Rabu, 25 Februari 2026

Ucapan Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak Di Malaysia | 25 Feb 2026

1.    Terima kasih Tan Sri di-Pertua kerana izinkan Puchong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat untuk  membuat penerangan Penyata Bantut Dalam Kalangan Kanak-kanak di Malaysia yang telah dibentangkan pada 24 Februari 2026 (Selasa).

2.    Penyata ini adalah hasil libat urus dan dapatan daripada sesi pendengaran bersama:
i.                Kementerian Kesihatan (KKM);
ii.               Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL),
iii.             Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN);
iv.             Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM);
v.              United Nation’s Children Fund (UNICEF); dan
vi.             Nutrition Society of Malaysia (NSM)
 
3.    Pertama sekali, Puchong ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada dua statistik dan satu fakta berkaitan masalah bantut dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

Rabu, 4 Februari 2026

Memperluaskan MyKasih kepada Penjaja & Peniaga Kecil (Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja) | 26 Jan 2026 & 4 Feb 2026

1.    Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan jumlah peniaga SARA bagi merangkumi lebih banyak peniaga mikro dan kecil tempatan dan memperluaskan kategori peniaga SARA dari barangan runcit sahaja untuk merangkumi penjaja-penjaja kecil makanan di medan selara seperti macik yang menjual nasi lemak dan pakcik yang menjual wantan mee dan produk-produk segar sama ada daging, sayur atau buah-buahan di pasar-pasar awam juga boleh disenaraikan sebagai peniaga SARA.
 
2.    Dengan ini, perniagaan peniaga mikro dan kecil serta penjaja-penjaja kecil akan menjadi lebih baik secara langsung dan sekaligus memperbaiki pendapatan mereka.