Kenyataan Media Yeo Bee Yin, ADUN Damansara Utama, pada hari Khamis 8 Mei 2014.
Empat cadangan untuk Khairy Jamaluddin berkenaan krisis air Selangor.
Sangat menarik melihat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin begitu beriya-iya mendapatkan puji-pujian untuk Barisan Nasional berikutan krisis air di Selangor terutamanya dengan memberi justifikasi kepada kenaikan melampau terhadap tariff air bagi syarikat konsesi swasta yang tidak menunjukkan prestasi yang baik. Selanjutnya, jika Khairy benar-benar ikhlas mahu menyelesaikan masalah air di Selangor, saya ada empat cadangan untuknya sebagai anggota kabinet.
Pertamanya, untuk penggal ini, saya cadangkan beliau menggesa rakan sejawatnya di Kementerian Pertahanan untuk meluluskan permohonan kerajaan negeri utnuk menggunakan Royal Rainmaker Technology dari Thailand untuk menjalankan pembenihan awan di Selangor bagi bersedia untuk mendepani musim kemarau yang bakal menjelang. Teknologi pembenihan awan ini menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack, yang melibatkan keselamatan negara. Justeru kelulusan daripada Kementerian Pertahanan adalah diperlukan.
Kedua, supaya orang ramai dapat menilai isu air ini secara adil tanpa tafsiran berat sebelah ahli politik, saya cadangkan Khairy untuk menggesa supaya perjanjian konsesi air dinyah-klasifikasi, memandangkan semuanya masih dilindungi Akta Rahsia Rasmi. Hanya dengan pendedahan penuh maklumat terbabit maka rakyat boleh menilai sendiri sama ada logik atau tidak untuk kerajaan negeri menghalang tariff air dinaikkan sehingga 37% pada 2009, 25% pada 2012 dan 14% pada 2015 memandangkan Syabas tidak mampu mengurangkan non-revenue water (NRW) mereka seperti yang dituntut oleh perjanjian. Orang ramai juga akan dapat menilai sama ada tawaran pampasan kerajaan negeri kepada syarikat konsesi untuk pengambil-alihan adalah adil berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian.