PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan :
(a) status terkini suntikan vaksin HPV kepada kohort-kohort pelajar
perempuan yang telah tercicir sejak 2020; dan
(b) status terkini perolehan vaksin HPV di mana tender telah ditutup
semenjak September 2023.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Pada tahun 2023 sehingga sekarang, seramai 113,708 (52.3%) orang murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021, telah berjaya menerima imunisasi HPV, manakala tiada imunisasi HPV dapat diberi kepada murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2022 dan 2023. Terbaharu, KKM telah menerima bekalan vaksin HPV sebanyak 50 ribu dos pada penghujung Januari 2024 yang akan diberi kepada murid perempuan Tingkatan 1 kohort 2021 yang belum menerima sebarang dos vaksin.
2. Kontrak semasa bagi pembekalan Vaksin HPV telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan bagi penambahan kuantiti dan pelanjutan tempoh kontrak sehingga April 2024. Perolehan bagi sejumlah 50,000 dos di bawah kontrak semasa telah dilaksanakan pada Januari 2024.
3. Terbaharu, tender baharu bagi pembekalan vaksin ini telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan. KKM akan segera melaksanakan pemberian imunisasi mengikut kohort yang telah dirancang.
4. Kementerian Kesihatan komited untuk memastikan semua murid perempuan kohort 2021, kohort 2022 dan kohort 2023 yang belum menerima sebarang dos vaksin menerima vaksin HPV sebelum mereka menamatkan persekolahan.
PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan doktor dan jururawat di hospital awam dan swasta.
PUAN YEO BEE YIN (PUCHONG) minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan perkembangan Tabung Penyakit Jarang Jumpa :
(a) memandangkan dana di tabung ini adalah terhad, bagaimana
pembahagian dana ditetapkan. Apakah mekanisme untuk
memastikan pembahagian dana adalah adil; dan
(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk menurunkan kos
rawatan (ubat) penyakit jarang jumpa.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Tabung amanah untuk Penyakit Jarang Jumpa telah diwujudkan
selepas mendapat kelulusan Perbendaharaan pada tahun 2022 di mana
ia diselaraskan oleh Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur (HTAKL).
Dana untuk tabung tersebut diperolehi daripada derma yang diberikan
oleh individu dan persatuan tertentu.
2. Memandangkan kos rawatan penyakit jarang jumpa adalah tinggi
dan dana yang dikumpulkan dalam tabung amanah adalah terhad, maka,
bagi memastikan transparency dan ketelusan dalam pengagihan dana
kewangan yang diperolehi dari tabung amanah ini adalah adil bagi
kesemua 492 penyakit jarang jumpa yang tersenarai di dalam Malaysian Rare Disease List, maka satu ‘framework’ untuk penilaian rawatan
menggunakan pendekatan eksplisit dan berstruktur bagi proses membuat
keputusan melibatkan pelbagai kriteria yang dikenali sebagai multiple
criteria decision analysis (MCDA) telah ditetapkan. MCDA membantu dari
segi kualiti dalam membuat sesuatu keputusan. Analisa MCDA telah
dicadangkan untuk dijalankan setiap 2 hingga 3 tahun untuk memastikan
semua 492 penyakit jarang jumpa ini mendapat peluang yang sama dan
adil dalam menggunakan dana dari tabung amanah tersebut. Framework
MCDA ini membantu menilai teknologi kesihatan berkaitan penyakit
jarang jumpa dan memberi input dalam pengurusan peruntukan sumber
dana oleh jawatankuasa yang berkaitan.
3. Berkenaan langkah-langkah yang diambil untuk menurunkan kos
rawatan (ubat) penyakit jarang jumpa, KKM akan melaksanakan
perolehan secara tender terbuka bagi ubat-ubatan bernilai tinggi untuk
memastikan pulangan nilai terbaik kepada Kerajaan berdasarkan prinsip
economies of scale.
