Ahad, 31 Disember 2023

Pertanyaan Bukan Lisan Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kewangan

PERTANYAAN BKAN LISAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan senarai semua aset hartanah (di seluruh dunia) yang dimiliki oleh Khazanah. Berapa pendapatan Khazanah setiap tahun dari sewaan investment properties Khazanah, umpamanya Marina One dan Duo di Singapura dan lain-lain. 


JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

Bagi pelaburan di luar Malaysia, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tidak memegang aset hartanah secara langsung tetapi melabur melalui ekuiti di dalam syarikat yang memiliki aset tersebut, atau dana terkumpul bersama pengurus aset. Khazanah menerima pulangan daripada pelaburan tersebut dalam bentuk dividen atau melalui pelupusan pegangan ekuiti tersebut. Sebagai contoh, Marina One yang dikendalikan oleh M+S Pte Ltd [sebuah syarikat usaha sama (JV) bersama Temasek Holdings Limited] akan memberi dividen atau membuat pengagihan kepada Khazanah atas lebihan pendapatan daripada operasi syarikat tersebut.

Sekian, terima kasih.