Selasa, 14 Oktober 2025

Perbahasan RUU Perbekalan Belanjawan 2026, Peringkat Dasar | 14 Oktober 2025

1.       Terima kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan belanjawan 2026.
 
2.       Pertama sekali, Puchong ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membentangkan satu belanjawan yang seimbang antara bantuan segera kepada rakyat  dan pembaharuan strategik jangka panjang.


 
3.       Izinkan Puchong membuka tirai ucapan saya dengan memetik ayat-ayat daripada laporan Big 4 berkenaan dengan belanjawan ini. 
 
4.       EY berpendapat belanjawan 2026, saya petik “marks a decisive move away from traditional fiscal management towards progressive and responsive policymaking, where resilience is built not by raising rates, but by raising standards.” [1]

5.       Bagi PwC pula, “.... Budget 2026 lands as a welcome breather for businesses and the rakyat...the Government has pressed pause on expansionary tax measures and opted for a smarter, steadier course....” [2]

6.       Manakala Deloitte kata belanjawan 2026 “demonstrate a forward-looking approach towards achieving sustainable prosperity, equitable development and a resilient future for all Malaysians.” [3]

7.       Akhirnya, menurut KPMG: “... Budget 2026 will serve as a strategic blueprint to drive long-term inclusive growth.... it demonstrates a careful balance between immediate relief and long-term strategic reform, bridging rural-urban disparities and championing inclusive employment, so that the benefits of Budget 2026 are felt first and foremost by the rakyat.”[4]
 
8.       Secara keseluruhannya, respon-respon Big 4 adalah sangat positif dalam perancangan pengurusan fiskal kerajaan.
 
9.       Begitu juga dengan industri pembankan. Berdasarkan artikel The Edge yang bertajuk, “Bankers commend Budget 2026 for boosting growth, fiscal discipline, SME support, sustainability”, di mana ia melaporkan respon-respon dari CEO-CEO bank seperti Maybank, RHB, OCBC, UOB, Affin, Hong Leong, CIMB, Public Bank dan Ambank [5], respon juga adalah sangat positif.
 
10.   Syabas dan tahniah kepada kerajaan!



 
Isu E-Waste
 
11.   Seterusnya, Puchong ingin memberi beberapa cadangan dasar kepada kerajaan bagi belanjawan 2026.
 
12.   Pertama sekali, saya ingin menyentuh isu berkaitan e-waste.
 
13.   Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam telah memberi jawapan lisan kepada saya berkenaan dengan sisa e-waste, dimana pada tahun 2024, sebanyak 55,470 metrik ton e-waste telah dihasilkan di seluruh Negara dan hanya 2 ribu lebih metrik ton e-waste berjaya dikutip setiap tahun dari 2021 hingga 2024.
 
14.   Manakala kapasiti pemprosesan e-waste yang diluluskan kepada fasiliti Full Recovery bagi tahun 2024 adalah sebanyak 131 ribu metrik ton.
 
15.   Ini bermaksud bahawa jumlah e-waste yang dihasil di Malaysia hanya adalah 42.3% daripada jumlah kapasiti fasiliti full recovery manakala jumlah e-waste yang berjaya dikutip lagi rendah, hanya 1.5% daripada jumlah kapasiti full recovery.
 
16.   Beberapa hari yang lalu, Timbalan Menteri telah memberi jawapan kepada YB Bentong bahawa kerajaan tegas dengan pendirian untuk melarang sama sekali pengimportan e-waste dari negara asing.
 
17.   Persoalannya, jika tiada pengimportan e-waste seperti yang dikatakan oleh Timbalan Menteri, maka apakah yang diproses oleh fasiliti Full Recovery?
 
18.   Ini adalah kerana e-waste tempatan yang dihasil dan dikutip adalah jauh rendah daripada jumlah kapasiti fasiliti ful recovery. Bagaimana pula dengan fasiliti partial recovery yang belum diambil kira di sini?
 
19.   Angka-angka ini adalah tidak tally. Something is not right.
 
20.   Jika fasiliti-fasiliti ini sedang berjalan dalam full capacitiy, maka sudah tentunya wujudnya pengimportan e-waste ke negara kita.
 
