

54. Walaubagaimanapun, saya telah mendapat maklumat bahawa walaupun tender perolehan vaksin kerajaan telah pun tutup sejak Sept 2023 tetapi sampai sekarang kerajaan belum lagi memuktamadkan perolehan ini. 

55. Puchong ingin tanya bila kerajaan akan memuktamadkan perolehan vaksin HPV supaya roll-out boleh dibuat secepat mungkin kepada mereka yang tercicir.   

56. Mengikut Penyata JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, Kementerian Kesihatan telah berancang untuk memberi 820,000 suntikan vaksin HPV untuk tahun ini, adakah ia masih lagi sempat dibuat memandangkan perolehan vaksin telah pun lambat? 

57. Puchong ingin minta penjelasan kerajaan dan apakah tindakan yang akan diambil untuk memastikan anak-anak kita diberi suntikan dan elak daripada kanser serviks pada masa depan.

58. Memandangkan masih ada sedikit masa lagi, Puchong ingin membangkitkan satu isu lagi untuk menarik perhatian dewan yang mulia ini. 

59. Walaupun jumlah pelaburan Malaysia telah memecah rekod baru, Puchong ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini bahawa menurut data World Bank, export per GDP Malaysia telah menunjuk tren menurun sejak tahun 2000 – iaitu dari 220% pada tahun 2000 menjunam ke 117% pada tahun 2020 sebelum ia meningkat ke 147% pada tahun 2022. 

60. Sebagai perbandingan, export per GDP negara jiran kita, Viet Nam, dalam tempoh yang sama telah meningkat dari 111% pada tahun 2020 ke 186% pada tahun 2022. (Iaitu, lebih tinggi daripada kita)

61. Kita sentiasa dengar angka jumlah export meningkat, tetapi apabila kita meletakkan perspektif dengan membandingkan saiz GDP, peningkatan jumlah export mungkin tidak berapa mencukupi.

62. Puchong ingin mendapatkan pandangan kerajaan berkenaan dengan tren penurunan ini. Apakah kerajaan ada rancangan untuk meningkatkan jumlah export?