Galeri

Gadis dari pekan kecil.
Hari Sukan pertama saya di sekolah baru, SRJK (C) Hwa Nan. Saya Darjah 2 pada masa itu. Di sini saya sedang memegang papan sepanduk rumah sukan saya.
Menerima sijil ijazah saya daripada Dr. Mahathir Mohamad pada tahun 2006.
Hari konvokesyen di Universiti Cambridge.
Hari-hari awal sebagai jurutera muda di Turkmenistan.
Bersama rakan sekelas dan Sarah (tengah), pengarah program MPhil in Advanced Chemical Engineering.
Bersama Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (di mana DUN saya berada), pada hari penamaan calon piliharaya umum tahun 2013.
Bersama 4 orang adik-beradik saya (dari kiri ke kanan): Bee Ting, Bee Sean, Bee Hui dan Bee Yee yang bekerja keras untuk membantu dalam kempen pilihanraya saya.
Berceramah ketika PRU-13.
Berceramah ketika PRU-13.
Berceramah ketika PRU-13.
Saya merupakan salah seorang peserta dalam program Youth Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI) pada tahun 2015, anjuran Jabatan Amerika Syarikat. Kami telah dijemput ke Rumah Putih untuk dialog bersama Presiden pada masa itu, Barack Obama.
Pada tahun 2017, saya dijemput oleh DIPD (Danish Insititute for Parties and Democracy) untuk menjadi pemerhati pilihan raya kerajaan tempatan. Wanita yang berdiri di sebelah saya ialah Mette Frederiksen, pemimpin SDP (Social Democratic Party).
Berdebat mengenai isu-isu polisi di persidangan Dewan Negeri Selangor.
Program pemberdayaan wanita bertujuan untuk mempertingkat ekonomi isi rumah berpendapatan rendah.
Memupuk hubungan mesra dengan agensi penguatkuasaan tempatan seperti jabatan polis dan bomba.
Kami mengadakan program "Food Bank" untuk membantu golongan miskin tegar.
Setelah menanti selama 30 tahun lamanya, hak milik tanah akhirnya diberikan kepada 35 pemilik tanah di Kampung Chempaka pada tahun 2017 - terima kasih kepada dasar tanah baru yang diperkenalkan selepas kami mengambil alih Selangor dari BN pada tahun 2008.
Pada tahun 2017, kami menganjurkan program "Karnival Borneo" untuk untuk memupuk hubungan baik antara orang-orang Sabah Sarawak dan Semenanjung.
Setiap tahun, kami berbuka puasa bersama komuniti Muslim di masjid dan surau di kawasan saya. Saya mahu menjadi seorang wakil rakyat untuk semua rakyat Malaysia.