1.
Terima kasih puan Speaker izinkan Puchong untuk turut
serta dalam perbahasan RUU AntiBuli 2025.
2. Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.
3. Ini juga adalah RUU ke-4 BHEUU membawa undang-undang atau pindaan dalam melindungi kanak-kanak di Malaysia selepas pindaan Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak, Akta Keselahan Seksual Terhadap Kanak-kanak dan Akta Suhakam untuk memperkasa persuruhjaya kanak-kanak.
4. Secara keseluruhanya, Puchong sebagai Pengerusi Jawantankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat sokong RUU.
5. Pembahruan undang-undang ini adalah selari dengan Artikel 19 United Nations Convention on the Rights of the Child (CRC) yang telah diratifikasikan oleh Malaysia pada 17 Februari 1995, di mana Malaysia secara rasmi terikat untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penderaan, termasuk fizikal, emosi, dan seksual, serta pengabaian.
6. Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, Jawatankuasa telah membuat 2 townhall berkenaan dengan buli dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia:
7. Sesi Townhall yang telah diadakan pada hari Rabu, 10 September 2025 telah mendengar dan mendapatkan cadangan dan pandangan daripada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor, Exco Negeri Selangor, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari sekolah-sekolah sekitar Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
8. Sesi Townhall Kanak-kanak Parlimen Malaysia telah diadakan pada hari Jumaat, 21 November 2025 bagi mendengar dan mendapatkan cadangan dan pandangan pelajar berusia 14 hingga 16 tahun daripada 43 buah sekolah sekitar Lembah Klang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
9. Kami telah bentang satu penyata yang bertajuk Townbuli Dalam Klangan Kanak-kanak di Malaysia: Ke Arah Pembinaan Sekolah Selamat untuk merekodkan dapatan utama sesi-sesi townhall serta taklimat-taklimat follow-up yang kami buat selepas pembentangan penyata kami pada sesi yang lalu yang bertajuk: Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah dengan 17 syor kepada kerajaan.
10. Dengan wujudnya RUU ini, beberapa jurang sistemik dalam melindungi kanak-kanak daripada buli dapat yang kami kenalpastikan melalui taklimat, pendengaran dan sesi townhall ini boleh dirapatkan.
11. Pertama, Puchong mengalu-alu penubuhan Tribunal Bagi Antibuli seperti yang tertakluk di Bahagian 7.
12. Ini dapat mengatasi aduan yang kami sentiasa terima, iaitu aduan buli di sekolah yang tidak dikendali dengan baik ataupun cover-up oleh sekolah sekarang boleh dilaporkan kepada Tribunal dan didengar semula.
13. Tribunal juga boleh mengatasi kes buli di luar sekolah serta yang paling penting cyber buli cyber.
14. Untuk pengetahuan Tuan Yang di-Pertua, daripada Sesi Townhall bersama dengan kanak-kanak, Jawatankuasa mendapati bahawa kebanyakkan buli berlaku di arena cyber terutamanya social media dan messenger.
15. Ada juga yang buli di sekolah lepas tu buli lagi melalui internet dan mobile phone.
16. Selain itu, dengan adanya tribunal, lebih kes buli boleh dikendali tanpa membebankan mahkamah. Ini akan menggalakkan lebih mangsa buli untuk mendapatkan keadilan. Aduan kes buli juga akan mengambil masa yang lebih singkat, iaitu Sekysen 42 memperutukkan tribunal untuk membuat kepeutusan dalam 60 hari dari hari pertama pendeganran di hadapan Tribunal.
17. Jurang kedua yang dirapatkan melalui RUU ini ialah, sebelum ini hanya institusi pendidikan KPM yang perlu ikut Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di Institusi Pendidikan KPM, sekarang dibawah seksyen 12, semua institusi pendidikan di Malaysia perlu wujudkan satu sistem sendiri dalam pencegahan dan pengurusan kes buli termaksud sekolah swasta, MRSM dan Maktab Tentera Diraja seperti yang disenaraikan di Jadual Pertama.