4. Perolehan melalui kaedah tender terbuka dapat mewujudkan
persaingan harga yang sihat serta memastikan tawaran harga yang lebih
kompetitif oleh petender yang seterusnya memberi manfaat kepada
Kerajaan.
5. Rundingan harga akan dijalankan untuk menurunkan harga ubat
jika perlu. Maklumat harga ubat dalam negara akan dibandingkan dengan
harga ubat antarabangsa dan dirundingkan untuk mendapatkan harga
yang lebih berpatutan.
1. Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam
perbahasan RUU Perbekalan 2025.
2. Secara keseluruhannya, Puchong menyambut baik pelbagai inisiatif kerajaan
dalam meningkatkan kebertanggungjawaban perbelanjaan kerajaan, memacu
ekonomi dan mengagihkan pi ekonomi dengan lebih adil dan saksama.
3. Hari ini, Puchong ada beberapa cadangan dasar untuk pertimbangan kerajaan.
LEMON LAW
4. Pertama sekali, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mempercepatkan
pembentangan “lemon law”.
Untuk makluman dewan yang mulia ini,
5. Lemon Law adalah undang-undang yang melindungi pengguna daripada “lemon”,
iaitu barangan yang tidak memenuhi standard kualiti.
6. Lemon Law telah pun diwujudkan di banyak negara seperti Korea Selatan, US
Australia, Kanada, Singapura dan Filipina.
7. Biasanya undang-undang ini digunakan untuk melindungi pembeli kereta.
8. Lemon Law memberikan hak kepada pembeli untuk meminta pemulangan wang
ataupun penggantian kenderaan jika kenderaan tersebut terus mempunyai
masalah yang serius setelah beberapa cubaan pembaikan.
Tan Sri Speaker,
9. Lebih daripada 70% rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kereta.
10.Hampir 800 ribu kenderaan baru dijual pada tahun 2023 1 dan nilai pasaran
kenderaan “second hand” telah mencecah lebih daripada RM100 billion.
11.Pada tahun 2023, jumlah kenderaan Malaysia telah mencatat 36 juta dan ini
adalah lebih daripada populasi Malaysia 32 juta.
Tan Sri Speaker,
12.Ramai rakyat Malaysia menggunakan sebahagian besar daripada gaji mereka
untuk membayar loan kereta setiap bulan.
13.Boleh kata pembelian kereta adalah antara financial decision yang paling penting
terutamanya untuk anak-anak muda.
14.Jika kualiti kereta yang mereka beli ini ada masalah dan mereka kena belanja lagi
untuk pembaikan dan mencari alternatif yang lain semasa pembaikan, ini akan
menyebabkan pengguna menanggung beban kewangan yang besar, ada juga
yang terpaksa hutang.
15.Lemon law juga akan meningkatkan kualiti kenderaan yang dijual di pasaran dan
perkhidmatan selepas jualan.
16.Pendek kata, lemon law akan membawa manfaat kepada pengguna secara
keseluruhannya.
17.Dengan itu, Puchong ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup apakah perkembangan
penyediaan draf lemon law dan bilakah akan RUU dibentangkan di dewan yang
mulia ini?
Tan Sri Speaker,
18.Seterusnya, Puchong ingin membangkitkan isu-isu yang berkaitan dengan
Kementerian Peralihan Tenaga dan Reformasi Air (PETRA).
19.Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian kementerian berkenaan tanah di
bawah high tension cable TNB.
20.Tahun ini sahaja sudah 3 kali saya menerima aduan daripada rakyat di Puchong
berkenaan dengan masalah semak samun tanah di bawah high tension cable tidak
disenggarakan dengan baik sehingga mengakibatkan pembiakan ular dan kes
denggi naik.
21.Keuntungan TNB berbilion-bilion setiap tahun, tiada sebab TNB tidak boleh
menjaga tanah mereka dengan baik.
22.Puchong cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk memasukkan penyenggaraan
tanah di bawah high tension cable sebagai salah satu syarat lesen TNB dalam
Performance Standard of Electricity Supply Services.