21.   Oleh itu, Puchong berpendapat bahawa Kerajaan perlu siasat dan mengambil tindakan.
 
22.   Sudah tentunya jalan penyelesaian adalah kompleks apabila kita mengambil kira mereka yang ada lesen telah pun membuat pelaburan besar, tetapi Puchong rasa kerajaan perlu berani berdepan dengan isu ini dan bukan sapu di bawah karpet.
 
23.   Dengan ini, Puchong cadangkan Jabatan Alam Sekitar untuk membuat siasatan sepenuhnya dan membentangkan rancangan bagaimana untuk mengatasi e-waste di Malaysia.



Isu SJKC
 
24.   Seterusnya, Puchong ingin menyentuh isu berkenaan dengan peruntukkan hampir RM 2 bilion yang disediakan untuk menaik taraf sekolah daif dan membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah.
 
25.   Puchong ingin mendapatkan anggaran pecahan peruntukkan ini kepada semua jenis sekolah termaksud Sekolah Kebangsaan, SJKC, SJKT, sekolah berasrama penuh, MRSM, Sekolah Mubaligh, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Tahfiz, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Persendirian, SMJK,  dan Sekolah Pondok.
 
26.   Puchong ingin menarik perhatian dewan ini bahawa selepas belanjawan dibentangkan pada hari Jumaat, terdapat perbincangan yang hangat di kalangan komuniti cina di media sosial berkenaan dengan peruntukkan SJKC.
 
27.   Ini adalah kerana untuk kebanyakan tahun sebelum ini, peruntukkan penyelenggaraan sekolah diumumkan mengikut jenis sekolah termasuk SJKC, sama ada semasa pentadbiran Barisan Nasional ataupun Pakatan Harapan.
 
28.   Malah belanjawan 2022 yang dibentangkan oleh Perikatan Nasional juga ada pecahan. 
 
29.   Untuk belanjawan ini, tiada pecahan dibuat.
 
30.   Walaupun saya yakin sudah tentunya terdapatnya peruntukkan untuk SJKC bagi tahun 2026 seperti tahun-tahun sebelum ini di bawah kerajaan yang berbeza, terutamanya Kerajaan Perpaduan telah menunjukkan rekod yang cukup baik pada 3 tahun yang lepas, apa yang tidak dimasukkan dalam ucapan belanjawan telah merisaukan komuniti Cina. 
 
31.   Ini juga telah memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk mencipta fitnah dan pembohongan.
 
Tan Sri Speaker,
 
32.   Masyarakat Cina sangat prihatin dengan isu pendidikan kerana terdapat kepercayaan dan budaya yang mendalam yang boleh dirumuskan dengan pepatah ini, 再穷也不能穷教育, ia bermaksud, walau semiskin mana sekalipun, pendidikan tidak boleh dibiarkan miskin.
 
33.   Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi anggaran pecahan peruntukkan mengikut jenis sekolah seperti tahun-tahun terdahulu untuk menghentikan fitnah-fitnah di luar sana.
 
34.   Puchong juga ingin mengambil kesempatan memetik satu ayat ucapan Perdana Menteri yang berbunyi, “Anak Melayu anak kita. Anak Cina anak kita. Anak India anak kita. Anak Dayak anak kita.”
 
35.   Ini, saya berharap, boleh terus menjadi falsafah pentadbiran kerajaan Madani.
 


Isu-isu Kesihatan: DRG dan Kesesakan

 
36.   Seterusnya, Puchong ingin menyentuh isu-isu berkaitan dengan kementerian kesihatan.
 
37.   Isu pertama adalah berkaitan dengan inflasi kos perubatan.
 
38.   Perdana Menteri telah mengumumkan sebanyak RM 60 juta dana bersama Kerajaan bagi memperkenalkan produk insurans asas dan melaksanakan Diagnosis Related Group (DRG). Puchong ingin mendapat perincian dari KKM tentang perbelanjaan ini.
 
