Rabu, 17 April 2024

Perbahasan RUU Keselamatan Siber 2024


27 March 2024


1.      Terima kasih Tuan Speaker kerana telah izinkan Puchong untuk membahas RUU Keselamatan Siber 2024. 

2.      Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Menteri Digital kerana dalam 3 bulan sahaja menjadi Menteri telah berjaya membentang RUU yang begitu penting untuk negara ini dalam era moden ini.

3.      Keselamatan siber ialah amalan melindungi sistem, rangkaian dan program daripada serangan digital.

4. Serangan siber ini biasanya bertujuan untuk mengakses, mengubah atau memusnahkan maklumat sensitif; memeras wang daripada pengguna atau mengganggu proses perniagaan biasa. 

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja


4 Mac 2024


1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk mengambil bahagian dalam perbahasan titah ucapan Tuanku.

2.    Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuanku kerana telah menegaskan di dalam ucapan bahawa baginda tidak akan melayan permintaan daripada mana-mana pihak yang cuba menggugat kestabilan politik negara.

3.    Kenyataan Tuanku ini telah “once and for all” mengukuhkan pentadbiran Kerajaan Perpaduan untuk masa 4 tahun yang akan datang dan sekaligus memberi suntikan keyakinan yang sangat kuat kepada pelabur-pelabur di luar sana terhadap kestabilan politik.