Khamis, 28 November 2024

Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2025) Peringkat Jawatankuasa, KPWKM | 28 November 2024

28 November 2024, Khamis

1.      Puchong merujuk kepada butiran 030300 Pembangunan dan Perkembangan Kanak-kanak yang memperuntukkan RM 9 juta. 

2.      Puchong ingin tanya apakah status penubuhan dan perancangan kementerian berkenaan dengan Jabatan pembangunan kanak-kanak yang telah dilancarkan pada Ogos yang lalu

3.      Berapakah jawatan yang akan diwujudkan dan apakah peruntukkan pada tahun 2025?

Selasa, 26 November 2024

Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2025), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) | 26 November 2024

26 November 2024, Selasa

Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan jawatankuasa B dan P42.

1.     Saya ingin terus merujuk kepada B42 kepala 020600 Pembedahan Am dan 022400 kardiotrasik. 

2.     Puchong ingin mengambil kesempatan ini untuk membangkitkan isu berkenaan dengan Pusat Jantung Hospital Serdang.

3.     Pusat Jantung Hospital Serdang dibuka pada Disember 2022 dan dibina dengan kos RM 546 juta.

Isnin, 25 November 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan | 25 November 2024

 25 November 2024 (Isnin)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan : 

(a) jumlah automated external defibrillator (AED) di premis awam di Malaysia memandangkan ia boleh meningkatkan survival rate mangsa serangan jantung. Bandingkan dengan negara lain; dan

(b) perkembangan dalam melaksanakan dasar mewajibkan pemasangan AED di semua fasiliti awam menjelang 2025.

Rabu, 20 November 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | 20 November 2024

 20 November 2024 (Rabu)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan : 

(a) status terkini penggubalan dasar bagi Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) terutamanya penentuan System Access Charge (SAC) untuk firm and non-firm power; dan

(b) adakah Kementerian akan mengurangkan SAC daripada kadar yang dicadangkan semasa sesi libat-urus dengan pemain industri.

Khamis, 7 November 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan | 7 November 2024

7 NOVEMBER 2024 (KHAMIS)

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) adakah rancangan untuk mengadakan expanded New Born Screening (NBS) di hospital awam dan mewujudkan national registry untuk penyakit jarang jumpa; dan

(b) berapa penderma yang telah menderma ke Akaun Amanah bagi Rawatan Penyakit Jarang Jumpa sejak penubuhan dan jumlah dana ini.

Rabu, 6 November 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Sumber Asli & Kelestarian Alam | 6 November 2024

 6 November 2024 (Rabu)

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan Malaysia telah menandatangani Global Methane Pledge pada tahun 2021 untuk mengurangkan pelepasan gas metana sebanyak 30% menjelang 2030:

a) apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh Kementerian sejak 2021; dan

b) adakah rancangan untuk mewujudkan halatuju/pelan kebangsaan penurunan pelepasan gas metana.

Isnin, 4 November 2024

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan statistik terperinci penghasilan sisa elektronik di Malaysia mengikut kategori sisa elektronik, negeri dan sebagainya.

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024


SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :

(a) jumlah peserta Malaysia My Second Home (MM2H) yang aktif; dan

(b) jumlah peserta baru MM2H dan Malaysian Premium Visa Programme (PVIP) untuk tahun 2021, 2022 dan 2023. 

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air

PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN

Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan senarai syarikat yang mendapat kelulusan dalam kategori solar self-consumption (SELCO) dan kapasiti masing-masing. Adakah setiap syarikat yang memenuhi kriteria-kriteria tertentu boleh mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga. Nyatakan proses dan berapa panjang tempoh permohonan.

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pendidikan

PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan senarai syarikat-syarikat yang mendapat kontrak pembersihan dan sekuriti daripada Kerajaan mengikut zon. 

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya | 16 Oktober 2023

16 Oktober 2023, Isnin

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan Malaysia My Second Home (MM2H) dan Premium Visa Program (PVIP) sejak Kementerian mengambil alih/mewujudkan penyelarasan program program ini. Apakah status terkini penyemakan semula syarat-syarat MM2H dan PVIP.

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan

a. jumlah stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) AC dan DC di Malaysia; dan

b. berapakah sasaran Kerajaan jumlah stesen pengecasan EV baru di Malaysia dan di mana.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kewangan | 29 November 2023

29 November 2023, Rabu

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan penggulungan Syarikat TH Heavy Engineering yang dimiliki oleh Kementerian. Berapa cukai rakyat yang terbabit dalam sejarah syarikat ini dari permulaaan, pengoperasian ke penggulungan.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kewangan | 7 June 2023

7 Jun 2023, Rabu


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengutip semula duti kastam terkurang kutip bagi kenderaan import yang dibawa keluar dari Pulau Bebas Cukai yang berjumlah RM72.32 juta pada tahun 2021 menurut Laporan Ketua Audit Negara 2021. 