18. Jurang ketiga yang dirapatkan melalui RUU ini saluran yang boleh diakses dan mesra kanak-kanak serta kerahsian maklumat, kerana dalam sesi townhall bersama kanak-kanak, antara feedback daripada pelajar-pelajar ialah mereka rasa tidak selamat dengan rahsia mereka, satu pedi aduan di tempat yang terlalu open (boleh nampak), kedua adalah feedback bahawa guru-guru gossip tentang kes mereka.
19. Dengan adanya klausa-klausa ini, saya berharap sekolah boleh mengendalikan kes aduan buli dengan lebih peka.
20. Walaubagaimanapun, Puchong rasa ada kelemahan RUU ini dalam melindungi kanak-kanak daripada buli, iaitu pemulih mangsa dan pelaku buli.
21. Saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada satu kajian yang melibatkan 33,523 pelajar sekolah menengah, 79.1% responden terlibat dalam buli dengan pelaku (14.4%), mangsa (16.3%) atau kedua-duanya (48.4%).
22. Dengan kata lain, mangsa buli berpotensi menjadi pelaku buli jika diberi intervensi yang sewajarnya.
23. Puchong cadangkan KPM merujukkan pembuli dan mangsa yang terlibat kepada Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) di bawah KKM bagi menjalani saringan psikososial wajib serta menerima intervensi susulan yang diperlukan. NCEMH perlu diperkasa mengikut syor nombor 1 hingga 4 dalam Penyata DR. 33/2024: Keselamatan Digital dan Kesihatan Mental Kanan-kanak di Malaysia.
Versi Penuh
Soalan kepada BHEUU
1. Bahagian 8 – Fungsi Suhakam dan Ketua Pesuruhjaya Kanak-kanak seksyen - peruntukkan?
3. Kewajipan menyediakan kaunseling dan sokongan psikososial. Soalan: Adakah Kementerian akan menambah perjawatan kaunselor? Bagaimana pelaksanaan di sekolah luar bandar yang kekurangan guru kaunseling?
4. Fasal 7(2) membenarkan audit pematuhan. Soalan: Berapa kekerapan audit? Siapa badan bebas yang memantau? Adakah laporan audit akan dibuka kepada umum untuk ketelusan?
5. JAWATANKUASA PENCEGAHAN & PENGURUSAN BULI (Fasal 8)* • Jawatankuasa boleh merujuk kes kepada Tribunal hanya dengan “keizinan termaklum pengadu”. Soalan: Bagaimana memastikan pengadu tidak ditekan oleh pihak sekolah untuk tidak merujuk kes ke Tribunal?
6. TRIBUNAL BAGI ANTIBULI (Bahagian VII) • Tribunal tidak membenarkan peguam kecuali isu kompleks (Fasal 36). Soalan: Bagaimana memastikan kanak-kanak dan ibu bapa dari komuniti rentan tidak rugi dari segi hak representasi?
- Kita tidak boleh bergantung kepada guru-guru kerana ini bukan bidang mereka dan mereka telah pun terbeban dengan tugas-tugas hakiki mereka.
- Beban tugas guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi, namun mereka juga dituntut untuk menangani isu disiplin, kesihatan mental murid dan program keselamatan sekolah, sehingga menyebabkan peningkatan gejala burnout dalam kalangan guru.
- Saya ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada m/s 31-32 Penyata JKP bertajuk Townhall Buli terhadap kanak-kanak di Malaysia, di mana kajian demi kajian yang dibentangkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMFRDC) telah menunjukkan gejala burnout dalam kalangan guru. Contohnya, satu kajian di kalangan 369 orang guru sekolah rendah di Melaka, 83.74% telah dilaporkan mengamai kelesuan; satu kajian di antara 294 orang guru di Perak, Kadar kemurungan guru-guru dilaporkan pada kadar 22.1%, kadar kebimbangan adalah 44.6%, dan kadar tekanan adalah 17%; satu lagi kajian di kalangan 335 guru SMK di Terengganu - 25.69% guru dilaporkan mengalami kemurungan pada tahap yang sangat tinggi, 82.39% mengalami masalah kebimbangan, dan 2.39% guru mengalami stres.