39.   Pengawalan kenaikan premium maksimum 10% bagi insurans perubatan oleh Bank Negara Malaysia akan berakhir tahun 2026 tetapi pelaksanaan DRG Kebangsaan hanya akan dilaksanakan dengan sepenuhnya bermula 2027 menurut jawapan yang saya terima dan belum tentunya ada delay ke tidak.
40.   Dengan itu, Puchong cadangkan kerajaan untuk meletakan moratorium kenaikan semua jenis insurans perubatan bermula hujung 2026, iaitu selepas tempoh pengawalan kenaikan 10%, sehingga DRG dilaksanakan.
 
41.   Dengan ini, kita boleh wujudkan tekanan di kalangan syarikat insurans untuk mengawal claim oleh hospital-hospital swasta dan menyenarai hitamkan mereka yang cendurung caj berlebihan, jika tidak, mereka tidak care kerana boleh “pass the cost to policyholders”.
 
42.   Langkah ini juga akan mendorong kedua-dua syarikat insurans dan pihak hospital swasta untuk melabur masa dan tenaga dalam membantu kerajaan untuk melengkapkan sistem DRG.
 
43.   Jika kerajaan tidak mengawal inflasi perubatan swasta, lebih ramai lagi pesakit yang akan beralih dari sistem swasta ke kerajaan.
 
44.   Ini membawa kita ke isu kedua KKM yang saya ingin bangkitkan, iaitu kesesakan klinik kesihatan dan hospital.  
 
45.   Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk membuat sistem beratur digital di mana pesakit boleh mengambil nombor giliran mereka melalui app di mana-mana sahaja dan melalui app tersebut mengikuti anggaran masa giliran mereka.
 
46.   Bagi pesakit yang datang untuk mendapatkan ubat secara berkala seperti pesakit diabetes dsb, Puchong cadangkan KKM untuk outsource pemeriksaan asas dan pemberian ubat berkala seperti BP, blood sugar dsb yang biasanya dibuat untuk kategori pesakit ini kepada GP swasta dengan menggunakan sistem seperti Iltizam Sihat Selangor yang dilaksanakan oleh Kerajaan Selangor.
 
47.   Dengan ini, kerajaan boleh mengurangkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan dan memberi perkhidmatan yang lebih selesa kepada pesakit.


 
Isu TBB: Penambahbaikan CRESS dan Pelaksanaan EPC di Bangunan Kerajaan
 
Tan Sri Speaker,
 
48.   Seterusnya, Puchong ingin mengalih ke isu tenaga boleh baharu (TBB).
 
49.   Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kementerian kerana telah membawa banyak pembaharuan polisi sektor tenaga sejak kerajaan perpaduan ditubuhkan.
 
50.   Ini termaksud membawa RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga dan pindaan akta untuk membenarkan third party access melalui CRESS (corporate renewable energy supply system) and pengeksportan elektrik.
 
Tan Sri Speaker,
 
51.   Untuk belanjawan 2026, kerajaan juga cadangkan skim baru untuk menggantikan skim lama solar atas bumbung, Net-Energy-Metering, iaitu Solar Accelerated Transition Action Programme (Solar ATAP).
 
52.   Skim baru ini menghapuskan had NEM dan membolehkan saiz pemasangan sehingga 100% daripada permintaan maksimum pelanggan.
 
53.   Puchong mengalu-alukan pembaharuan ini, cuma Puchong ingin mendapatkan perincian skim Solar ATAP, sama ada ia merangkumi semua kategori sebelum ini, iaitu kediaman, komersial, kerajaan dan gabungan maya yang sebelum ini dibawah NOVA dan berapakah kuota untuk setiap kategori ini.
 
 
54.         Untuk merancakkan transisi tenaga, Puchong ingin sekali lagi cadangkan kerajaan untuk meluaskan CRESS kepada pengguna sedia ada dan bukan hadkan kepada permintaan baru.
 
55.         Puchong telah membahas tentang cadangan pada sesi parlimen dulu.
 
56.         Cadangan polisi ini bukan sahaja akan merancakkan lagi perkembangan industri TBB malah juga dapat membantu MNC yang bertapak di Malaysia untuk memenuhi sasaran karbon mereka dan sekaligus menggalakkan lebih banyak lagi pelaburan lagi.
 
