24 Jun 2024, Isnin
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PELANCONGAN,
SENI DAN BUDAYA menyatakan :
(a)
jumlah pelancong asing yang melawat Malaysia dan jumlah
pendapatan yang dijana (international tourism receipts) pada tahun 2022,
2023 dan 2024 (setakat sekarang) dan perbandingan dengan negara
negara ASEAN yang lain; dan
(b)
apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah
pelancong dan perbelanjaan setiap orang
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1.
Malaysia telah merekodkan jumlah kemasukan pelancong asing
seramai 7,560,642 (Tujuh Juta Lima Ratus Enam Puluh Ribu Enam Ratus
Empat Puluh Dua) orang dari Januari hingga April 2024 iaitu peningkatan
sebanyak 27.5% jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun 2023.
Manakala sebanyak 20,141,846 (Dua Puluh Juta Satu Ratus Empat Puluh
Satu Lapan Ratus Empat Puluh Enam) orang pada tahun 2023 dan
10,070,964 (Sepuluh Juta Tujuh Puluh Ribu Sembilan Ratus Enam Puluh
Empat) orang pada tahun 2022.
2.
Untuk tempoh Januari hingga April, Thailand merupakan negara
ASEAN yang mencatatkan ketibaan pelancong asing tertinggi iaitu seramai
12,127,447 diikuti dengan Malaysia seramai 7,560,642, Vietnam seramai
6,199,331, Singapura seramai 5,709,110 dan Indonesia seramai 4,098,714
orang pelancong.
3.
Pada suku pertama 2024 jumlah pendapatan pelancong yang dijana
adalah sebanyak RM22.23 bilion iaitu peningkatan sebanyak 66%
berbanding suku tahun pertama 2023. Pada tahun 2023 pendapatan
pelancong adalah sebanyak RM71.31 bilion dan RM28.23 bilion pada tahun
2022.
Tuan Yang di-Pertua,
4.
MOTAC melalui Tourism Malaysia memperhebatkan usaha promosi
industri pelancongan negara dengan menekankan aspek melancong
dengan selamat serta mengenengahkan experiential tourism bagi memberi
keyakinan kepada pelancong untuk bercuti dan melancong ke Malaysia.
5. Antara usaha yang dilaksanakan adalah:
(i) penyertaan dalam pameran-pameran pelancongan antarabangsa;
(ii) mengadakan promosi pelancongan yang merangkumi roadshow
di pasaran sasaran seperti Australia, China, Eropah, India,
Jepun, Korea, Negara-Negara Teluk dan Nordic;
(iii) melaksanakan promosi pelancongan melalui saluran digital
seperti promosi melalui media sosial untuk terus meletakkan
visibiliti Malaysia di mata pelancong dan ejen pelancongan
dipasaran-pasaran sasaran;
(iv) mempromosi produk pelancongan mengikut segmentasi
pelancong dan permintaan pasaran tertentu bagi memenuhi dan
menepati kehendak mereka seperti pelancongan minat khas;
(v) meningkatkan
kemudahsampaian
melalui
penambahan
kekerapan penerbangan dan jumlah tempat duduk;
(vi) mengadakan perbincangan dengan Kementerian Dalam Negeri
dan Jabatan Imigresen Malaysia bagi mempermudahkan
kemasukan pelancong asing seperti visa on arrival (VOA),
multiple entry visa, eVisa dan transit visa; dan
(vii) menarik minat pasaran pelancong Muslim ke Malaysia, sebuah
pasaran yang semakin berkembang di seluruh dunia dengan
menggerakkan lebih ramai lagi penggiat industri pelancongan
untuk mendapatkan pengiktirafan mesra-Muslim.
Sekian, terima kasih.