23.Isu seterusnya juga berkenaan dengan TNB tetapi juga melibatkan dasar PETRA
di bawah NETR – National Energy Transition Roadmap.
HOW TO FINANCE EV CHARGERS QUICKLY AND EFFICIENTLY
Tan Sri Speaker,
24.Di bawah NETR, Kerajaan telah menyasarkan supaya menjelang tahun 2030, 15%
daripada kenderaan baru yang dijual adalah kenderaan elektrik (EV) and 80%
menjelang tahun 2050.
25.Beberapa menteri juga telah berkali-kali mengumum sasaran untuk mewujudkan
10,000 stesen pengecasan menjelang tahun 2025.
26.Walaubagaimanapun, sehingga March tahun ini jumlah stesen pengecasan masih
lagi 2,288.
27.Hanya kurang daripada 3 bulan kita akan masuk tahun 2025, Puchong ingin tanya
apakah jumlah stesen pengecasan terkini?
28.Ataupun ia seperti tajuk sebuah article Digital News Asia, “Malaysia's public EV
charging target is more a dream”?
Tan Sri Speaker,
29. Jumlah EV dan stesen pengecasan adalah ibarat chicken & egg situation.
30.Jika tidak ada cukup stesen pengecasan, rakyat tidak akan membeli EV.
31.Tetapi jika tidak ada cukup EV, tiada syarikat nak memasang stesen pengecasan,
kerana pendapatan stesen adalah bergantung pada berapa banyak kereta elektrik
yang dicas setiap hari.
32.Oleh itu, we need to break the chicken and egg situation. Dengan izin.
33.Puchong ingin cadangkan kepada kerajaan untuk menjadikan stesen pengecasan
sebagai aset grid kebangsaan.
34.Dengan ini, TNB akan menampung kos pembinaan stesen pengecasan melalui
CAPEX daripada incentive-based-regulation (IBR) untuk regulatory period (RP)
seterusnya iaitu RP4 bagi tahun 2025-2027.
Untuk makluman dewan yang mulia ini,
35.Semua perbelanjaan CAPEX untuk infrastruktur grid kebangsaan adalah dikira di
bawah IBR dan ia adalah salah satu komponen yang digunakan untuk menentukan
tarif asas di Semenanjung Malaysia.
36.Dengan memasukan pemasangan stesen pengecasan di bawah IBR, TNB akan
menjadi pelaksana utama dan ia boleh merancang dan memasang stesen
pengecasan dengan cepat dan efisien di tempat-tempat awam.
37.Selain itu, kos per unit stesen pengecasan akan menjadi lebih rendah dengan
adanya economy of scale.
38.Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini juga, ini sebenarnya bukan kaedah baru.
39.TNB pernah memasang 367 ribu lampu-jalan LED dengan CAPEX dibawah IBR
semasa RP2. Cuma sekarang ialah EV charger.
40.Saya telah kira secara kasar, untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan
kita perlu membina kira-kira 7,500 stesen lagi; andai kata 20% daripada ini adalah
DC charger, di mana kos sekitar RM250 ribu and 80% AC charger di mana kos
sekitar RM35 ribu, maka jumlah kos ialah RM585 juta.
41.Jika CAPEX untuk RP4 adalah sama seperti RP3 iaitu RM20 billion, perbelanjaan
pembinaan stesen pengecasan hanya adalah 2.9% daripada jumlah CAPEX yang
akan dibelanjai oleh TNB untuk tempoh 2025-2028.
42.The question now is, is it worth investing? I think its a big YES!
43.Ini adalah kerana impak stesen-stesen ini adalah besar dan positif.
Tan Sri Speaker,
44.Saya telah baca berita bahawa Proton akan mengeluarkan EV pada hujung tahun
ini dan Perodua tahun depan.
45.Ini semua adalah EV mampu milik dan buatan Malaysia.
