Khamis, 29 Februari 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pendidikan | 29 Februari 2024

29 Februari 2024, Khamis

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam membaca, mengira (matematik) dan sains memandangkan kedudukan Programme for International Student Assessment (PISA) Malaysia 2022 menurun lagi. 

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pendidikan Tinggi | 29 Februari 2024

29 Februari 2024, Khamis

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan berapakah speech and language therapist (SLT) yang dihasilkan oleh Institut Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta masing-masing setiap tahun:

(a) adakah ia mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah SLT yang dihasilkan setiap tahun.

Rabu, 28 Februari 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan | 28 Februari 2024

28 Februari 2024, Rabu

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan : 

(a) jumlah jawatan speech and language therapist (SLT) di Kementerian dan berapakah yang telah diisi; dan 

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kekurangan SLT di sektor awam dan swasta.