Rabu, 12 Februari 2025

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2025 | 12 Februari 2025

12 Februari 2025, Rabu 

  1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih titah tuanku. 


Pembasmian Kemiskinan di Masyarakat India 


Tan Sri, 


  1. Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha. 


  1. Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah melawat Kavitha di Pangsapuri Aman. 


  1. Apabila saya masuk ke rumah, apa yang tertera di depan mata saya ialah ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, tiada apa-apa, hanya beberapa kerusi plastik. 



  1. Kavitha seorang cleaner di sebuah sekolah antarabangsa. Gaji RM 1600, anak dua. 


  1. Setiap bulan dia kena bayar sewa RM 700, transport dia pergi kerja RM230, transport anak pergi sekolah RM150, tinggal hanya RM520 untuk bil api, air, telefon, makan dan minum. 


  1. Maksudnya keluarga bertiga ini hanya ada kira-kira RM100 setiap minggu ataupun RM15 setiap hari untuk makanan mereka. 


  1. RM 15 untuk makan pagi, petang, malam untuk 3 orang. 


  1. Antara kata-kata Kavitha yang paling sakitkan hati saya yang juga seorang ibu ialah, dia kata “Saya sentiasa doa, esok saya bangun, saya mesti hidup, jika tidak, anak macam mana? Ini yang saya risau.” 


Tan Sri Speaker, 


  1. Inilah suara ibu dari keluarga yang “fall through the crack” di arus pembangunan ekonomi negara. 


  1. Nasib baik, Kavitha tinggal di Selangor, dia dapat Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) dari kerajaan Negeri Selangor sebanyak RM300 untuk 2 tahun. Dia juga layak mendapat bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).  


  1. Walaubagaimanapun, apabila saya melawat dia, sudah genap 2 tahun dia mendapat bantuan BINGKAS, oleh itu, anak dia yang baru saja habis SPM yang bernama Sathish sudah memutuskan untuk mula bekerja bagi meringankan beban kewangan ibu.


Tan Sri Speaker, 


  1.  Daripada kisah Kavitha, Puchong ingin membangkitkan beberapa isu dasar di dewan yang mulia ini. 


  1. Pertama sekali, Puchong ingin menyokong inisiatif pembasmian kemiskinan kerajaan MADANI dengan bantuan-bantuan yang sedia ada. Bantuan SARA juga ditingkatkan pada tahun 2025.  


  1. Walaubagaimanapun, aspirasi kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tidak dapat direalisasikan tanpa pembangunan modal insan. 


  1. Anak muda yang menghadapi kesusahan seperti adik Sathish sudah tentunya akan memilih untuk terus bekerja selepas SPM. 


  1. Untuk membantu golongan seperti dia, Puchong cadangkan kerajaan untuk bekerjasama dengan SME tempatan dan industri untuk mewujudkan 100,000 peluang latihan TVET sambil bekerja yang boleh membayar elaun bekerja setiap bulan. 


  1. Dengan ini, anak-anak muda seperti Sathish ada peluang untuk mencapai kelayakan yang lebih tinggi dari SPM dan pada masa yang sama meringankan beban kewangan keluarga mereka. 


  1. Dengan kemahiran yang lebih tinggi dan spesifik, pendapatan dan masa depan mereka akan menjadi lebih cerah. 


Tan Sri Speaker, 


  1. Puchong juga ingin menggunakan situasi Kavitha dan keluarganya untuk menarik perhatian dewan yang mulia ini dengan kesusahan komuniti India bandar miskin di Malaysia. 


  1.  Lebih daripada 10% populasi di kawasan Parlimen Puchong adalah berbangsa India dan saya mendapati banyak keluarga di antaranya terperangkap dalam vicious cycle of poverty.


