Rabu, 26 Februari 2025

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Pengangkutan | 26 Februari 2025

26 FEBRUARI 2025, RABU 

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :

a. bilakah perkhidmatan aerotrain Kuala Lumpur International Airport akan dikembalikan

b. langkah yang diambil supaya gangguan perkhidmatan aerotrain yang berpanjangan ini tidak diulangi pada masa hadapan.

Khamis, 20 Februari 2025

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam | 20 Februari 2025

 20 Februari 2025 (Khamis)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :

(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran

(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Takbir Urus Bahan Kimia.

Rabu, 19 Februari 2025

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 19 Februari 2025

19 Februari 2025 (Rabu)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) berapa jumlah pegawai perubatan psikiatri dan psikologi di hospital Kerajaan berbanding permintaan. Apakah purata tempoh menunggu untuk mendapat perkhidmatan pakar

(b) langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kesihatan mental juga dilindungi dalam pakej insurans kesihatan.

Khamis, 13 Februari 2025

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 13 Februari 2025

 13 Februari 2025, Rabu

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :

(a) jumlah klinik kesihatan di Malaysia mengikut jenis. Berapa antaranya menampung jumlah pesakit yang lebih daripada jenis fasiliti yang disediakan.

(b) rancangan Kementerian untuk mengurangkan jurang ini.

Rabu, 12 Februari 2025

Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2025 | 12 Februari 2025

12 Februari 2025, Rabu 

  1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih titah tuanku. 


Pembasmian Kemiskinan di Masyarakat India 


Tan Sri, 


  1. Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha. 


  1. Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah melawat Kavitha di Pangsapuri Aman. 


  1. Apabila saya masuk ke rumah, apa yang tertera di depan mata saya ialah ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, tiada apa-apa, hanya beberapa kerusi plastik. 

Khamis, 6 Februari 2025

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kewangan | 6 Februari 2025

 6 Februari 2025, Khamis

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :

(a)isu pertikaian undang-undang antara Kerajaan dan Mulia Group berkenaan dengan pemilikan Exchange 106

(b) kadar occupancy dan purata kadar sewaan Exchange 106 terkini. Apakah anggaran capitalisation rate. Adakah pulangan pelaburan Kerajaan dalam Exchange 106 berbaloi.


Rabu, 5 Februari 2025

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 5 Februari 2025

 5 Februari 2025 (Rabu)

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa.

(a) jumlah dana terkini dan berapa penerima yang telah bermanfaat sejak penubuhan tabung sehingga kini

 (b) insentif bagi penderma dan adakah rancangan untuk membuat penambaikan.