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kewangan | 21 Mac 2024

21 Mac 2024, Khamis


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:

(a) apakah dasar perolehan awam berkenaan dengan syarat local content (peratus kandungan produk atau servis mesti dihasilkan di Malaysia); dan

(b) adakah audit berkala diadakan untuk memastikan perolehan perolehan kerajaan memenuhi syarat tersebut. 

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KEMAJUAN DESA DAN WILAYAH menyatakan berapa jumlah murid dalam waiting list Tabika KEMAS mengikut negeri. Apakah rancangan Kementerian untuk meningkatkan aksesibiliti pendidikan awal kepada lebih ramai kanak-kanak di desa dan pinggiran bandar. 

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Dalam Negeri | 14 November 2023

14 November 2023, Selasa


SOALAN

Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapa rakyat di Lembah Klang perlu beratur dari awal-awal pagi sama ada di ofis Jabatan Imigresen atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) untuk mendapatkan nombor bagi tujuan pembaharuan pasport.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Dalam Negeri | 24 Mei 2023

24 Mei 2023, Rabu

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah permohonan dan kelulusan Malaysia My Second Home (MM2H) dari tahun 2018 ke 2022 dan Premium Visa Program (PVIP) sejak permulaannya. Adakah Kerajaan akan menyemak semula syarat MM2H.  

Jumaat, 1 November 2024

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan senarai purata masa menunggu di bahagian Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di setiap hospital besar Kerajaan di Malaysia termasuk Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya.

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan metodologi yang digunakan oleh Kementerian dalam menilai exclusive breastfeeding rate (EBF), apakah sasaran Kementerian dan langkah-langkah yang diambil untuk mencapai sasaran.


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Metodologi yang digunakan kini oleh Kementerian dalam menilai prevalen penyusuan susu ibu secara esklusif (Exclusive Breastfeeding, EBF) adalah melalui Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey, NHMS) - Kesihatan Ibu dan Anak. Penilaian adalah berdasarkan saranan daripada WHO/ UNICEF (2021) dalam dokumen bertajuk “Indicators for assessing infant and young child feeding practices: Definitions and measurement methods”. Prevalen penyusuan susu ibu eksklusif bawah umur enam bulan dalam kalangan populasi Malaysia adalah 47.1% (NHMS 2016). Tinjauan seterusnya akan diadakan dalam NHMS 2024.

2. Sasaran penyusuan susu ibu secara eksklusif dari lahir hingga bayi berumur 6 bulan adalah 70% dan telah dijadikan indikator asas dalam:

i. Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia, NPANM III 2016 – 2025;

ii. Pelan Strategik Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (BBM) Dalam Kalangan Kanak-kanak, 2023 – 2030; dan

iii. Key Performance Indicator, (KPI) Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Antara langkah-langkah yang telah diambil oleh pihak KKM bagi mempromosi, melindungi dan menyokong amalan menyusukan anak secara eksklusif sehingga anak berumur enam bulan adalah:

i. Menyediakan persekitaran mesra bayi yang menggalakkan amalan menyusu di fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta melalui pelaksanaan Inisiatif Hospital Rakan Bayi dan Klinik Rakan Bayi; serta di tempat awam seperti kompleks membeli belah dan stesen pengangkutan awam; 

ii. Memberi latihan pengukuhan penyusuan susu ibu kepada anggota kesihatan yang menjalankan perkhidmatan ibu dan anak di fasiliti kesihatan;

iii. Menyokong insentif sosial oleh kerajaan dan swasta seperti kemudahan cuti bersalin, cuti paterniti bagi suami untuk menguruskan isteri yang bersalin, pengecualian cukai pembelian peralatan penyusuan susu ibu, kemudahan untuk ibu memerah dan menyimpan susu ibu di tempat awam, sudut penyusuan di tempat kerja, serta pelaksanaan waktu kerja anjal diberi bagi menyokong para ibu bapa supaya terus menyusukan bayi;

iv. Menggalakkan aktiviti pembimbing penyusuan susu ibu samada berkumpulan atau individu di peringkat komuniti yang boleh memberi tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan berkaitan penyusuan susu ibu; dan

v. Menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai Kementerian/Jabatan dan agensi serta pertubuhan bukan kerajaan bagi aktiviti-aktiviti advokasi penyusuan susu ibu, melalui semua platform konvensional dan sosial media.

Sekian, terima kasih.

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :- 

(a) statistik tahunan dari 2000 ke 2020 (dalam jadual) bagi kadar anemia di kalangan wanita pada umur reproduktif, kadar kelahiran pra-matang dan kadar berat lahir rendah untuk usia kandungan ; dan 

(b) langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Jadual kadar anemia dalam kalangan wanita pada umur reproduktif, bilangan kelahiran pra-matang dan kadar berat lahir rendah (<2500g) untuk usia kandungan. 



2. Berdasarkan data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), prevalen anemia dalam kalangan wanita umur reproduktif menunjukkan penurunan yang positif iaitu 34.7% pada tahun 2015 kepada 29.9% pada tahun 2019. Pelbagai langkah telah dilaksanakan daripada aspek pencegahan dan mengawal masalah anemia dalam kalangan wanita umur reproduktif termasuklah wanita hamil. 

