Kerja Saya

Penglibatan Belia

Sejak dilantik pada Mei 2013, saya telah dijemput untuk bercakap dengan anak muda di beberapa tempat - universiti, NGO, gereja dan juga beberapa persidangan. Setakat ini, saya telah bercakap dengan kira-kira 10,000 anak muda Malaysia. Lihat di bawah beberapa gambar penglibatan aktiviti bersama mereka.

Berkongsi dengan Kolej Methodist Kuala Lumpur
tentang Perjalanan Kerjaya Sebagai Ahli Politik Muda

Bercakap di Meja Bulat Dasar Awam Pemuda CPPS Malaysia tentang Isu-isu mengenai Pemuda Malaysia


Bercakap kepada Pelajar Malaysia di Universiti Washington
semasa Lawatannya ke Seattle

Berdialog dengan Perwakilan Antarabangsa dalam Power Shift 2015 berkenaan Perubahan Iklim dan Kesannua dalam Membuat Dasar untuk Negara-negara ASEAN

Saya juga sering menerima permintaan wawancara oleh pelajar universiti untuk membantu mereka memahami negara dan bagaimana anak muda dapat menyumbang kepada pembangunan negara.


Sesi Temuduga dengan Pelajar Kolej berkenaan Belia
dalam Pembangunan Negara


Pembangunan dan Pemberdayaan Anak Muda

Saya juga telah memulakan kem kepimpinan untuk mahasiswa universiti yang dikenali sebagai Leadership, Education, Activism and Politics (LEAP), yang mendidik mahasiswa mengenai proses politik dan aktivisme di Malaysia (pembentukan parti, kempen pilihan raya, pengurusan kawasan, hubungan media, pembentukan koalisi dan perdebatan).


Gambar LEAP Camp

Saya sentiasa menerima pelatih yang memohon di pejabat, mengajar dan membangunkan mereka dalam pelbagai aspek pembangunan negara. Saya telah melatih lebih daripada 20 pelatih dalam tempoh 2 tahun menjawat jawatan ini.

Poster Permohonan Pelatih

Pejabat saya menjalankan pelbagai program dan sentiasa menggalakkan semangat kesukarelawan pada anak muda. Setakat ini, lebih daripada 100 sukarelawan muda telah menjadi sukarelawan dalam program-program saya.


Sukarelawan Muda di
Kem Pendidikan Anak-anak Ladang di Semenyih


Suara untuk Rakyat Malaysia

Saya sentiasa menimbulkan isu tadbir urus yang bersih, hak asasi manusia dan keadilan. Sekadar menyebut beberapa nama, saya pernah bersuara terhadap mantan dan Menteri Besar Selangor sekarang tanpa rasa takut. Malah semasa lawatan ke White House, setelah mengetahui hubungan Najib-Obama, saya telah membangkitkan isu penindasan terhadap pembangkang dan hukuman penjara Anwar. 

Di White House Bertanyakan Pendapat Obama tentang Tindakan ke atas Pembangkang Malaysia dan Pemenjaraan Anwar 

Menyoal Tan Sri Khalid Ibrahim Mengenai Perjanjian Penandatanganan
MOU Air Negeri Selangor yang Tidak Telus

Membangkitkan Kebimbangan kepada Azmin Ali,
tentang Firma Pelaburan Negeri yang Baru Ditubuhkan - Kumpulan Pelaburan Dahrul Ehsan (DEIG)

Kerja Lapangan

Mengetahui keterdesakan untuk menukar kerajaan, dan pilihan raya tidak boleh dimenangi dengan hanya undian bandar, saya terlibat secara aktif dalam membantu DAP untuk membuka wilayah-wilayah bukan konvensional termasuk di kawasan luar bandar dan di kalangan anak muda Melayu bagi memecah sempadan baru untuk DAP. Saya terlibat secara aktif dalam projek-projek Impian Malaysia sejak projek Impian Sarawak yang pertama di Kampung Sait dan kempen meraih dana Impian pertama yang mengumpulkan lebih daripada RM300,000.

Lawatan Impian Sarawak di Kampung Sait

Saya sentiasa menganjurkan program yang membantu parti untuk terlibat dengan anak muda Melayu supaya mereka dapat memahami lebih banyak mengenai DAP dan mengetahui bahawa DAP bukan anti-Islam atau anti-Melayu seperti yang digambarkan oleh media arus perdana.

Merekrut Anggota Melayu Muda ke DAP

Berdepan Demonstrasi di
Program Menyasarkan Anak Muda Melayu DAP di Shah Alam


Komuniti Terpinggir di Damansara Utama

Di samping kerja-kerja asas di kawasan, saya juga telah memulakan 3 program sosial utama (selain program kerajaan negeri) untuk keluarga berpendapatan rendah di kawasan saya termasuk dua pusat tuisyen percuma yang mengadakan 20 kelas setiap minggu, baucer makanan bulanan untuk warga miskin tegar membeli keperluan harian dan skim teksi percuma untuk menyediakan pengangkutan bagi golongan miskin dan kurang upaya ke hospital dan agensi kerajaan (untuk mengatasi kekurangan pengangkutan awam).


Program Bank Makanan yang Kemudiannya Diubah Menjadi Sistem Baucar untuk Keperluan Subsidi Harian

Majlis Anugerah untuk Pelajar Pusat Tuisyen Percuma DU

Pelancaran Skim Teksi Percuma Secara Kerjasama dengan MyTeksi


Lain-lain

Semasa bencana...

Kerja Banjir Pasca Banjir di Mentakab

Wakil DAP Mengunjungi Pos Tohoi untuk Kes 7 Orang Asli Hilang