46.Penjualan EV bagi Proton dan Perodua akan membawa kebaikan kepada rakyat
biasa kerana bukan sahaja dari segi perkembangan ekonomi hijau tetapi juga
membantu rakyat untuk mengurangkan perbelanjaan petrol dan diesel.
47.Di samping itu, pembinaan stesen pengecasan berskala besar ini boleh merancak
transport sector electrification yang seterusnya memangkin pertumbuhan sektor
elektrik dan sekaligus mencipta satu kitaran positif.
48.Puchong percaya bahawa tindakan ini akan menjadi turning point.
49.Dengan itu, Puchong sekali lagi menggesa PETRA untuk menimbang secara
serius cadangan saya.
EIGHT RECOMMENDATIONS FOR MALAYSIAN RE POLICIES
Tan Sri Speaker,
50.Seterusnya, Puchong ingin memberi LAPAN cadangan yang bagi pembangunan
tenaga boleh bahru (TBB) di Malaysia.
51.Pertama, Puchong ingin cadangkan Suruhanjaya Tenaga untuk membenarkan
satu permohonan NEM bagi seluruh pembangunan landed housing yang baru dan
bukan satu rumah per satu rumah yang amat menyusahkan sekarang.
52.Pengurangan birokrasi ini akan menggalakkan lebih banyak pemaju untuk
memasang solar atas bumbung bagi pembangunan landed housing baru mereka.
53.Ia juga akan membantu pemilik rumah baru untuk menjimat kos pemasangan solar
atas bumbung dan terus mendapat penjimatan bil elektrik apabila mereka pindah
masuk rumah baru.
54.Kedua, Puchong ingin cadangkan supaya Net Offset Virtual Agregation (NOVA)
yang melibatkan penjana dan off-taker yang berbeza boleh dibenarkan untuk
projek CSR.
55.Sebagai contoh, sekolah kerajaan mempunyai bumbung yang besar dan yang
boleh digunakan untuk menjana tenaga solar atas bumbung.
56.Walaubagaimanapun, sekarang tiada insentif untuk sekolah-sekolah memasang
solar atas bumbung kerana bil elektrik dibayar oleh kerajaan, segala penjimatan
bil elektrik selepas pemasangan solar tidak dapat dinikmati oleh sekolah.
57.Dengan mekanisme NOVA CSR yang dicadangkan ini, syarikat swasta boleh
menjadi offtaker, di mana tenaga solar yang dijana oleh sekolah digunakan untuk
offset bil elektrik syarikat ini secara virtual, dan jumlah penjimatan bil elektrik
syarikat tersebut di derma balik ke sekolah.
58.Dengan ini, sekolah boleh menjana pendapatan baru untuk kegunaan sekolah dan
syarikat swasta boleh membuat CSR tanpa melibatkan satu sen.
59.Ketiga, bagi Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS), Puchong
cadangkan supaya projek third-party-access (TPA) boleh digunakan bukan hanya
untuk permintaan baru (new demand) tetapi juga dengan konsumer dan fasiliti
yang sedia ada.
60.Ini adalah penting terutamanya untuk syarikat MNC yang telah pun melabur di
Malaysia dengan fasiliti dan premis yang sedia ada dan mempunyai sasaran
karbon.
61.Untuk makluman dewan yang mulia ini, kebanyakan syarikat MNC dan syarikat
yang dalam global supply chain MNC, telah pun meletakkan sasaran net zero
(karbon sifar bersih) ataupun telah menyertai Kelab RE100.
62.Bagi sasaran net zero, syarikat komited untuk mencapai pengeluaran karbon sifar
bersih, manakala RE100 syarikat komited mengalih penggunaan elektrik mereka
kepada 100% TBB, menjelang tahun tertentu.
63.Dengan membenarkan syarikat membeli TBB melalui CRESS bagi premis yang
sedia ada, kita boleh merancakkan pertumbuhan industri TBB kerana permintaan
untuk premis sedia ada adalah tinggi.
