Isnin, 26 Januari 2026

Penyeteman Kontrak Penggajian (Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja) | 26 Jan 2026

 

1.    Bermula tahun ini, LHDN menguatkuasakan supaya setiap kontrak penggajian sama ada part-time, full time, permanent, kontrak malah internship, semua perlu disetemkan dengan pembayaran duti setem sebanyak RM10 dalam masa 30 hari.

2.    Apa yang susahkan bukan pembayaran RM10 itu tetapi tambah lagi satu kerja untuk peniaga terutamanya peniaga-peniaga kecil yang kekurangan kakitangan.

3.    Walaupun penyeteman kontrak boleh dilakukan secara online, Puchong telah menerima feedback bahawa proses untuk membayar duti setem masih agak frustrating.

4.    Persoalannya, berapakah jumlah pendapatan yang boleh dikutip oleh LHDN dengan penguatkuasaan penyeteman duti stem kontrak penggajian?

5.    Adakah pendapatan ini justify kesusahan dan kerumitan yang dialami oleh majikan terutamanya peniaga-peniaga kecil yang kekurangan kakitangan?

6.    Ya, kontrak yang tidak disetemkan akan menjadi masalah apabila dibawa ke mahkamah tetapi kebanyakan kontrak penggajian tidak pernah pun digunakan di mahkamah dan jika perlu dibawa ke mahkamah pun ada langkah tertentu yang boleh diambil supaya kontrak-kontrak berkenaan boleh diterima sebagai keterangan.

7.    Dengan itu, Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan mengkaji semula penguatkuasaan peyeteman kontrak penggajian sama ada semua boleh dikecualikan seperti dulu ataupun syarat boleh dilonggarkan ataupun tempoh penyeteman boleh dipanjangkan supaya boleh meringankan kerja peniaga-peniaga kecil dan mikro, terutamanya perniagaan di mana pemilik sendirilah juga adalah admin.