1. Terima kasih Tan Sri di-Pertua kerana izinkan Puchong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk membuat penerangan Penyata Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2026 (Selasa).
2. Penyata ini adalah hasil libat urus dan dapatan daripada sesi pendengaran bersama:
i. Kementerian Kesihatan (KKM);
ii. Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),
iii. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN);
iv. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
v. United Nation’s Children Fund (UNICEF); dan
vi. Nutrition Society of Malaysia (NSM)
3. Pertama sekali, Puchong ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada dua statistik dan satu fakta berkaitan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.