  1. Puchong rasa  MITRA can do much more than it is doing now, dengan izin, dalam membangunkan modal insan masyarakat India, seperti membantu anak-anak India untuk mendapat dan mencapai keputusan yang lebih baik dalam pendidikan asas mereka serta memperbanyakkan peluang TVET dan institusi pelajaran tinggi di golongan anak muda India. 


Tan Sri Speaker, 


  1. Masih ramai yang memerlukan tidak mendapat apa-apa bantuan pendidikan mahupun peningkatan kemahiran daripada pihak MITRA. 


  1. Puchong menggesa supaya MITRA memastikan “no one is left behind”. 


  1. Puchong juga mendapati bahawa ramai di masyarakat India tidak sedar peluang-peluang yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon. 


  1. Dengan itu, saya cadangkan kerajaan untuk membuat road show berkenaan dengan peluang TVET yang fokusnya kepada masyarakat India, sebagai contoh, road show dalam bahasa tamil di tempat awam dan PPR ataupun berkerjasama dengan kuil-kuil yang besar untuk membuat pameran TVET kerana banyak kuil setempat juga berfungsi sabagai pusat komuniti masyarakat India tempatan.  


  1. Dengan ini, kesedaran di kalangan golongan India boleh ditingkatkan. 


Chemical Governance Act 


Tan Sri Speaker, 


  1. Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu berkenaan dengan alam sekitar. 


  1. Puchong ingin mengingatkan dewan yang mulia ini berkenaan dengan krisis Sungai Kim Kim di mana terdapat langkah untuk mengelakkan insiden seperti ini berulang masih belum diambil. 


Tan Sri Speaker, 


  1. Semasa Krisis Sungai Kim Kim berlaku, saya menteri alam sekitar yang menanganinya. 


  1. Saya mendapati dari krisis ini bahawa negara kita tiada undang-undang yang spesifik dalam pengawalseliaan bahan kimia Malaysia. 


Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, 


  1.  Chemical life cycle, kitaran hayat bahan kimia, merangkumi pembuatan atau import bahan kimia, pengangkutan, penstoran, penggunaan atau pemprosesan dan akhirnya, pelupusan. 


  1. Semasa siasatan ke atas insiden Sungai Kim Kim, saya mendapati bahawa tiada satu pihak berkuasa yang memiliki pangkalan data lengkap life cycle bahan kimia termaksud bahan berbahaya di Malaysia. Kerajaan tidak dapat keep track bahan kimia apa di mana. 


  1.  Kita memang ada agensi-agensi yang merekod sebahagian data untuk sebahagian bahan kimia tetapi bukan seluruh life cycle and bukan semua bahan kimia. Sebagai contoh, 


  1. Sistem Pengurusan Maklumat Kimia (CIMS) yang digunakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) hanya merekodkan penyimpanan bahan kimia import dan perkilangan melebihi 1 tan metrik tetapi bukan bahan kimia yang diperoleh daripada syarikat tempatan. Ia tidak ada  maklumat lengkap tentang semua bahan kimia yang disimpan di dalam premis-premis syarikat.


  1. Sistem Maklumat Sisa Terjadual Elektronik (ESWIS) yang digunakan oleh JAS pula hanya keep track pengeluaran, pengangkutan dan pelupusan sisa terjadual (scheduled waste) yang dilesenkan di bawah JAS.


  1. Sistem MyEHS di bawah JAS merupakan sistem pemberitahuan dan pendaftaran untuk pengimport dan pengilang Bahan Berbahaya Alam Sekitar di Malaysia. Ia masih kurang digunakan kerana ia hanya laporan secara sukarela. 


  1. Tambahan lagi, ketiga-tiga pangkalan data ini juga tidak diintegrasi.


  1. Tadbir urus bahan kimia yang berpecah-belah itu bukan sahaja menyukarkan siasatan kes seperti pembuangan bahan toksik di Sungai Kim Kim, ia juga membolehkan kilang haram pembuatan ubat haram, yang lebih teruk lagi pembuatan dadah, memandangkan bahan kimia yang diperlukan boleh diperolehi di pasaran tanpa akauntabiliti yang sewajarnya kerana tiada sistem bersepadu dan pihak berkuasa yang keep track pergerakan bahan kimia ini. 


