SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN
TINGGI menyatakan:
(a) berapakah house officer (HO) yang sedang berkhidmat di Pusat
Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan apakah jumlah yang
diperlukan untuk memberi perkhidmatan yang optimal; dan
(b) adakah PPUM sedang menggunakan “zero HO protocol”.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah diperuntukkan 400
perjawatan Pegawai Perubatan Siswazah / House Officer (PPS / HO)
berstatus ‘contract of service’ yang dibayar menggunakan
peruntukan OS29000 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
2. Sehingga 31 Januari 2024, jumlah pengisian PPS di PPUM adalah
seramai 143 orang. Ini bermaksud terdapat 257 jawatan PPS di
PPUM yang belum diisi sehingga tarikh yang dinyatakan.
3. Dalam hal ini, PPUM memerlukan sekurang-kurangnya 276 hingga
345 orang PPS untuk memberikan perkhidmatan yang optimum.
Tuan Yang di-Pertua,
4. Untuk makluman, istilah zero HO protocol tidak pernah wujud dalam
aspek pengoperasian hospital sebelum ini. Istilah ini baru diwujudkan
sebagai merujuk kepada cadangan pengubahsuaian pengendalian
tugas harian untuk mengatasi masalah kekurangan PPS di PPUM .
5. PPUM tidak pernah mengarahkan agar zero HO protocol diaktifkan
di hospital ini. Ini disebabkan PPUM sentiasa komited untuk
melaksanakan fungsinya sebagai sebuah Hospital Pengajar
Universiti (HPU) walaupun berhadapan dengan kekurangan PPS
seperti yang dialami sekarang.
Sekian, terima kasih.