Blog

Rabu, 14 Oktober 2026

Perbahasan Belanjawan2027: Setahun berlalu, mana Lemon Law yang dijanjikan? | 14 Oktober 2026



1.    Seterusnya, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mempercepatkan pembentangan Lemon Law bagi membela nasib jutaan pembeli kenderaan di tanah air.

2.    Puchong menyambut baik komitmen YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Belanjawan 2026 untuk memperkenalkan elemen Lemon Law melalui pindaan ke atas Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

3.    Namun, selepas satu tahun, sekarang kita sudah dalam perbincangan Belanjawan 2027, KPDN masih belum lagi membentangkan RUU yang berkenaan.

4.    Kita tidak boleh terus terperangkap dalam fasa kajian dan sesi libat urus yang berpanjangan sedangkan rakyat di luar sana menanggung beban kewangan setiap hari.

Perbahasan Belanjawan2027: Memacu Agrivoltaik, mewujudkan skim "NEM Agro" | 14 Oktober 2026


1.     Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke dasar net-energy-metering (NEM).


2.     Dasar NEM sememangnya amat dekat di hati Puchong. Semasa saya diberi amanah menerajui kementerian tenaga pada tahun 2018, kita telah menstrukturkan semula dasar NEM lama tidak mendapat respon baik dari pasaran kepada dasar NEM 2.0 yang memastikan projek solar atas bumbung adalah commercially viable, bankable, dan scalable, dengan izin.


3.     Industri solar bumbung tempatan berkembang pesat sejak itu, disusuli dengan inisiatif berterusan seperti NEM 3.0 dan skim ATAP. Namun kini, sudah tiba masanya kita melakukan satu lagi anjakan paradigma dasar bagi meneroka sempadan baharu.


4.     Untuk makluman Dewan yang mulia ini, pemasangan loji solar berskala besar (LSS) konvensional di atas tanah sering kali mencetuskan konflik guna tanah dengan sektor pertanian dan penternakan.

Perbahasan Belanjawan2027: Caj CRESS 14 Sen atau 18 Sen? Apa Sebenarnya Berlaku?! | 14 Oktober 2026



1.    Seterusnya Puchong ingin mengalih ke dasar corporate renewable energy supply scheme (CRESS), sebuah program yang membolehkan pemaju menjual tenaga boleh baharu secara terus kepada pelanggan industri.

 

2.    Pada 18 September 2026, PETRA telah mengeluarkan kenyataan media rasmi bahawa di bawah Pakej Pecutan CRESS, kadar System Access Cost (SAC) sebanyak 14 sen setiap kWj bagi firm supply akan diperkenalkan dengan tempoh kontrak 10 tahun.


3.     Pasaran modal dan pemain industri menyambut baik pengumuman ini.


4.  Namun mengikut The Edge dan sumber saya, dalam sesi taklimat industri oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) semalam, pihak ST telah backtrack daripada dasar kementerian.

Perbahasan Belanjawan2027: Cadangan menjadikan Langkawi atau Pulau Pinang sebagai Hab Pelayaran Disney Cruise | 14 Oktober 2026


1.     Isu seterusnya yang saya ingin bangkitkan juga berkenaan dengan pintu masuk negara.


2.  Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, pada 26 Ogos 2026, Disney Cruise telah membuat pengumuman di mana Langkawi secara rasmi dipilih sebagai pelabuhan persinggahan baharu (new port of call) bagi kapal Disney Adventure (pakej 5 hari 4 malam) bermula 31 Disember 2026.


3.     Ini adalah peluang keemasan untuk bagi industri pelancongan di Langkawi.


4.   Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, Disney membawa sekitar 6,000 hingga 6,700 penumpang bagi setiap pelayaran, dengan anggaran 25 hingga 30 kali singgahan setahun ke Langkawi.

Perbahasan Belanjawan2027: Autogate QR Percepat Urusan Imigresen KLIA | 14 Oktober 2026



1.     Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu pintu masuk ke Malaysia.

2.     Sudah banyak kali Puchong perhatikan sendiri apabila mendarat dari luar negara di KLIA: barisan di lorong autogate passport mengular panjang, tetapi deretan autogate QR di sebelahnya tiada barisan dan lengang.

3.     Apabila saya berbual dengan petugas di sana, Puchong diberitahu bahawa fenomena ini berlaku setiap hari, terutamanya pada waktu kemuncak apabila banyak pesawat berbadan besar mendarat serentak dalam tempoh yang singkat.

4.     Untuk kita di sini yang pernah menggunakan kedua-dua autogate, sudah tentu perasan bahawa autogate QR adalah jauh lebih cepat daripada autogate passport.

Perbahasan Belanjawan2027: M40 dijaga dan dihargai | 14 Oktober 2026


1.     Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Belanjawan ini.

2.     Pertama sekali, Puchong ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada YAB Perdana Menteri dan pihak Kerajaan atas pembentangan Belanjawan MADANI Kelima.

3.     Ini adalah satu belanjawan di mana disiplin fiskal dan penjimatan subsidi yang berani diimbangi dengan pembahagian kek ekonomi yang lebih adil dan saksama.

4.     Selama ini, kita sentiasa mendengar rungutan golongan M40 bahawa mereka sentiasa dilupai dalam belanjawan tahunan.

Isnin, 2 Mac 2026

Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 - Mengehadkan tempoh jawatan PM kepada 10 tahun atau 2 penggal penuh


1.    
Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

2.    Puchong menyokong penuh pindaan ini atas 3 sebab utama.

3.    Pertama, pindaan ini boleh membantu mencegah skandal mega yang berkali-kali menghantui negara kita.

4.    Sejarah dunia membuktikan bahawa absolute power corrupts absolutely.