64.Tambahan lagi, jika MNC dan syarikat-syarikat yang berada dalam global supply
chain mereka boleh memenuhi sasaran karbon mereka di Malaysia dengan kos
yang menarik, mereka akan lebih cenderung untuk memperbesarkan fasiliti global
mereka di Malaysia dan ini akan membawa pelaburan baru kepada Malaysia.
65.Seterusnya, cadangan keempat Puchong untuk dasar TBB ialah supaya kerajaan
mewujudkan insentif yang lebih menarik bagi memberangsangkan industri
penstoran elektrik, sama ada di skala utiliti atau pengguna individu.
66.Sebagai contoh, kerajaan boleh menawarkan system access cost (SAC) yang
lebih rendah daripada kadar sekarang, iaitu 25 sen per kw jam, bagi penjana TBB
yang menghasilkan firm-power untuk menggalakkan lebih banyak pemaju TBB
skala utiliti yang menyertai CRESS membangunkan sistem penstoran elektrik.
Tan Sri Speaker,
67.Puchong telah membaca garis panduan CRESS dan mendapati Surahanjaya
Tenaga hadkan sistem penstoran elektrik kepada battery energy storage system
(BESS) sahaja, oleh itu, cadangan kelima saya ialah supaya kementerian membuka kepada semua jenis sistem penstoran elektrik untuk menggalakkan
lebih inovasi dalam bidang penstoran elektrik.
68.Cadangan keenam Puchong ialah kerajaan perlu menawarkan insentif cukai yang
lebih menarik bagi sistem penstoran elektrik.
69.Saya baca laman web MGTCC, sekarang sistem BESS layak mendapat Green
Investment Tax Allowances (GITA) sebanyak 100%.
70.Puchong cadangkan double tax deduction, iaitu GITA 200%, untuk semua jenis
sistem penstoran elektrik yang layak.
Tan Sri Speaker,
71.Teknologi dan industri baru perlukan polisi yang boleh menjadikan projek teknologi
baru ini bankable, jika tidak, penyertaan swasta tidak akan take-off.
72.Saya masih ingat semasa saya menjadi menteri tenaga, polisi solar atas bumbung
NEM tidak mendapat respon yang baik kerana masa itu dasar NEM menjadikan
projek NEM not commercially viable.
73.Oleh itu, kita tukar dasar NEM kepada 1-on-1 offset basis, NEM 2.0 mendapat
respon yang baik, industri solar atas bumbung terus berkembang dengan pesat
dan sekarang sudah sampai NEM 3.0.
74.Apa yang saya nak katakan ialah, kementerian tidak boleh kedekut apabila
teknologi dan industri masih lagi baru, sebaliknya, kementerian perlu memastikan
teknologi dan industri yang kita nak push ada satu value proposition yang menarik
bagi pelabur swasta yang berminat menjadi first mover.
75.Dengan mewujudkan commercial viability, syarikat swasta akan membuat
keputusan untuk melabur dan bank akan memberi financing.
Tan Sri Speaker,
76. Cadangan ketujuh dan kelapan saya ialah berkaitan dengan pengeksportan TBB.
77. Saya membaca bahawa projek perintis pengeksportan TBB ke Singapura melalui
mekanisme energy exchange – Enegem, tidak mendapat respon yang diharapkan
di kalangan pemain industri TBB.
78.Saya sudah cadangkan pada sidang yang lalu dan ingin sekali lagi cadangkan
kerajaan untuk menggunakan mekanisme TPA untuk pengeksportan dan pengimportan TBB ke dan dari semua negara supaya ia lebih straight-forward dan
membolehkan perjanjian B2B yang berbeza-beza.
79.Cadangan kelapan saya ialah supaya kerajaan boleh lebih proaktif dalam
membina undersea cable untuk pengeksportan TBB ke Singapura.
