Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2026), Kementerian Kewangan | 6 November 2025
1.Terima
kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya
di peringkat JK Kementerian Kewangan. 2.Hanya satu
isu yang Puchong ingin bangkitkan pada hari. Saya ingin merujuk kepada kepada
020500 Subsidi dan Bantuan Tunai. 3.MyKasih
dan SARA 100 telah mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan rakyat. 4.Walaubagaimanapun,
perniagaan yang mendapat manfaat daripada MyKasih hanya terhad kepada
kedai-kedai runcit terutamanya syarikat-syarikat kedai runcit rantaian seperti
99 Speedmart, dsb serta hypermarket seperti Mydin dan Lotus. 5.Puchong
ingin cadangkan kerajaan untuk meluaskan penggunaan MyKasih untuk merangkumi
penjaja-penjaja kecil bagi bukan sahaja barangan runcit tetapi makanan dan
perkhidmatan tempatan. 6.Puchong
ingin menarik perhatian dewan yang mulia ini kepada Skim CDC Voucher di
Singapura. 7.Kerajaan
Singapura memberi cash handouts mereka melalui voucher di mana, ia boleh
digunakan bukan sahaja kedai-kedai runcit tempatan seperti yang dilaksanakan
oleh MyKasih malah juga beli makanan dari penjaja-penjaga kecil di medan selera
serta memberi perkhidmatan seperti gunting rambut di peniaga kecil tempatan. 8.Puchong
cadangkan sebagai langkah pertama untuk meluaskan penggunaan MyKasih seperti CDC
voucher kepada penjaja-penjaja kecil kita juga 9.Apabila
penjaja-penjaja kecil mendapat lebih keuntungan, mereka akan belanja lagi pendapatan
mereka lagi di ekonomi tempatan. 10.It creates
multiple cycles. 11.Puchong
percaya ia akan memberi rangsangan ekonomi tempatan yang lebih
tinggi. 12.Di samping
itu, Puchong juga ingin cadangkan kerajaan di meluaskan saluran untuk mendaftar
menjadi merchant MyKasih. 13.Di
Singapura peniaga kecil boleh memohon untuk menyertai Skim Baucar:
i. Secara
dalam talian melalui laman web CDC,
ii. Melalui persatuan peniaga atau
persatuan penjaja:
iii. Melalui Penasihat Perniagaan di Pusat PKS (SME
Centres) dan
iv. Melalui Duta CDC. 14.Dengan
ini, lebih ramai lagi penjaja-penjaja akan menerima manfaat ini and there’s be
higher economic multiplier effect, dengan izin. 15.Seterusnya,
Puchong ingin merujuk ke 990100 MAHB – Bayaran MARCS dan 990200 MAHB –
Pengambilahilan Litar F1. 16.Saya
ingin mendapat penjelasan daripada kerajaan apakah komitmen kewangan ini?
Tujuan untuk apa dan berapakah lagi yang kerajaan perlu bayar?