Ahad, 31 Disember 2023

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan statistik kilang-kilang haram pemprosesan sisa elektronik di Malaysia serta senaraikan kilang-kilang haram yang dikenal pasti dan tindakan telah diambil. 

JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti jumlah kilang-kilang haram pemprosesan sisa elektronik di Malaysia seperti berikut:



KPKT memandang serius pewujudan kilang-kilang haram pemprosesan sisa elektronik di Malaysia dan sentiasa komited melakukan penguatkuasaan secara berterusan. Tindakan boleh dikenakan kepada pemilik-pemilik kilang haram ini di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga telah melaksanakan operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Daerah dan Tanah. Pihak JAS telah bertindak menyita peralatan untuk memproses sisa elektronik dan kelengkapan pembakaran sisa dan PDRM melaksanakan pemantauan berterusan di kawasan tersebut. Tindakan kompaun juga dikenakan atas kesalahan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen dan operasi kilang diarahkan untuk tutup serta-merta.

Sekian, terima kasih.