80.Pada 25 Oktober 2021, kerajaan Singapura mengumumkan hasrat untuk
mengimport sehingga 4 GW RE berkarbon rendah menjelang 2035.
81.Potensi pasaran eksport ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya, mampu menjana
sehingga RM 6 billion pelaburan swasta dan hampir 50,000 peluang pekerjaan.
82.Tentunya, Malaysia tidak akan dapat menikmati keseluruhan angka tersebut.
83.Namun, kedudukan geografi Malaysia yang sangat berhampiran dengan
Singapura, saya percaya kita boleh dapat mengecapi sebahagian besar daripada
jumlah tersebut jika kita mengambil langkah yang lebih proaktif seperti membina
infrastruktur iaitu undersea cable yang membolehkan pengekosportan pada masa
depan.
84.Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu berkenaan dengan perubahan iklim.
Tan Sri Speaker,
85. Apabila kita membincangkan pengurangan karbon, kita sentiasa focus kepada
hanya karbon dioksida kerana dalam pengukuran kesan pemanasan global kita
menggunakan unit carbon dioxide equivalent (CO2e).
86.Tetapi sebenarnya gas metana adalah gas rumah hijau 25 kali ganda lebih kuat
daripada gas karbon dioksida.
87.Dengan kata lain, setiap unit pelepasan metana ialah 25 carbon dioxide equivalent
CO2e.
88.Jika kita baca Malaysia 4th Bienial Update Report (BUR4) UNFCCC, dan kira
daripada sektor tenaga dan sisa sahaja, pelepasan metana menyumbang 47.32
juta ton CO2e5
, iaitu kira-kira 14% daripada jumlah pelepasan karbon negara!
89.Malaysia juga telah menandatangani Methane Global Pledge yang meletakkan
sasaran untuk mengurangkan pelepasan methana sebanyak 30% menjelang 2030.
90.Oleh itu, Puchong ingin menggesa kerajaan untuk mewujudkan satu Pelan
Tindakan Pengurangan Metana Kebangsaan supaya kita boleh menurunkan
pelepasan metana secara sistematik.
91.Pelan tersebut perlu fokus kepada sektor fugitive gas dari industri minyak dan gas,
tapak pelupusan sampah domestik serta rawatan dan pembuangan sisa industri
yang merupakan penyumbang utama gas metana di Malaysia.
Tan Sri Speaker,
92.Wetland, tanah lembap, adalah sinki karbon yang baik.
93.Sebenarnya hutan pokok bakau sahaja meliputi kira-kira 3% daripada jumlah
keluasan tanah di Malaysia dengan kira-kira 57% di Sabah, 26% di Sarawak dan
baki 17% di Semenanjung Malaysia.
94.Walaubagaimanapun, saya mendapati bahawa wetland land-use change tidak
diambil kira dalam pengukuran sinki karbon land-use, land-use change and
forestry (LULUCF) di laporan BUR4 UNFCCC.
95.Puchong ingin tahu apa sebabnya.
96.Puchong mencadangkan kerajaan untuk memasukkan pengukuran BUR supaya
laporan kita adalah lebih tepat.
97.Di samping itu, Puchong juga cadangkan kerajaan untuk memberi insentif untuk
menggalakkan nature-based carbon credit project seperti penghutanan semula
dan pemulihan hutan bakau, supaya yang boleh didagangkan di Bursa Carbon
Exchange dan menjana lebih pendapatan untuk projek pemulihan sinki karbon
yang seterusnya.
Tan Sri Speaker,
98.Seterusnya, Puchong ingin cadangkan Green Income Tax Exemption (GITE)
diluaskan bukan hanya merangkumi solar leasing tetapi aset-aset hijau yang lain
yang berpotensi menggunakan leasing model seperti food waste composter.
99.Idea solar leasing bermula di Malaysia zaman saya, masa itu kami ingin
menggalakkan lebih solar atas bumbung.
100. Solar leasing membolehkan mereka yang tiada CAPEX juga boleh
mendapatkan solar atas bumbung melalui leasing.