3. Antara langkah yang sedang dilaksanakan di peringkat fasiliti kesihatan adalah seperti berikut: 

(a) Mandatori pemberian pil zat besi dan asid folik kepada ibu hamil yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan;

(b) Pelaksanaan program kepastian kualiti (Quality Assurance Programme) di peringkat kebangsaan bagi mencegah dan mengawal masalah anemia dalam kalangan wanita hamil yang hadir ke klinik kesihatan kerajaan;

(c) Advokasi, ceramah, dan sesi demonstrasi masakan turut dilakukan di peringkat klinik dan komuniti bagi mencegah dan mengawal masalah anemia; dan 

(d) Perkhidmatan runding cara pemakanan oleh Pegawai Sains Pemakanan. 

4. Antara usaha yang sedang dibangunkan di peringkat populasi adalah seperti berikut: 

(a) Inisiatif fortifikasi tepung gandum dengan zat besi dan asid folik bagi pek 25kg dan ke bawah secara mandatori di seluruh negara. Proses pindaan sub peraturan 43 Peraturan Makanan 1985 sedang dilakukan sebelum pelaksanaan secara mandatori diwarta dan dikuatkuasakan di Malaysia.

(b) Kolaborasi dengan pelbagai agensi berkaitan akan dilaksanakan melalui pembangunan Pelan Strategik Pemakanan Wanita Umur Reproduktif Kebangsaan. Pelan ini memberi penekanan kepada masalah malpemakanan termasuklah kekurangan mikronutrien seperti zat besi yang merupakan penyebab utama kepada masalah anemia WRA di Malaysia.

5. Untuk masalah berat lahir rendah (kurang daripada 2500g) menunjukkan trend peningkatan iaitu daripada 10.0% pada tahun 2000 kepada 12.2% pada tahun 2021. Bagi memperbaiki keadaan ini, antara langkah yang diambil di peringkat klinik kesihatan adalah seperti berikut: 

(a) Pemantauan peningkatan berat badan sepanjang kehamilan (Gestational Weight Gain, GWG) secara berkala dan memastikan berat badan berada dalam julat peningkatan yang disarankan.

(b) Runding cara pemakanan kepada ibu hamil yang mengalami masalah kurang atau berlebihan peningkatan berat badan. 

Sekian, terima kasih.

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024


SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN (PUCHONG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah kes baru kanser ovari setiap tahun dari 2018 hingga 2023.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua, Bilangan kes kanser ovari di Malaysia bagi tahun 2018 hingga 2023 ialah seperti berikut: 

Sekian, terima kasih.  

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) status terkini suntikan vaksin HPV kepada kohort-kohort pelajar perempuan yang telah tercicir sejak 2020; dan 

(b) status terkini perolehan vaksin HPV di mana tender telah ditutup semenjak September 2023.


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

1. Pada tahun 2023 sehingga sekarang, seramai 113,708 (52.3%) orang murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021, telah berjaya menerima imunisasi HPV, manakala tiada imunisasi HPV dapat diberi kepada murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2022 dan 2023. Terbaharu, KKM telah menerima bekalan vaksin HPV sebanyak 50 ribu dos pada penghujung Januari 2024 yang akan diberi kepada murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 yang belum menerima sebarang dos vaksin.

2. Kontrak semasa bagi pembekalan Vaksin HPV telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi penambahan kuantiti dan pelanjutan tempoh kontrak sehingga April 2024. Perolehan bagi sejumlah 50,000 dos di bawah kontrak semasa telah dilaksanakan pada Januari 2024.

3. Terbaharu, tender baharu bagi pembekalan vaksin ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. KKM akan segera melaksanakan pemberian imunisasi mengikut kohort yang telah dirancang.

4. Kementerian Kesihatan komited untuk memastikan semua murid perempuan kohort 2021, kohort 2022 dan kohort 2023 yang belum menerima sebarang dos vaksin menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan.

Sekian, terima kasih.  

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) jumlah pesakit yang mendapat rawatan dari Klinik Kesihatan Seri Kembangan setiap hari (secara purata); dan

(b) adakah rancangan untuk menaik taraf klinik ini ke kategori yang lebih tinggi untuk menampung permintaan yang semakin meningkat.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kesihatan | 27 Februari 2023

 27 Februari 2023, Isnin


SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam dan swasta.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan | 5 Mac 2024

5 Mac 2024, Selasa

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah graduan perubatan setiap tahun : 

(a) berapakah yang mendapat jawatan house officer (HO) di hospital-hospital kerajaan; dan 

(b) jumlah graduan perubatan yang memilih untuk mendapat kerja di luar negara setiap tahun dari 2010 hingga sekarang. Apakah trennya.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kesihatan | 4 Julai 2024

4 Julai 2024, Khamis

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN (PUCHONG) minta MENTERI KESIHATAN menyatakan perkembangan Tabung Penyakit Jarang Jumpa : 

(a) memandangkan dana di tabung ini adalah terhad, bagaimana pembahagian dana ditetapkan. Apakah mekanisme untuk memastikan pembahagian dana adalah adil; dan 

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menurunkan kos rawatan (ubat) penyakit jarang jumpa. 