Tan Sri Speaker, 


  1.  Oleh itu, Puchong mencadangkan Kementerian Alam Sekitar untuk mendraf dan membentangkan Chemical Governance Act, iaitu Akta Tadbir Urus Kimia yang komprehensif. 


  1. Dengan adanya akta ini insiden seperti Krisis Sungai Kim Kim boleh dielakkan, walaupun tidak dapat dielakkan pun siasatan boleh dibuat dengan cepat dan bukti yang lebih kukuh boleh dihantar ke mahkamah untuk memastikan peselah dikenakan hukuman dengan lebih cepat. 


  1. Saya tidak sempat untuk buat masa saya jadi menteri kerana Langkah Sheraton. Harap menteri alam sekitar boleh teruskan usaha ini. 



Impak Gaji Minima ke atas Yuran Taska dan Tadika 


Tan Sri Speaker, 


  1. Hari ini adalah 12hb Feb 2025. Gaji minima mula dilaksanakan 1hb Feb. Puchong ingin menarik perhatian kerajaan berkenaan dengan impak gaji minima khasnya kepada yuran taska dan tadika. 


  1. Persatuan Tadika Islam Malaysia dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, serta Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, yang menaungi pengusaha taska, telah mengesahkan bahawa yuran yang ditawarkan oleh sekitar 4,500 ahli mereka akan meningkat 20-25% susulan pelaksanaan gaji mimina dan kenaikan kos-kos yang lain. 


  1. Untuk taska dan tadika yang tidak mampu bayar gaji minima, saya khuatir mereka akan gulung tikar dan ini akan mengurangkan penawaran tempat di golongan prasekolah. 


  1. Saya juga khuatir bahawa terdapat juga taska dan tadika yang oleh kerana tidak boleh memenuhi syarat gaji minima, mereka tidak memperbaharui lesen mereka dan beroperasi tanpa lesen. Ini akan menjejaskan keselamatan anak-anak kita.  


  1. Puchong ingin cadangkan KPWKM menubuhkan special taskforce dan kementerian kewangan untuk memberi peruntukkan tambahan kepada KPWKM untuk membantu taska dan tadika serta ibubapa yang berdepan dengan kenaikan kos ini. 


Isu Kementerian Kesihatan 


Tan Sri Speaker, 


  1. Seterusnya, Puchong ingin membangkitkan beberapa isu berkenaan dengan Kementerian Kesihatan. 


  1. Pertama adalah berkenaan dengan Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa yang ditubuhkan pada bulan Julai 2021. 


  1. Saya telah mendapat jawapan daripada KKM berkenaan dengan soalan saya berkenaan dengan status tabung ini pada minggu lepas. 


  1. Secara jujurnya, saya terkejut membaca jawapan bahawa tabung in hanya dapat mengutip dana sebanyak RM105,000 daripada sumbangan pertubuhan bukan kerajaan. 


  1.  Ini adalah sangat rendah. 


  1. Jika kita banding dengan Rare Disease Fund Singapore, apabila ia dimulakan penderma-penderma asas (founding donors) menderma lebih daripada SGD12 juta, iaitu kira-kira RM40 juta. 


  1. Tambahan lagi, jika kita bandingkan dengan insentif cukai dan komitmen kerajaan. Di Singapura, semua derma kepada RDF Singapura layak mendapat potongan cukai sebanyak 250% manakala di Malaysia, hanya sebanyak 100%. 


  1. Di samping itu, kerajaan memberi geran matching kepada setiap dollar yang diderma dalam nisbah 3 ke 1. Iaitu, kerajaan akan meyumbang SGD3 kepada RDF untuk setiap SGD1 pendermaan swasta.  


