8 Fakta tentang Bee Yin
- Bee Yin dilahirkan pada 26 Mei 1983 di Segamat dan membesar di sebuah pekan kecil Batu Anam.
- Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Damansara Utama dalam Pilihan Raya Umum ke-13 dan menang dengan lebih daripada 30,000 majoriti.
- Beliau merupakan ahli termuda di Dewan Undangan Negeri Selangor untuk penggal 2013-2018.
- Beliau dilatih sebagai seorang jurutera dengan ijazah kepujian kelas pertama dari Universiti Teknologi Petronas.
- Beliau mendapat Ijazah Sarjana (dengan kepujian) dari Universiti Cambridge di United Kingdom.
- Beliau juga adalah penerima Biasiswa Cambridge Gates yang berprestij antarabangsa.
- Bee Yin kini merupakan Naib Pengerusi Pemuda Pakatan Harapan.
- Beliau baru-baru ini menerbitkan buku bertajuk "Bayangan Malaysia Baru" dalam rangka mengimaginasi semula Malaysia dengan dasar nasional yang konkrit.
Agenda Utama di Parlimen
- Memperjuangkan reformasi institusi dan memastikan Putrajaya bertanggungjawab terhadap semua perbelanjaan mereka supaya mereka tidak mencuri atau membazirkan wang pembayar cukai.
- Mencadangkan polisi yang dapat membantu mengawal kenaikan kos sara hidup untuk meringankan beban rakyat.
- Memperjuangkan agenda ekonomi negara yang akan memanfaatkan bandar-bandar sekunder seperti Muar.
- Mencadangkan dasar-dasar ekonomi yang mesra kepada perniagaan mikro, kecil dan sederhana untuk membantu mereka berkembang maju.
- Menjadi suara untuk golongan anak muda di Parlimen, terutamanya dalam menyokong dasar-dasar ekonomi yang dapat mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih baik.
- Menjadi suara untuk wanita dari segi kebajikan, perlindungan dan hak yang sama rata.
- Memperjuangkan reformasi pendidikan untuk menjadikan sekolah-sekolah awam lebih baik serta lebih banyak lagi pusat pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan mampu milik.
- Memperjuangkan peningkatan tahap perkhidmatan kesihatan awam supaya mempunyai ubat dan doktor yang mencukupi untuk semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan perubatan.
Kepada para pengundi di kawasan Parlimen Bakri yang dikasihi,
Nama saya Yeo Bee Yin. Saya dilahirkan dan membesar di Johor. Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang lalu, saya telah diberi mandat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Selangor bagi DUN Damansara Utama. Dalam PRU ini, saya kembali ke negeri asal saya untuk bertanding di sini kerana negeri Johor adalah medan pertempuran utama antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional pada PRU-14 kali ini.Wahai rakan-rakan bangsa Johorku, negara tercinta kita kini berada di persimpangan sejarah. Negara kita yang pernah disanjung sebagai “Harimau Asia” dan setara dengan Korea Selatan serta Singapura kini telah dilabel oleh komuniti antarabangsa sebagai negara "kleptokrasi" - sebuah negara yang ditadbir oleh pencuri.
Ketika mana ahli keluarga dan kroni para pemimpin Barisan Nasional membeli berlian, kapal dan kondominium mewah di luar negara mengunakan wang hasil titik peluh rakyat, rakyat biasa pula diperah dengan bebanan cukai GST. Harga barang meningkat secara mendadak sementara gaji pula tidak berubah. Subsidi, biasiswa dan ubat-ubatan di hospital awam semua dipotong.
Wahai rakyat Malaysiaku, kita berhak mendapat kerajaan yang lebih baik, beramanah dan bertanggungjawab. Masa untuk perubahan telah tiba. Jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya, kita akan menghapuskan GST. Di bawah kepimpinan Tun Mahathir, Pakatan Harapan juga akan membuat pembaharuan dasar untuk meringankan beban kehidupan rakyat, memperbaiki ekonomi dan mereformasi institusi untuk mengembalikan Malaysia ke zaman kegemilangan.
Undilah perubahan, undilah Pakatan Harapan, undilah hari esok yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia dan generasi akan datang.
Yang ikhlas,
Yeo Bee Yin
Calon Parlimen Bakri
Agenda Utama Tempatan
- Menzahirkan potensi industri pelancongan di Muar untuk mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan dan pekerjaan bagi penduduk Muar, memandangkan Muar adalah sebuah tempat yang indah dengan hidangan makanan yang enak, warisan sejarah yang unik serta kaya dengan adat dan budaya.
- Memperjuangkan lebih banyak insentif untuk menggalakkan industri hiliran hasil pertanian, misalnya pengeluaran berasaskan nenas, untuk meningkatkan pendapatan peladang dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan di Bukit Naning dan kawasan sekitarnya.
- Mencadangkan program-program yang lebih strategik bagi membantu usahawan kecil dan sederhana perladangan sawit dan pertanian lain di Muar untuk meningkatkan jaringan keselamatan mereka dalam menghadapi penyakit-penyakit tanaman dan risiko cuaca serta meningkatkan produktiviti tanah dan dengan ini meningkatkan pendapatan mereka.
- Memperjuangkan lebih banyak peluang Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk golongan anak muda Muar yang tidak cenderung akademik, bagi melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan dalam industri-industri berpotensi tinggi dan menawarkan gaji yang lebih baik.
- Mencadangkan dasar-dasar yang dapat memangkin pertumbuhan industri perabot di Muar dengan infrastruktur serta insentif yang lebih baik; lebih banyak peluang untuk pengusaha kecil dan sederhana; dan juga lebih banyak pekerjaan untuk masyarakat tempatan Muar.
- Memperjuangkan kewujudan sebuah kawasan sebagai habitat tetap untuk Burung Botak dan spesies burung yang lain. Ini bukan sahaja dapat memelihara spesies burung terancam untuk generasi akan datang tetapi juga membuka peluang eko-pelancongan untuk Muar.