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Tabung amanah untuk Penyakit Jarang Jumpa telah diwujudkan selepas mendapat kelulusan Perbendaharaan pada tahun 2022 di mana ia diselaraskan oleh Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (HTAKL). Dana untuk tabung tersebut diperolehi daripada derma yang diberikan oleh individu dan persatuan tertentu. 

2. Memandangkan kos rawatan penyakit jarang jumpa adalah tinggi dan dana yang dikumpulkan dalam tabung amanah adalah terhad, maka, bagi memastikan transparency dan ketelusan dalam pengagihan dana kewangan yang diperolehi dari tabung amanah ini adalah adil bagi kesemua 492 penyakit jarang jumpa yang tersenarai di dalam Malaysian Rare Disease List, maka satu ‘framework’ untuk penilaian rawatan menggunakan pendekatan eksplisit dan berstruktur bagi proses membuat keputusan melibatkan pelbagai kriteria yang dikenali sebagai multiple criteria decision analysis (MCDA) telah ditetapkan. MCDA membantu dari segi kualiti dalam membuat sesuatu keputusan. Analisa MCDA telah dicadangkan untuk dijalankan setiap 2 hingga 3 tahun untuk memastikan semua 492 penyakit jarang jumpa ini mendapat peluang yang sama dan adil dalam menggunakan dana dari tabung amanah tersebut. Framework MCDA ini membantu menilai teknologi kesihatan berkaitan penyakit jarang jumpa dan memberi input dalam pengurusan peruntukan sumber dana oleh jawatankuasa yang berkaitan.

3. Berkenaan langkah-langkah yang diambil untuk menurunkan kos rawatan (ubat) penyakit jarang jumpa, KKM akan melaksanakan perolehan secara tender terbuka bagi ubat-ubatan bernilai tinggi untuk memastikan pulangan nilai terbaik kepada Kerajaan berdasarkan prinsip economies of scale. 

4. Perolehan melalui kaedah tender terbuka dapat mewujudkan persaingan harga yang sihat serta memastikan tawaran harga yang lebih kompetitif oleh petender yang seterusnya memberi manfaat kepada Kerajaan. 

5. Rundingan harga akan dijalankan untuk menurunkan harga ubat jika perlu. Maklumat harga ubat dalam negara akan dibandingkan dengan harga ubat antarabangsa dan dirundingkan untuk mendapatkan harga yang lebih berpatutan. 

Sekian, terima kasih.

Perbahasaan RUU Perbekalan 2025

23 Oktober 2024

1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU Perbekalan 2025. 

2. Secara keseluruhannya, Puchong menyambut baik pelbagai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan kebertanggungjawaban perbelanjaan kerajaan, memacu ekonomi dan mengagihkan pi ekonomi dengan lebih adil dan saksama. 

3. Hari ini, Puchong ada beberapa cadangan dasar untuk pertimbangan kerajaan. 


LEMON LAW 

4. Pertama sekali, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembentangan “lemon law”. 

Untuk makluman dewan yang mulia ini, 

5. Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi pengguna daripada “lemon”, iaitu barangan yang tidak memenuhi standard kualiti. 

6. Lemon Law telah pun diwujudkan di banyak negara seperti Korea Selatan, US Australia, Kanada, Singapura dan Filipina. 

7. Biasanya undang-undang ini digunakan untuk melindungi pembeli kereta. 

8. Lemon Law memberikan hak kepada pembeli untuk meminta pemulangan wang ataupun penggantian kenderaan jika kenderaan tersebut terus mempunyai masalah yang serius setelah beberapa cubaan pembaikan. 

Tan Sri Speaker, 

9. Lebih daripada 70% rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kereta. 

10.Hampir 800 ribu kenderaan baru dijual pada tahun 2023 1 dan nilai pasaran kenderaan “second hand” telah mencecah lebih daripada RM100 billion. 

11.Pada tahun 2023, jumlah kenderaan Malaysia telah mencatat 36 juta dan ini adalah lebih daripada populasi Malaysia 32 juta. 

Tan Sri Speaker, 

12.Ramai rakyat Malaysia menggunakan sebahagian besar daripada gaji mereka untuk membayar loan kereta setiap bulan. 

13.Boleh kata pembelian kereta adalah antara financial decision yang paling penting terutamanya untuk anak-anak muda. 

14.Jika kualiti kereta yang mereka beli ini ada masalah dan mereka kena belanja lagi untuk pembaikan dan mencari alternatif yang lain semasa pembaikan, ini akan menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan yang besar, ada juga yang terpaksa hutang. 

