Ahad, 31 Disember 2023

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Pendidikan

PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan peratus kelulusan SPM 2022 mengikut subjek - matematik, sains, kimia, biologi, fizik, matematik tambahan serta subjek-subjek STEM lain dan bandingkan tren prestasi untuk tempoh 10 tahun. 


JAWAPAN

Tuan Yang di-Pertua,

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa analisis keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan berdasarkan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran.

Bagi peperiksaan SPM Tahun 2022, peratus kelulusan calon bagi mata pelajaran Matematik adalah sebanyak 75.7 peratus, mata pelajaran Sains sebanyak 90.0 peratus dan mata pelajaran Sains Tambahan sebanyak 97.2 peratus. Kelulusan bagi mata pelajaran Fizik menunjukkan peratus tertinggi bagi mata pelajaran STEM iaitu sebanyak 99.0 peratus, diikuti dengan mata pelajaran Biologi sebanyak 98.9 peratus, mata pelajaran Kimia sebanyak 96.6 peratus dan mata pelajaran Matematik Tambahan sebanyak 73.8 peratus.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, trend prestasi mata pelajaran STEM yang dilaporkan oleh KPM adalah berdasarkan calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran. Jadual 1 menunjukkan prestasi pencapaian mata pelajaran STEM bagi tahun 2018 hingga 2020. 



Manakala mulai tahun 2021, peperiksaan SPM dilaksanakan menggunakan format pentaksiran baharu selaras dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah. Analisis pencapaian mata pelajaran STEM bagi tahun 2021 dan 2022 adalah seperti di Jadual 2.

 

Sekian, terima kasih.