57.         Puchong berharap kerajaan boleh menerima cadangan ini.
 
Tan Sri Speaker,
 
58.         Menurut ucapan belanjawan, Perdana Menteri telah menghuraikan sucess story
pemasangan solar di bangunan-bangunan kerajaan tertentu yang menghasilkan penjimatan bil elektrik sehingga 42 peratus.
 
59.         Secara keseluruhannya, pemasangan solar PV boleh membantu kerajaan untuk menjimat bil elektrik.
 
60.         Begitu juga dengan projek retrofit seperti kerja menukar chiller, lampu LED dll yang meningkatkan kecekapan tenaga bangunan kerajaan.
 
61.         Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk meluaskan pemasangan solar dan kerja-kerja retrofit  di kira-kira 10,500 bangunan kerajaan di Malaysia dengan menggunakan mekanisme Energy Performance Contract (EPC).
 
62.         Di bawah EPC, syarikat wasta mengeluarkan dana CAPEX untuk projek solar dan retrofit di bangunan-bangunan kerajaan dan berkongsi penjimatan bil bersama dengan kerajaan.
 
63.         Jika dirancang dengan betul, projek EPC bangunan awam boleh menjadi bankable, di mana kontraktor EPC boleh mendapatkan project financing daripada bank.
 
64.         Dengan ini, kerajaan boleh mencapai tiga kemenangan (triple win), iaitu mengurangkan pelepasan karbon, menjimat bil elektrik, dan merancakkan pertumbuhan industri TBB, dan yang paling penting, semua ini boleh dicapai tanpa peruntukkan besar daripada kerajaan.
 



Ketelusan dan Akauntabiliti Khazanah
 
65.         Seterusnya, Puchong ingin berbincang berkenaan dengan Khazanah.
 
66.         Puchong ingin mengucapkan tahniah kepada Khazanah kerana telah mencapai kejayaan yang cukup luar biasa dalam pelaburan syarikat Farm Fresh yang telah IPO pada tahun 2022.
 
67.         Untuk makluman dengan yang mulia, menurut laporan The Edge, pelaburan ini telah meraikan keuntungan hampir RM 900 bilion bagi Khazanah dan rakyat Malaysia.
 
68.         Syabas dan tahniah kepada team Khazanah.
 
69.         Walaubagaimanapun, selain daripada success story seperti Farm Fresh, kadang-kala Puchong juga risau membaca pelaburan yang mungkin membawa kerugian, dari Hello Kitty Town, Thomas Town, Kidzania, Iskandar Malaysia Studio, ke Fashion Valet dan One-and-Only resort baru-baru ini. 
 
70.         Sudah tentunya ini adalah nature of investment - some win, some lose, and when you win, you win big, dengan izin.
 
71.         Walaubagaimanapun, untuk makluman dewan yang mulia ini, nilai aset bersih Khazanah telah mencecah RM 100 bilion dan Khazanah telah mengambil alih peranan mengurus National Fund-of-funds dari MOSTI dan MOF, dengan acquisition of MAVCAP dan Penjana Kapital dan seterusnya penubuhan Jelawang Capital.
 
72.         National Fund-of-Funds adalah penting dalam merancakkan perkembangan ekosistem venture capital yang merupakan unsur utama dalam perkembangan start-up dan syarikat berteknologi tinggi di Malaysia.
 
73.         Selain itu, khazanah juga terlibat dalam membangunkan kawasan Desaru Coast dan Medini Iskandar Malaysia yang merupaka kawasan strategik pembangunan negara.
 
74.         Secara keseluruhannya, tidak seperti Temasek yang mengurus national wealth fund Singapore hanya melalui pelaburan, Khazanah juga terlibat dalam banyak perkara yang merangkumi pentadbiran dan pelaksanaan polisi kerajaan.
 
75.         Oleh itu, Puchong berpendapat bahawa walaupun kita perlu ring-fence Khazanah untuk bebas membuat keputusan komersial, ketelusan dan akauntabiliti pengurusan Khazanah juga perlu dipertimbangkan.
 
76.         Dengan ini, Puchong cadangkan kerajaan untuk membentangkan laporan tahunan Khazanah di dewan yang mulia untuk dibahaskan dan diberi maklum balas setiap tahun.