15.Lemon law juga akan meningkatkan kualiti kenderaan yang dijual di pasaran dan perkhidmatan selepas jualan. 

16.Pendek kata, lemon law akan membawa manfaat kepada pengguna secara keseluruhannya. 

17.Dengan itu, Puchong ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup apakah perkembangan penyediaan draf lemon law dan bilakah akan RUU dibentangkan di dewan yang mulia ini? 

Tan Sri Speaker, 

18.Seterusnya, Puchong ingin membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Reformasi Air (PETRA). 

19.Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kementerian berkenaan tanah di bawah high tension cable TNB. 

20.Tahun ini sahaja sudah 3 kali saya menerima aduan daripada rakyat di Puchong berkenaan dengan masalah semak samun tanah di bawah high tension cable tidak disenggarakan dengan baik sehingga mengakibatkan pembiakan ular dan kes denggi naik. 

21.Keuntungan TNB berbilion-bilion setiap tahun, tiada sebab TNB tidak boleh menjaga tanah mereka dengan baik. 

22.Puchong cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk memasukkan penyenggaraan tanah di bawah high tension cable sebagai salah satu syarat lesen TNB dalam Performance Standard of Electricity Supply Services. 

23.Isu seterusnya juga berkenaan dengan TNB tetapi juga melibatkan dasar PETRA di bawah NETR – National Energy Transition Roadmap.


HOW TO FINANCE EV CHARGERS QUICKLY AND EFFICIENTLY


Tan Sri Speaker, 

24.Di bawah NETR, Kerajaan telah menyasarkan supaya menjelang tahun 2030, 15% daripada kenderaan baru yang dijual adalah kenderaan elektrik (EV) and 80% menjelang tahun 2050.

25.Beberapa menteri juga telah berkali-kali mengumum sasaran untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecasan menjelang tahun 2025. 

26.Walaubagaimanapun, sehingga March tahun ini jumlah stesen pengecasan masih lagi 2,288.

27.Hanya kurang daripada 3 bulan kita akan masuk tahun 2025, Puchong ingin tanya apakah jumlah stesen pengecasan terkini? 

28.Ataupun ia seperti tajuk sebuah article Digital News Asia, “Malaysia's public EV charging target is more a dream”? 

Tan Sri Speaker, 

29. Jumlah EV dan stesen pengecasan adalah ibarat chicken & egg situation. 

30.Jika tidak ada cukup stesen pengecasan, rakyat tidak akan membeli EV. 

31.Tetapi jika tidak ada cukup EV, tiada syarikat nak memasang stesen pengecasan, kerana pendapatan stesen adalah bergantung pada berapa banyak kereta elektrik yang dicas setiap hari. 

32.Oleh itu, we need to break the chicken and egg situation. Dengan izin. 

33.Puchong ingin cadangkan kepada kerajaan untuk menjadikan stesen pengecasan sebagai aset grid kebangsaan. 

34.Dengan ini, TNB akan menampung kos pembinaan stesen pengecasan melalui CAPEX daripada incentive-based-regulation (IBR) untuk regulatory period (RP) seterusnya iaitu RP4 bagi tahun 2025-2027. 

Untuk makluman dewan yang mulia ini, 

35.Semua perbelanjaan CAPEX untuk infrastruktur grid kebangsaan adalah dikira di bawah IBR dan ia adalah salah satu komponen yang digunakan untuk menentukan tarif asas di Semenanjung Malaysia. 

36.Dengan memasukan pemasangan stesen pengecasan di bawah IBR, TNB akan menjadi pelaksana utama dan ia boleh merancang dan memasang stesen pengecasan dengan cepat dan efisien di tempat-tempat awam. 

37.Selain itu, kos per unit stesen pengecasan akan menjadi lebih rendah dengan adanya economy of scale. 

38.Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini juga, ini sebenarnya bukan kaedah baru. 

39.TNB pernah memasang 367 ribu lampu-jalan LED dengan CAPEX dibawah IBR semasa RP2. Cuma sekarang ialah EV charger. 

40.Saya telah kira secara kasar, untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan kita perlu membina kira-kira 7,500 stesen lagi; andai kata 20% daripada ini adalah DC charger, di mana kos sekitar RM250 ribu and 80% AC charger di mana kos sekitar RM35 ribu, maka jumlah kos ialah RM585 juta. 

41.Jika CAPEX untuk RP4 adalah sama seperti RP3 iaitu RM20 billion, perbelanjaan pembinaan stesen pengecasan hanya adalah 2.9% daripada jumlah CAPEX yang akan dibelanjai oleh TNB untuk tempoh 2025-2028. 

42.The question now is, is it worth investing? I think its a big YES! 

43.Ini adalah kerana impak stesen-stesen ini adalah besar dan positif. 

Tan Sri Speaker, 

44.Saya telah baca berita bahawa Proton akan mengeluarkan EV pada hujung tahun ini dan Perodua tahun depan. 

