Blog
Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Parlimen. Papar semua catatan

Isnin, 2 Mac 2026

Perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2026 - Mengehadkan tempoh jawatan PM kepada 10 tahun atau 2 penggal penuh


1.    
Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk menyertai perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan bagi mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

2.    Puchong menyokong penuh pindaan ini atas 3 sebab utama.

3.    Pertama, pindaan ini boleh membantu mencegah skandal mega yang berkali-kali menghantui negara kita.

4.    Sejarah dunia membuktikan bahawa absolute power corrupts absolutely.

Rabu, 25 Februari 2026

Ucapan Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia | 25 Feb 2026

1.    Terima kasih Tan Sri di-Pertua kerana izinkan Puchong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk  membuat penerangan Penyata Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2026 (Selasa).

2.    Penyata ini adalah hasil libat urus dan dapatan daripada sesi pendengaran bersama:
i.                Kementerian Kesihatan (KKM);
ii.               Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),
iii.             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN);
iv.             Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
v.              United Nation’s Children Fund (UNICEF); dan
vi.             Nutrition Society of Malaysia (NSM)
 
3.    Pertama sekali, Puchong ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada dua statistik dan satu fakta berkaitan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Rabu, 4 Februari 2026

Memperluaskan MyKasih kepada Penjaja & Peniaga Kecil (Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja) | 26 Jan 2026 & 4 Feb 2026

1.    Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan jumlah peniaga SARA bagi merangkumi lebih banyak peniaga mikro dan kecil tempatan dan memperluaskan kategori peniaga SARA dari barangan runcit sahaja untuk merangkumi penjaja-penjaja kecil makanan di medan selara seperti macik yang menjual nasi lemak dan pakcik yang menjual wantan mee dan produk-produk segar sama ada daging, sayur atau buah-buahan di pasar-pasar awam juga boleh disenaraikan sebagai peniaga SARA.
 
2.    Dengan ini, perniagaan peniaga mikro dan kecil serta penjaja-penjaja kecil akan menjadi lebih baik secara langsung dan sekaligus memperbaiki pendapatan mereka.

Isnin, 26 Januari 2026

Penyeteman Kontrak Penggajian (Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja) | 26 Jan 2026

 

1.    Bermula tahun ini, LHDN menguatkuasakan supaya setiap kontrak penggajian sama ada part-time, full time, permanent, kontrak malah internship, semua perlu disetemkan dengan pembayaran duti setem sebanyak RM10 dalam masa 30 hari.

2.    Apa yang susahkan bukan pembayaran RM10 itu tetapi tambah lagi satu kerja untuk peniaga terutamanya peniaga-peniaga kecil yang kekurangan kakitangan.

Rabu, 3 Disember 2025

Perbahasan RUU anti Buli 2025 | 3 Dec 2025

1.     Terima kasih puan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU AntiBuli 2025.

2.     Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.

Selasa, 2 Disember 2025

Penerangan Pengerusi JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Keselamatan Digital & Kesihatan Mental Kanak-kanak | 2 Disember 2025

 
PENERANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN WANITA, KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT

1.    Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat telah membentangkan dua penyata pada sidang ini, yang dibentangkan pada 1 Disember 2025 (Isnin) iaitu:
     i.    Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia (DR. 33 Tahun 2025); dan
    ii.    Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia (DR. 34 Tahun 2025).

Khamis, 6 November 2025

Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2026), Kementerian Kewangan | 6 November 2025


1.     Terima kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya di peringkat JK Kementerian Kewangan.
 
2.     Hanya satu isu yang Puchong ingin bangkitkan pada hari. Saya ingin merujuk kepada kepada 020500 Subsidi dan Bantuan Tunai.
 
3.     MyKasih dan SARA 100 telah mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat.

Rabu, 5 November 2025

Perbahasan dalam RUU Perbekalan (Belanjawan 2026), Jabatan Perdana Menteri | 5 November 2025


 1.     Terima kasih Datuk Speaker izinkan Puchong untuk berbahas peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
 
2.     Puchong ingin bermula dengan B1 Parlimen, kepala 010000 Urusan Parlimen.
 
3.     Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membawa RUU Perkhidmatan Parlimen yang juga telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.

Selasa, 14 Oktober 2025

Perbahasan RUU Perbekalan Belanjawan 2026, Peringkat Dasar | 14 Oktober 2025

1.       Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan 2026.
 