  1. Oleh sebab saiz tabung RDF Singapura adalah besar, mereka secara amnya menggunakan pendekatan endowmen di mana pendapatan faedah yang dijana digunakan untuk menyokong pesakit. 


  1. Pendekatan ini memastikan bantuan yang disalurkan adalah sustainable, manakala untuk tabung di Malaysia, kita terpaksa membelanja dana ibu dan akhirnya Puchong rasa ia akan habis jika kita tidak menukar modus operandi dan insentif cukai tabung amanah penyakit jarang jumpa.  


  1. Isu kedua KKM yang saya ingin bangkitkan ialah soalan follow-up Puchong tentang sarigan HBV universal di kalangan wanita hamil. 


  1. Di perbahasan saya bagi RUU Perbekalan Tahun 2023, saya telah membangkit keperluan untuk menjadikan saringan HBV universal di kalangan wanita hamil supaya penularan jangkitan Hepatitis B daripada ibu-ke-anak boleh dielakkan. 


Tan Sri Speaker, 


  1. Semua wanita hamil diperiksa secara rutin untuk HIV dan sifilis di klinik kerajaan pada lawatan pertama. 


  1. Apa yang diperlukan sekarang ialah menghantar sampel darah yang sama untuk saringan HBV. Kosnya adalah kurang daripada RM3 seorang wanita. 


  1. Cadangan saringan universal hepatitis B di kalangan wanita hamil hanya memerlukan peruntukkan kira-kira RM 1.5 juta dan tidak melibatkan perubahan proses. 


  1. KKM telah memberi jawapan yang agak positif bagi cadangan saya pada masa itu. 


  1. Berdasarkan jawapan KKM, terdapat 4 negeri telah menjalankan saringan Hepatitis B kepada semua ibu hamil iaitu negeri Sabah, Pahang, Kedah dan Terengganu. 


  1. Antaranya, 381 orang ibu hamil ataupun 0.47% telah dikesan positif Hepatitis B. Dengan rawatan lanjut kepada ibu dan bayi, hanya 2 bayi dijangkiti Hepatitis B di 4 negeri ini, iaitu kadar berjaya pencegahan adalah 99.5%. 


  1. KKM dalam jawapan juga telah kata bahawa memandangkan program ini sangat berkesan untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan Hepatitis B daripada ibu-ke-anak, KKM merancang untuk memperluas pelaksanaan ke seluruh negara. 


  1. Puchong ingin mendapat status terkini pelaksanaan saringan HBV universal di kalangan wanita hamil di Malaysia. 


Tan Sri Speaker, 


  1. Seterusnya, Puchong juga ingin mendapatkan follow-up daripada KKM tentang status terkini suntikan HPV kepada kohort-kohort pelajar perempuan yang telah tercicir akibat Covid-19. 


  1. Adakah backlog sudah diclear?  Adakah yang telah tercicir akibat berhenti sekolah sebelum vaksinasi sempat dibuat? 


Tan Sri Speaker, 


  1. Saya amat tertarik membaca laporan berkenaan dengan pengumuman Menteri bahawa KKM telah berjaya mengurangkan tempoh waktu menunggu dari tiga jam kepada 30 minit bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan. 


  1. Puchong ingin tahu bagaimanakah waktu menunggu ini dikira dan adakah ini purata masa menunggu bagi semua klinik kesihatan di seluruh negara ataupun klinik kesihatan yang terpilih sahaja. 


  1. Seterusnya, Puchong ingin mendapat penjelasan daripada KKM berkenaan dengan projek perintis Waktu Bekerja Berlainan (WBB), adakah projek ini telah dibatalkan untuk selama-lamanya? 


Tan Sri Speaker, 


  1. Akhirnya, Puchong ingin membangkitkan “elephant in the room” iaitu scenario “overworked and underpay” di kalangan pegawai perubatan KKM. 