45.Ini semua adalah EV mampu milik dan buatan Malaysia. 

46.Penjualan EV bagi Proton dan Perodua akan membawa kebaikan kepada rakyat biasa kerana bukan sahaja dari segi perkembangan ekonomi hijau tetapi juga membantu rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel.

47.Di samping itu, pembinaan stesen pengecasan berskala besar ini boleh merancak transport sector electrification yang seterusnya memangkin pertumbuhan sektor elektrik dan sekaligus mencipta satu kitaran positif. 

48.Puchong percaya bahawa tindakan ini akan menjadi turning point. 

49.Dengan itu, Puchong sekali lagi menggesa PETRA untuk menimbang secara serius cadangan saya. 


EIGHT RECOMMENDATIONS FOR MALAYSIAN RE POLICIES 


Tan Sri Speaker, 

50.Seterusnya, Puchong ingin memberi LAPAN cadangan yang bagi pembangunan tenaga boleh bahru (TBB) di Malaysia. 

51.Pertama, Puchong ingin cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk membenarkan satu permohonan NEM bagi seluruh pembangunan landed housing yang baru dan bukan satu rumah per satu rumah yang amat menyusahkan sekarang. 

52.Pengurangan birokrasi ini akan menggalakkan lebih banyak pemaju untuk memasang solar atas bumbung bagi pembangunan landed housing baru mereka. 

53.Ia juga akan membantu pemilik rumah baru untuk menjimat kos pemasangan solar atas bumbung dan terus mendapat penjimatan bil elektrik apabila mereka pindah masuk rumah baru. 

54.Kedua, Puchong ingin cadangkan supaya Net Offset Virtual Agregation (NOVA) yang melibatkan penjana dan off-taker yang berbeza boleh dibenarkan untuk projek CSR. 

55.Sebagai contoh, sekolah kerajaan mempunyai bumbung yang besar dan yang boleh digunakan untuk menjana tenaga solar atas bumbung. 

56.Walaubagaimanapun, sekarang tiada insentif untuk sekolah-sekolah memasang solar atas bumbung kerana bil elektrik dibayar oleh kerajaan, segala penjimatan bil elektrik selepas pemasangan solar tidak dapat dinikmati oleh sekolah. 

57.Dengan mekanisme NOVA CSR yang dicadangkan ini, syarikat swasta boleh menjadi offtaker, di mana tenaga solar yang dijana oleh sekolah digunakan untuk offset bil elektrik syarikat ini secara virtual, dan jumlah penjimatan bil elektrik syarikat tersebut di derma balik ke sekolah. 

58.Dengan ini, sekolah boleh menjana pendapatan baru untuk kegunaan sekolah dan syarikat swasta boleh membuat CSR tanpa melibatkan satu sen. 

59.Ketiga, bagi Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), Puchong cadangkan supaya projek third-party-access (TPA) boleh digunakan bukan hanya untuk permintaan baru (new demand) tetapi juga dengan konsumer dan fasiliti yang sedia ada. 

60.Ini adalah penting terutamanya untuk syarikat MNC yang telah pun melabur di Malaysia dengan fasiliti dan premis yang sedia ada dan mempunyai sasaran karbon. 

61.Untuk makluman dewan yang mulia ini, kebanyakan syarikat MNC dan syarikat yang dalam global supply chain MNC, telah pun meletakkan sasaran net zero (karbon sifar bersih) ataupun telah menyertai Kelab RE100. 

62.Bagi sasaran net zero, syarikat komited untuk mencapai pengeluaran karbon sifar bersih, manakala RE100 syarikat komited mengalih penggunaan elektrik mereka kepada 100% TBB, menjelang tahun tertentu. 

63.Dengan membenarkan syarikat membeli TBB melalui CRESS bagi premis yang sedia ada, kita boleh merancakkan pertumbuhan industri TBB kerana permintaan untuk premis sedia ada adalah tinggi. 

64.Tambahan lagi, jika MNC dan syarikat-syarikat yang berada dalam global supply chain mereka boleh memenuhi sasaran karbon mereka di Malaysia dengan kos yang menarik, mereka akan lebih cenderung untuk memperbesarkan fasiliti global mereka di Malaysia dan ini akan membawa pelaburan baru kepada Malaysia. 

65.Seterusnya, cadangan keempat Puchong untuk dasar TBB ialah supaya kerajaan mewujudkan insentif yang lebih menarik bagi memberangsangkan industri penstoran elektrik, sama ada di skala utiliti atau pengguna individu. 

66.Sebagai contoh, kerajaan boleh menawarkan system access cost (SAC) yang lebih rendah daripada kadar sekarang, iaitu 25 sen per kw jam, bagi penjana TBB yang menghasilkan firm-power untuk menggalakkan lebih banyak pemaju TBB skala utiliti yang menyertai CRESS membangunkan sistem penstoran elektrik. 

