Ketika bahang mentari tengah hari panas menyucuk, sambil bendera gergasi DAP berkibar di udara, laungan ‘Karpal Singh, Karpal Singh, Karpal Singh’ memenuhi angkasa di jalanraya Pulau Pinang, saya menyertai puluhan ribu rakyat Malaysia mengiringi perjalanan terakhirnya; dan saya sedar bahawa pengerusi parti yang amat kami kasihi telah berjuang sebaik mungkin.
Selasa, 22 April 2014
Bangkitlah, harimau-harimau Jelutong!
Jumaat, 11 April 2014
Paul Low perlu memastikan perjanjian konsesi KIDEX didedahkan
Kenyataan media bersama oleh ADUN Damansara Utama Yeo Bee Yin, ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakatan, ADUN Kinrara Ng Sze Han dan ADUN Kampung Tunku Lau Weng San; Ahad 6 April 2014.
Kami menyeru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk mengotakan kata-kata ketelusan dengan mendesak supaya perjanjian konsesi lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) didedahkan.
KIDEX ialah sebuah projek lebuhraya bertingkat sepanjang 14.9km bernilai RM2.42 bilion. Kontrak projek tersebut telah dianugerahkan kepada Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd, yang mempunyai kaitangan dengan peguam UMNO, Datuk Hafarizam Harun isteri bekas ketua hakim negara, Tun Zaki Azmi.
KIDEX Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Emrail Sdn Bhd dan Zabima Engineering Sdn Bhd [1]telah mengumumkan bahawa pembinaan lebuhraya KIDEX akan bermula seawal tahun depan.[2]
Sementara hal kedudukan kontrak tersebut sebagai sebuah ‘anugerah politik’ masih boleh didebatkan, hanya satu perkara yang kita tahu - kita masih lagi belum melihat perjanjian konsesi. Berapa lamakah tempoh konsesi? Berapa pula kadar tolnya? Dan kadar tol itu akan dikira berdasarkan apa?
Langgan:
Catatan (Atom)