101. Untuk menggalakkan syarikat menawarkan pakej solar leasing, kita
menawarkan GITE.
102. Puchong rasa sudah sampai masa MGTCC lebih proaktif tengok industri dan
bidang mana yang boleh dimanfaatkan melalui leasing model dan menawarkan
GITE kepada industri tersebut.
Tan Sri Speaker,
103. Seterusnya, Puchong ingin menyentuhi isu berkenaan komuniti India.
104. Lebih daripada 10% populasi di kawasan Parlimen Puchong adalah berbangsa
India dan saya mendapati bahawa antara cabaran yang mereka hadapi ialah
peluang pekerjaan di kalangan belia.
105. Saya mendapati bahawa ramai tidak sedar peluang-peluang yang ditawarkan
oleh institusi-institusi TVET dan mereka tidak tahu bagaimana untuk memohon.
106. Dengan itu, saya cadangkan kerajaan untuk membuat road show berkenaan
dengan peluang TVET yang fokusnya kepada masyarakat India, sebagai contoh,
road show dalam bahasa tamil ataupun road show di kuil-kuil India.
107. Kerajaan juga perlu meletakkan sasaran jumlah pengambilan TVET untuk
anak-anak India B40.
108. Secara keseluruhannya, kerajaan perlu lebih proaktif dalam mendekati
masyarakat India.
Tan Sri Speaker,
109. Puchong juga ingin menarik perhatian kerajaan berita berkenaan dengan yuran
taska dan tadika dijangka akan naik 20-25% susulan kenaikan gaji minima dan
juga kenaikan kos-kos yang lain.
110. Persatuan Tadika Islam Malaysia dan Persatuan Pendidik Institusi Pendidikan
Negeri Johor, yang menaungi pengusaha tadika, serta Persatuan Pengasuhan
dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia, yang menaungi
pengusaha taska, telah mengesahkan kenaikan yuran yang ditawarkan oleh
sekitar 4,500 ahli mereka disebabkan kenaikan daripada kos operasi ini.
111. Puchong ingin tanya apakah tindakan yang akan diambil oleh KPWKM untuk
membantu ibubapa yang menghadapi kenaikan kos yang mendadak ini.
Tan Sri Speaker,
112. Isu terakhir yang saya ingin bangkitkan ialah berkenaan dengan projek
pembagunan semula Bangunan Sultan Abdul Samad.
113. Menurut pembentangan Perdana Menteri, Khazanah akan menyediakan 600
juta ringgit untuk memulih serta mengangkat nilai Bangunan Sultan Abdul Samad
dan memelihara Kuala Lumpur sebagai bandar raya budaya dan kreatif.
114. Saya menerima maklumat bahawa Khazanah berhasrat untuk membangunkan
kawasan itu seperti National Singapore Gallery yang diubahsuai dari bangunan
warisan Mahkamah Tertinggi dan Majlis Bandaraya, yang merangkumi elemen
budaya, seni dan lifestyle.
115. Ini adalah idea yang baik.
116. Untuk makluman Tan Sri Speaker, JKPK Wanita, Kanak-kanak dan
Pembangunan yang juga memantau Kementerian Perpaduan telah pun melawat
Muzium Tekstil yang terletak di bangunan yang akan dibangun semula oleh
Khazanah melalui inisiatif ini.
117. Puchong berharap bahawa Khazanah boleh membantu untuk menaik taraf
Muzium Tekstil dan membenarkan jabatan muzium untuk terus menguruskan
muzium tersebut di premis yang.
118. Untuk makluman Tan Sri Speaker dan ahli-ahli yang dihormati, JKPK akan
membentangkan maklumat yang terperinci berkenaan dengan perkembangan
semasa muzium-muzium utama negara pada sesi parlimen juga.
119. Itu sahaja yang Puchong ingin bangkitkan. Puchong menyokong. Sekian.