Blog

Khamis, 5 September 2024

Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024

 


9 Julai 2024

1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.

2.    Puchong telah membaca ringkasan kedua-dua laporan ketua audit negara dan mendapati bahawa antara 9 aktiviti dan 8 syarikat persekutuan yang diaudit oleh Ketua Audit Negara, lebih daripada separuh, iaitu 5 aktiviti dan 5 syarikat persekutuan tidak mencapai sasaran atau objektif yang ditetapkan oleh kerajaan.  

3.    Selain itu, Puchong juga dapati bahawa yang lain kebanyakannya hanya setakat mencapai objektif dan ketua audit negara jarang menggunakan perkataan “baik” dalam rumusan audit beliau untuk setiap audit yang dijalankan dalam kedua-kedua laporan ini.

4.    Ini adalah sangat menyedihkan.

Perbahasan RUU Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) (Pindaan) 2024

 


4 Julai 2024 


1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan saya untuk turut serta dalam perbahasaan RUU pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan).

2.    Saya telah menjadi wakil rakyat selama 11 tahun, tidak sepanjang ramai di dewan yang mulia ini tetapi cukup untuk berdepan dengan kes-kes rakyat yang berbeza. 

3.    Antara memori yang paling mendalam salah satunya ialah berkenaan dengan penagihan dadah.

4.    Masa itu saya ADUN Damansara Utama, satu hari saya pergi ke Pangsapuri Damansara Bistari, satu flat kos rendah di SS2, untuk satu program dan biasanya apabila saya buat program di satu tempat, saya juga buat lawatan ke beberapa keluarga yang memerlukan untuk memberi sumbangan.

Perbahasan RUU Audit (Pindaan) 2024

 


3 Julai 2024 


1.    Terima kasih Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasaan pindaan akta audit.

2.    Pindaan yang dibawa hari ini kebanyakkan adalah untuk meluaskan bidang kuasa tugas Ketua Audit Negara supaya boleh: mengaudit syarikat yang mendapat jaminan kewangan kerajaan, pengauditan melalui pendekatan “follow the public money audit”, kuasa untuk mewujudkan garis panduan, memberi syor menangani apa-apa ketakteraturan yang serius, dan akhirnya kuasa untuk membuat follow-up audit.

3.    Puchong mengalu-alukan semua pindaan ini kerana undang-undang akan memastikan duit awam dilindungi dengan lebih baik lagi.

Perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)

 


27 Jun 2024 

1.    Terima kasih Tan Sri speaker, Puchong menyentuh isu yang berkenaan dengan isu orang asli dan kanak-kanak yang telah dilaporkan oleh Suhakam dalam laporan-laporan tahunan ini.

2.    Puchong adalah pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat, kedua-dua segmen ini adalah di bawah pemantauan JKPK ini dan isu-isu segmen ini jarang mendapat peluang untuk dibahas di dewan yang mulia ini, oleh itu, Puchong ingin meminta jasa baik Tan Sri untuk menghabiskan point saya hari ini. Saya akan cuba ringkaskan.

Rabu, 17 Julai 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan | 17 Julai 2024

17 Julai 2024, Rabu


SOALAN

YB PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan keadaan flat kos rendah :

(a) jumlah flat kos rendah yang belum beralih dari sistem meter air pukal ke meter individu. Nyatakan langkah-langkah Kementerian untuk membantu proses peralihan ini; dan

(b) apakah langkah-langkah untuk memastikan penyelenggaran flat kos rendah adalah self-sustainable pada masa depan. 

Isnin, 15 Julai 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | 15 Julai 2024

15 Julai 2024, Isnin


SOALAN

Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan langkah-langkah penambaikan polisi tenaga boleh baharu (TBB) :

(a) apakah status penyediaan draf rang undang-undang third party access (TPA) bekalan elektrik; dan

(b) adakah Kementerian ada rancangan untuk menambah baik polisi untuk sell-consumption (SELCO) dan solar-atas-bumbung (kelulusan secara berpukal) untuk projek perumahan baru.

Selasa, 9 Julai 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam | 9 Julai 2024

9 Julai 2024, Selasa

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapa panjang tempoh perbicaraan sehingga keputusan mahkamah dibuat bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk menyingkatkan tempoh perbicaraan. Apakah pendirian Kementerian terhadap kewujudan environmental court.