Blog

Isnin, 28 Oktober 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Kewangan | 28 Oktober 2024

28 Oktober 2024, Isnin


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:

(a) berapa jumlah yang telah dilabur ke Fashion Valet oleh Khazanah, PNB dan jika ada Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) lain ; dan 

(b) jumlah kerugian akibat penurunan nilai dan penjualan saham Fashion Valet.

Selasa, 22 Oktober 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | 22 Oktober 2024

22 Oktober 2024, Selasa


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan:

(a) sebab respon kurang memberangsangkan dalam bidaan yang diadakan oleh Energy Exchange (Enegem) bagi tenaga boleh baharu (TBB) eksport ke Singapura; dan

(b) langkah yang diambil untuk memperbaiki respon pemain TBB dan meningkatkan daya tarikan TBB Malaysia di pasaran Singapura. 

Khamis, 17 Oktober 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup | 17 Oktober 2024

17 Oktober 2024, Khamis


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP menyatakan adakah Kementerian akan membentangkan "Lemon Law" bagi lebih melindungi hak pengguna terutamanya pembeli kereta. Jika ya, apakah perkembangan pendrafan. 

Perbahasan RUU (Pindaan) Perlembagaan 2024 berkenaan Kewarganegaraan

17 October 2024


1. Hari ini menandakan detik yang bersejarah kerana Pindaan Jadual Kedua, Bahagian II, 1(b) dan 1(c) akhirnya dibentangkan di dewan yang mulia ini.

2. Saya masih ingat dengan jelas pada 28 Ogos 2022, sempena Hari Merdeka, di mana beberapa daripada kami di sini – YB Segambut, Seputeh dan Nibong Tebal, bersama rakan-rakan dari pelbagai parti – PKR, DAP, Amanah, UMNO, MCA, MIC dan Muda, menyertai Perhimpunan Merdeka yang dianjurkan oleh Family Frontier.

3. Kenangan yang paling mendalam bagi saya pada hari itu adalah persembahan kanak-kanak yang mempersembahkan lagu “Saya Anak Malaysia”.

4. Sebenarnya, kebanyakan mereka pada waktu itu masih bukan warganegara Malaysia, walaupun ibu mereka adalah rakyat Malaysia, hanya kerana mereka dilahir di luar negara.

5. Anak-anak ini berpakaian tradisional dari pelbagai kaum utama Malaysia – Melayu, Cina, India – dan menyanyi dengan penuh semangat, “Saya anak Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia, saya anak Malaysia”.

6. Suara nyanyian mereka yang sangat kuat seolah-olah menggambarkan harapan mereka untuk diterima di bumi dipijak ini yang dikenali Malaysia.

7. Air mata saya menitis melihat wajah dan harapan kanak-kanak ini.

8. Dua tahun kemudian, saya berdiri di sini dengan penuh kebanggaan dan menyokong 100% pindaan kepada seksyen-seksyen ini.

9. Puchong ingin merekodkan setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah kepada menteri dan seluruh warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terlibat kerana walaupun mengharungi pelbagai cabaran mereka tetapi tetap deliver.

Tuan Speaker,

10. Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat juga ingin merekodkan di sini bahawa JKPK telah mendengar taklimat daripada KDN sebanyak 4 kali iaitu 7 July 2023, 12 Sept 2023, 13 March 2024 dan 1 October 2024.

11. Kami juga telah mendengar dan sentiasa terbuka dengan maklum balas daripada NGO berkenaan dengan draf pindaan.

12. Apa yang saya boleh rumuskan di sini ialah, KDN dan NGO ada perspektif dan kebimbangan yang sangat berbeza dan pindaan yang dibawa hari ini adalah middle ground yang harap-harap boleh diterima oleh pelbagai pihak.

13. Sebagai contoh, draf pindaan yang pertama yang dibawa oleh KDN ingin memansuhkan Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(e) dan meminda Jadual Kedua, Bahagian (III), Seksyen 19(B).

14. Pindaan-pindaan ini membangkitkan kerisauan ramai di antara kami di sini dan juga ramai di luar sana, terutamanya pemansuhan Jadual Kedua, Bahagian II, Seksyen 1(e).

15. Ini adalah kerana pemansuhan Seksyen 1(e) akan merobohkan benteng terakhir dalam melindungi kanak-kanak daripada statelessness di Malaysia.

16. Seksyen ini memberi peruntukkan bahawa seseorang adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang jika dia lahir di Malaysia dan pada masa dia lahir tiada kewarganegaraan mana-mana negara lain (stateless).

17. Selepas mendapat maklum balas ini, KDN kekalkan seksyen ini dalam draf kedua.

18. Walaubagaimanapun, draf kedua masih mengekalkan pindaan Jadual Kedua, Bahagian (III), Seksyen 19(B), di mana bayi terdampar bukan lagi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang tetapi melalui pendaftaran.

19. Selepas itu, KDN memperbaiki lagi draf RUU mereka dan RUU pindaan yang dibawa hari ini bagi Seksyen 19(B) masih mengekalkan semangat yang sedia ada, di mana bayi yang dibuang oleh ibubapa mereka akan terus dilindungi oleh perlembagaan persekutuan, iaitu mereka adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang.