2.       Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang seimbang antara bantuan segera kepada rakyat  dan pembaharuan strategik jangka panjang.

Khamis, 28 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (9)

 28 OGOS 2025 (KHAMIS)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

a. Sebab One&Only Desaru tidak diteruskan. Berapakah kerugian/keuntungan One&Only Desaru setiap tahun sejak pembukaannya dan bagaimana pula dengan prestasi hotel-hotel lain yang dimiliki Khazanah di Desaru?

b. Berapakah pelaburan Khazanah setakat ini bagi pembangunan bersepadu Desaru dan apakah rancangan seterusnya?

Rabu, 27 Ogos 2025

Ucapan Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Penyata Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah | 27 Ogos 2025

Ucapan Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Penyata Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah  |  27 Ogos 2025 


1.    Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.

2.    Jawatankuasa Pilihan ini telah membentangkan dua penyata pada sidang parlimen ini.

 

3.    Penyata pertama ialah Penyata berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia, di mana Jawatankuasa telah mengemukakan lapan syor utama untuk tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan. 

 

4.    Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah kami bentangkan iaitu Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah.

Selasa, 26 Ogos 2025

Sidang Media oleh JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan penyata penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia DR.17 Tahun 2025 | 26 Ogos 2025

 

Sidang Media oleh JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan penyata penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia DR.17 Tahun 2025  | 26 Ogos 2025, Selasa

1.    Hari ini kami Jawatankuasa Pilihan (JKP) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat membuat sidang media ini untuk menjelaskan satu penyata yang telah kami bentangkan di Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2025 berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia.

 

2.    Penyata ini dihasilkan melalui 13 libat urus dengan kementerian, jabatan, universiti, pengusaha industri dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta lawatan kerja ke Singapura dari Januari hingga Julai 2025.

 

3.    Setelah meneliti secara mendalam isu-isu yang telah dibangkitkan dalam mesyuarat-mesyuarat serta lawatan kerja yang telah dijalankan, kami ingin berkongsi beberapa perkara utama yang telah dikenal pasti.

 

4.    Pertama, sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia masih berdepan dengan cabaran besar dari segi dasar dan tadbir urus.

Isnin, 18 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (8)

18 OGOS 2025 (ISNIN)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan sistem bayaran Diagnosis-Related Group (DRG). Bilakah sistem ini akan diperluaskan ke hospital swasta dan nyatakan rancangan pelaksanaan.

Rabu, 13 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (7)

13 OGOS 2025 (RABU)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :

a. Berapakah pengguna aktif portal sistem warga emas (eWarga Emas). Bagaimanakah portal ini dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan apakah rancangan dan sasaran Kementerian untuk memperluaskan penggunaan portal ini.

b. Adakah Kementerian berancang untuk membentang Rang Undang-Undang Warga Emas.

Khamis, 7 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (6)

 7 OGOS 2025 (KHAMIS)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan status Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang dan Sungai Rasau. Adakah status ini mengikut rancangan dan bilakah ia akan siap serta apakah langkah yang diambil Kementerian untuk memastikan projek siap mengikut garis masa.

Isnin, 4 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (5)

 4 OGOS 2025 (ISNIN)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan syarat bagi syarikat untuk mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah had jumlah IP yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. Apakah sasaran Kementerian bagi jumlah penggunaan IP setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini dan sila huraikan lebih butiran berkenaan dengan ARM.

Khamis, 31 Julai 2025

Perbahasan RMK13 - Krisis Malnutrisi & Prasekolah Kanak-kanak

Perbahasan RMK13 - Krisis Malnutrisi & Prasekolah Kanak-kanak  | 31 Julai 2025


Perbahasan RMK13 - Pelaburan ARM

Pelaburan ARM   |   31 Julai 2025

1.    Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).

2.   Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.

3.    Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.

Kamar Khas - PENGUBAHSUAIAN BAGI MENANGANI MASALAH KESESAKAN DI KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN

 31 Julai 2025

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah pengubahsuaian bagi menangani masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Puchong ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Seri Kembangan merupakan fasiliti Jenis 3, tetapi perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah Jenis 1 iaitu kedatangan pelanggan sehari melebihi 800 orang. Tambahan lagi, beban kerja klinik ini semakin meningkat dari 188,522 pada tahun 2021 ke 195,361 pada tahun 2022 dan 209,279 pada tahun 2023.