Tan Sri Speaker, 

67.Puchong telah membaca garis panduan CRESS dan mendapati Surahanjaya Tenaga hadkan sistem penstoran elektrik kepada battery energy storage system (BESS) sahaja, oleh itu, cadangan kelima saya ialah supaya kementerian membuka kepada semua jenis sistem penstoran elektrik untuk menggalakkan lebih inovasi dalam bidang penstoran elektrik.

68.Cadangan keenam Puchong ialah kerajaan perlu menawarkan insentif cukai yang lebih menarik bagi sistem penstoran elektrik. 

69.Saya baca laman web MGTCC, sekarang sistem BESS layak mendapat Green Investment Tax Allowances (GITA) sebanyak 100%. 

70.Puchong cadangkan double tax deduction, iaitu GITA 200%, untuk semua jenis sistem penstoran elektrik yang layak. 

Tan Sri Speaker, 

71.Teknologi dan industri baru perlukan polisi yang boleh menjadikan projek teknologi baru ini bankable, jika tidak, penyertaan swasta tidak akan take-off. 

72.Saya masih ingat semasa saya menjadi menteri tenaga, polisi solar atas bumbung NEM tidak mendapat respon yang baik kerana masa itu dasar NEM menjadikan projek NEM not commercially viable. 

73.Oleh itu, kita tukar dasar NEM kepada 1-on-1 offset basis, NEM 2.0 mendapat respon yang baik, industri solar atas bumbung terus berkembang dengan pesat dan sekarang sudah sampai NEM 3.0. 

74.Apa yang saya nak katakan ialah, kementerian tidak boleh kedekut apabila teknologi dan industri masih lagi baru, sebaliknya, kementerian perlu memastikan teknologi dan industri yang kita nak push ada satu value proposition yang menarik bagi pelabur swasta yang berminat menjadi first mover. 

75.Dengan mewujudkan commercial viability, syarikat swasta akan membuat keputusan untuk melabur dan bank akan memberi financing. 

Tan Sri Speaker, 

76. Cadangan ketujuh dan kelapan saya ialah berkaitan dengan pengeksportan TBB. 

77. Saya membaca bahawa projek perintis pengeksportan TBB ke Singapura melalui mekanisme energy exchange – Enegem, tidak mendapat respon yang diharapkan di kalangan pemain industri TBB. 

78.Saya sudah cadangkan pada sidang yang lalu dan ingin sekali lagi cadangkan kerajaan untuk menggunakan mekanisme TPA untuk pengeksportan dan pengimportan TBB ke dan dari semua negara supaya ia lebih straight-forward dan membolehkan perjanjian B2B yang berbeza-beza.

79.Cadangan kelapan saya ialah supaya kerajaan boleh lebih proaktif dalam membina undersea cable untuk pengeksportan TBB ke Singapura.

80.Pada 25 Oktober 2021, kerajaan Singapura mengumumkan hasrat untuk mengimport sehingga 4 GW RE berkarbon rendah menjelang 2035. 

81.Potensi pasaran eksport ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya, mampu menjana sehingga RM 6 billion pelaburan swasta dan hampir 50,000 peluang pekerjaan. 

82.Tentunya, Malaysia tidak akan dapat menikmati keseluruhan angka tersebut. 

83.Namun, kedudukan geografi Malaysia yang sangat berhampiran dengan Singapura, saya percaya kita boleh dapat mengecapi sebahagian besar daripada jumlah tersebut jika kita mengambil langkah yang lebih proaktif seperti membina infrastruktur iaitu undersea cable yang membolehkan pengekosportan pada masa depan. 


84.Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu berkenaan dengan perubahan iklim. 

Tan Sri Speaker, 

85. Apabila kita membincangkan pengurangan karbon, kita sentiasa focus kepada hanya karbon dioksida kerana dalam pengukuran kesan pemanasan global kita menggunakan unit carbon dioxide equivalent (CO2e). 

86.Tetapi sebenarnya gas metana adalah gas rumah hijau 25 kali ganda lebih kuat daripada gas karbon dioksida. 

87.Dengan kata lain, setiap unit pelepasan metana ialah 25 carbon dioxide equivalent CO2e. 

88.Jika kita baca Malaysia 4th Bienial Update Report (BUR4) UNFCCC, dan kira daripada sektor tenaga dan sisa sahaja, pelepasan metana menyumbang 47.32 juta ton CO2e5 , iaitu kira-kira 14% daripada jumlah pelepasan karbon negara! 

89.Malaysia juga telah menandatangani Methane Global Pledge yang meletakkan sasaran untuk mengurangkan pelepasan methana sebanyak 30% menjelang 2030. 

90.Oleh itu, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu Pelan Tindakan Pengurangan Metana Kebangsaan supaya kita boleh menurunkan pelepasan metana secara sistematik. 

91.Pelan tersebut perlu fokus kepada sektor fugitive gas dari industri minyak dan gas, tapak pelupusan sampah domestik serta rawatan dan pembuangan sisa industri yang merupakan penyumbang utama gas metana di Malaysia. 