  1. Sebelum kita mendepani masalah ini, kita perlu menjawab 2 soalan pokok. 


  1. Soalan pokok pertama untuk KKM ialah adalah adakah KKM telah mewujudkan KPI untuk masa menunggu yang seperti perundingan pakar, pembedahan elektif dan ujian khusus. 


  1. Ini akan memastikan sistem yang lebih cekap dan telus, membantu mengurus expectation pesakit dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan secara keseluruhan.


  1. Saya tahu satu kes seorang budak perempuan perlu tinggal di hospital berbulan-bulan sementara menunggu pembedahan dia. Dia terpaksa menunggu tanpa kepastian bilakah pembedahan akan dibuat. 


  1. Soalan pokok kedua untuk KKM ialah adakah KKM telah wewujudkan minimum care standard, iaitu Piawaian Penjagaan Minimal, yang menentukan n standard penjagaan minimum untuk kemudahan penjagaan kesihatan awam, memastikan sumber yang terhad digunakan dengan cekap untuk memberi manfaat kepada seramai mungkin orang. 


  1. Dengan ada KPI masa menunggu dan minimum care standard, baru kita oleh back calculate berapakah doktor dan doktor pakar yang kita betul-betul perlukan dan seterusnya kita perlu berusaha ke arah tersebut. 


Tan Sri Speaker, 


  1.  6,417 pegawai perubatan dan 1,046 pakar perubatan telah meletak jawatan antara 2019 dan 2023. 


  1. Apa yang sangat membimbangkan ialah trend perletakkan jawatan yang semakin meningkat di kalangan pakar perubatan. 


  1. Peletakan jawatan doktor pakar dari KKM meningkat sebanyak 57% daripada 229 peletakan jawatan pada 2019 kepada 359 pada 2023.


  1. Walaupun terdapat 2,000-3,000 graduan perubatan baharu menyertai hospital awam setiap tahun (ini juga menurun daripada 5,000 pada 2020), masalahnya di adalah kekurangan doktor di peringkat doktor pakar. 


  1. Isu ini mesti ditangani dengan segera, terutamanya memandangkan daripada 47,000 doktor di KKM, hanya kira-kira 5,000 doktor pakar. 


  1. Kekurangan pakar semakin kritikal.


Tan Sri Speaker, 


  1. Izinkan saya memberi satu gambaran situasi terdesak di Malaysia. 


  1. Menurut pendaftaran, 168,822 kes kanser baharu dilaporkan dalam tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2021.


  1. 70% pesakit di Malaysia menggunakan perkhidmatan awam, maksudnya kira-kira 120,000 pesakit kanser baru perlu mendapat perkhidmatan daripada hospital awam setiap 5 tahun. 


Tan Sri Speaker, 


  1. Puchong telah mencari dalam laman web berapakah pakar onkologi di KKM dan saya terkejut dengan apa yang saya baca - hanya 35 pakar onkologi di hospital KKM dan 14 di universiti pada tahun 2020. 


  1. Bagaimanakah pakar yang terhad ini boleh memberi perkhidmatan perubatan kepada lebih daripada 100 ribu pesakit yang memerlukan bantuan? 


  1. Inilah gambaran betapa mendesaknya kita menyelesaikan masalah exodus pakar perubatan KKM.  



  1. Pada masa ini, hanya kira-kira 1,000 slot latihan pakar tersedia setiap tahun dan dengan peletakan jawatan yang berterusan, sasaran untuk menyediakan 30% daripada semua doktor di KKM sebagai pakar menjelang 2030 semakin susah untuk direalisasikan. 


  1. Untuk makluman Tan Sri Speaker, di negara maju, pakar biasanya membentuk 40-60% daripada tenaga kerja perubatan. 


  1.  Oleh itu, Puchong menggesa KKM menjadi ia satu “urgency” untuk menangani isu perletakkan jawatan pegawai perubatan dan menyediakan lebih banyak peluang latihan pakar.