20. Dengan mengambil langkah-langkah ini, KDN telah mengekalkan semangat asal apabila Artikel 14 Perlembagaan Persekutuan dipinda pada 1962 dan saya ingin memetik Hansard 31 January 1962 di sini: ..... no child shall be rendered stateless.

21. Atas semangat “no child shall be rendered stateless” ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi Sabah dan Sarawak satu peruntukkan tahunan tetap bagi tujuan mendaftarkan anak-anak orang asal di pedalaman.

22. Begitu juga dengan anak-anak orang asli di semenanjung, JAKOA perlu pastikan semua anak-anak yang lahir di kampung-kampung orang asli didaftar.

23. Pindaan perlembagaan ini juga meminda Jadual II, Bahagian II, Seksyen 1(a) di mana anak-anak kepada pasangan yang kedua-duanya IC merah, iaitu PR, tidak boleh mendapat warganegara melalui kuat kuasa undang-undang tetapi pendaftaran.

24. Walaupun pindaan ini memberi kawalan yang lebih baik untuk mereka yang baru-baru berhijrah ke Malaysia, tetapi ia juga akan menjejaskan mereka yang betul-betul rakyat Malaysia untuk beberapa generasi tetapi hanya ada IC merah akibat legasi keluarga.

25. Dengan ini, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi peruntukkan spesifik bagi bantuan guaman supaya kes-kes legasi ini supaya boleh diselesaikan dalam secepat mungkin dan tidak akan pass down lagi ke generasi seterusnya.

26. Semangat “no child shall be rendered stateless” ini bukan sahaja perlu dikekalkan tetapi dipercepatkan terutamanya bagi mereka yang sememang ibu atau bapanya ialah warganegara Malaysia sama ada kanak-kanak ini adalah anak angkat ataupun anak yang lahir luar-nikah.

27. Kaedah spesifik perlu diadakan untuk kategori kanak-kanak ini supaya permohonan dan kelulusan boleh dimudah dan dipendekkan kepada 6 bulan untuk anak biologi dan 1 tahun bagi anak angkat.

28. Kes anak lahir luar nikah, kes seperti ini adalah straightfoward, laporan DNA yang sah sudah cukup membuktikan bahawa seseorang itu anak biologi kepada warganegara Malaysia, dan harap boleh dipermudahkan dan dipendekkan.

29. Antara sebab ada yang masih ada lagi yang tidak selesa dengan pindaan yang dibawa hari ini ialah pengurangan had umur dari 21 kepada 18 tahun untuk subseksyen 15A, 19(1) & 19(2).

30. Puchong ingin cadangkan supaya kerajaan menyediakan mekanisme atau prosedur khas yang membolehkan mereka yang masih berstatus tanpa kewarganegaraan setelah mencapai 18 tahun, untuk memohon kewarganegaraan secara adil dan telus.

31. Itu sahaja daripada itu. Puchong sokong pindaan ini dan sekali lagi mengucapkan tahniah dan syabas kepada menteri dan warga KDN.

Khamis, 5 September 2024

RUU Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2024

 


18 Julai 2024 


1. Terima kasih Tan Sri Speaker izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. 

2. Apabila menimbang dan membuat persediaan untuk perbahasaan RUU ini, Puchong telah merujuk kepada undang-undang yang sama di Singapura dan New Zealand dan bandingkan undang-undang ini dengan akta kita. 

3. Puchong ingin berdasarkan perbahasan hari ini dengan bandingkan undang-undang ini secara spesifik berkenaan dengan pindaan dan seterusnya, akta penyakit berjangkit di ketiga-tiga negara – New Zealand, Singapura dan Malaysia, secara keseluruhannya. 

Perbahasan RUU Keterangan (Pindaan) & RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak (Pindaan)

 15 Julai 2024 

Akta Kesalahan2 Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017

1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2017.

2. Puchong sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada BHHEU kerana telah membawa pindaan akta-akta yang akan lebih melindungi hak kanak-kanak dalam keterangan saksi kanak-kanak yang melibatkan pindaan kepada enam (6) akta yang berkaitan iaitu – Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007, Akta Keterangan 1950, Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, Akta Sumpah dan Ikrar 1949, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan Akta Angkatan Tentera 1972.

3.    Puchong telah kira, ini kali ketiga BHHEU membawa RUU pindaan akta supaya undang-undang di Malaysia lebih melindungi kanak-kanak kita. 

4.    Hujung Mac tahun lepas, BHHEU telah membentangkan dan dewan yang mulia in telah meluluskan pindaan kepada akta kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dengan lebih baik daripada semua bentuk eksploitasi dan penderaan seksual.

5.    November 2023, BHHEU membentangkan dan dewan in meluluskan RUU pindaan akta 597 - akta Suhakam supaya mandat Pejabat Pesuruhjaya Kanak-kanak (OCC) diperkasakan dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak di Malaysia.