Tan Sri Speaker, 

92.Wetland, tanah lembap, adalah sinki karbon yang baik. 

93.Sebenarnya hutan pokok bakau sahaja meliputi kira-kira 3% daripada jumlah keluasan tanah di Malaysia dengan kira-kira 57% di Sabah, 26% di Sarawak dan baki 17% di Semenanjung Malaysia. 

94.Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa wetland land-use change tidak diambil kira dalam pengukuran sinki karbon land-use, land-use change and forestry (LULUCF) di laporan BUR4 UNFCCC. 

95.Puchong ingin tahu apa sebabnya. 

96.Puchong mencadangkan kerajaan untuk memasukkan pengukuran BUR supaya laporan kita adalah lebih tepat. 

97.Di samping itu, Puchong juga cadangkan kerajaan untuk memberi insentif untuk menggalakkan nature-based carbon credit project seperti penghutanan semula dan pemulihan hutan bakau, supaya yang boleh didagangkan di Bursa Carbon Exchange dan menjana lebih pendapatan untuk projek pemulihan sinki karbon yang seterusnya. 

Tan Sri Speaker, 

98.Seterusnya, Puchong ingin cadangkan Green Income Tax Exemption (GITE) diluaskan bukan hanya merangkumi solar leasing tetapi aset-aset hijau yang lain yang berpotensi menggunakan leasing model seperti food waste composter. 

99.Idea solar leasing bermula di Malaysia zaman saya, masa itu kami ingin menggalakkan lebih solar atas bumbung. 

100. Solar leasing membolehkan mereka yang tiada CAPEX juga boleh mendapatkan solar atas bumbung melalui leasing.  

101. Untuk menggalakkan syarikat menawarkan pakej solar leasing, kita menawarkan GITE. 

102. Puchong rasa sudah sampai masa MGTCC lebih proaktif tengok industri dan bidang mana yang boleh dimanfaatkan melalui leasing model dan menawarkan GITE kepada industri tersebut. 

Tan Sri Speaker, 

103. Seterusnya, Puchong ingin menyentuhi isu berkenaan komuniti India. 

104. Lebih daripada 10% populasi di kawasan Parlimen Puchong adalah berbangsa India dan saya mendapati bahawa antara cabaran yang mereka hadapi ialah peluang pekerjaan di kalangan belia. 

105. Saya mendapati bahawa ramai tidak sedar peluang-peluang yang ditawarkan oleh institusi-institusi TVET dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon. 

106. Dengan itu, saya cadangkan kerajaan untuk membuat road show berkenaan dengan peluang TVET yang fokusnya kepada masyarakat India, sebagai contoh, road show dalam bahasa tamil ataupun road show di kuil-kuil India. 

107. Kerajaan juga perlu meletakkan sasaran jumlah pengambilan TVET untuk anak-anak India B40. 

108. Secara keseluruhannya, kerajaan perlu lebih proaktif dalam mendekati masyarakat India. 

Tan Sri Speaker, 

109. Puchong juga ingin menarik perhatian kerajaan berita berkenaan dengan yuran taska dan tadika dijangka akan naik 20-25% susulan kenaikan gaji minima dan juga kenaikan kos-kos yang lain. 

110. Persatuan Tadika Islam Malaysia dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, serta Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, yang menaungi pengusaha taska, telah mengesahkan kenaikan yuran yang ditawarkan oleh sekitar 4,500 ahli mereka disebabkan kenaikan daripada kos operasi ini. 

111. Puchong ingin tanya apakah tindakan yang akan diambil oleh KPWKM untuk membantu ibubapa yang menghadapi kenaikan kos yang mendadak ini. 

Tan Sri Speaker, 

112. Isu terakhir yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan projek pembagunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad. 

113. Menurut pembentangan Perdana Menteri, Khazanah akan menyediakan 600 juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad dan memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif. 

114. Saya menerima maklumat bahawa Khazanah berhasrat untuk membangunkan kawasan itu seperti National Singapore Gallery yang diubahsuai dari bangunan warisan Mahkamah Tertinggi dan Majlis Bandaraya, yang merangkumi elemen budaya, seni dan lifestyle. 

115. Ini adalah idea yang baik. 

116. Untuk makluman Tan Sri Speaker, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan yang juga memantau Kementerian Perpaduan telah pun melawat Muzium Tekstil yang terletak di bangunan yang akan dibangun semula oleh Khazanah melalui inisiatif ini. 

117. Puchong berharap bahawa Khazanah boleh membantu untuk menaik taraf Muzium Tekstil dan membenarkan jabatan muzium untuk terus menguruskan muzium tersebut di premis yang. 

118. Untuk makluman Tan Sri Speaker dan ahli-ahli yang dihormati, JKPK akan membentangkan maklumat yang terperinci berkenaan dengan perkembangan semasa muzium-muzium utama negara pada sesi parlimen juga. 

119. Itu sahaja yang Puchong ingin bangkitkan. Puchong menyokong. Sekian.