6. Terdapat 9.13 juta kanak-kanak di Malaysia, ia adalah hampir 1 per 3 populasi kita. Walaubagaimanapun, mereka tidak boleh undi, oleh itu mereka memerlukan pemimpin-pemimpin yang peka kepada keperluan dan kebajikan mereka.

7.   Dengan itu, Puchong ingin mengucapkan penghargaan kepada Menteri BHHUE dan kerajaan madani yang prihatin kepada kanak-kanak di Malaysia dengan membawa pindaan undang-undang berbilang kali supaya undang-undang di Malaysia lebih melindungi anak-anak kita yang merupakan masa depan negara. 

8.    Puchong juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Menteri BHHEU kerana telah melibatkan JKPK dalam perbincangan pindaan akta-akta ini sebelum RUU-RUU ini dibentangkan.

9.    Daripada pengalaman saya, bukan semua menteri melibatkan JKPK sebelum RUU berkaitan dengan JKPK dibentangkan di parlimen. Kadang-kala JKPK hanya tahu ada pembentangan RUU yang berkaitan melalui berita. 

10. Oleh itu, Puchong ingin menggesa reformasi parlimen supaya menjadi mandatori untuk membawa semua RUU selepas bacaan pertama ke JKPK yang berkaitan untuk perbincangan dengan lebih meneliti sebelum bacaan kedua dan perbahasan dilakukan. 

11. Saya harap pihak eksekutif boleh faham, parlimen bukan rubber-stamp, parlimen adalah penggubal undang-undang.

12. Seterusnya, Puchong ingin mengambil kesempatan ini tanya beberapa soalan berkaitan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak. 

13. Isu pertama adalah berkenaan dengan tentang statistik tempoh perbicaraan kes-kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

14. Untuk makluman dewan yang mulia ini, Pekeliling Ketua Pendaftar Bil 2 Tahun 2017 telah memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan-kesalahan seksual terhadap kanak-kanak siap dalam tempoh 12 bulan.

15. Puchong ingin tahu, bagi tahun 2023 dan 2024, berapakah peratus kes yang dapat mencapai KPI ini.  Untuk kes backlog semasa krisis covid, adakah mahkamah telah clear? Berapakah masing pending lagi?

16. Untuk makluman dewan yang mulia ini, tempoh perbicaraan adalah sangat penting kerana lagi panjang tempoh perbicaraan, lagi tinggi kemungkinan kanak-kanak akan give up dalam perjalanan mereka mencari keadilan. 

17. Isu kedua adalah berkenaan dengan Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-kanak (JSKK).

18. Berapakah Mahkamah JSKK sekarang dan adakah kerajaan berancang untuk memperbanyakkan lagi Mahkamah JSKK? 

19. Apakah status Inisiatif Mahkamah Bergerak yang diumumkan melalui belanjawan 2024 dan adakah kerajaan berancang untuk menggunakan prasarana bergerak untuk memudahkan mangsa jenayah seksual kanak-kanak supaya mereka tidak perlu pergi terlalu jauh untuk menghadiri perbicaraan JSKK? 

20. Akhir sekali, untuk makluman Tan Sri Speaker, Menteri dan ahli-ahli dewan yang mulia ini, JKPK wanita, kanak-kanak dan pembangunan masyarakat sedang  menyediakan penyata bertajuk Sistem Keadilan Jenayah Terhadap Mangsa Seksual Kanak-kanak Di Malaysia yang merangkumi syor kepada pelbagai pihak kerajaan untuk menambahbaik keadaan yang sedia ada berkenaan dengan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.

21. Penyata akan dibentangkan di parlimen sebelum sesi parlimen ini habis, harap ahli-ahli yang berhormat boleh baca dan menggunakan poin-poin dalam perbahasan-perbahasan YB2 sekalian akan datang.

22. Di dalam penyata tersebut, juga akan ada syor-syor untuk meminda Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak untuk menambah baik perlindungan terhadap kanak-kanak dari pelbagai aspek dan menyegaramkan akta ini dengan akta-akta yang lain dalam isu yang sama. 

23. Puchong telah membaca bahawa BHHUE sekarang dalam peringkat mengkaji pindaan Akta ini dan harap JKPK boleh diberi peluang semasa peringkat menyediakan draf RUU untuk membentangkan syor-syor kami.

24. Sekian sahaja, terima kasih.


Akta Keterangan 1950


1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan RUU pindaan Akta Keterangan 1950.

2.    Puchong sokong dua pindaan yang dibawa.

3.    Satu adalah memotong perkataan “tender years” dalam seksyen 118 supaya kekompetenan saksi kanak-kanak untuk memberikan keterangan dalam mana-mana prosiding diuruskan di bawah Akta Keterangan Saksi Kanak-kanak 2007.  

4.    Kedua adalah untuk memotong seksyen 133A yang berkaitan keterangan kanak-kanak yang masih mentah.

5.    Puchong sokong pemansuhan s133A dengan fahaman bahawa pindaan ini tidak menjejaskan burden of proof tetapi pindaan ini hanya mengubah daripada “rule of law” di mana bermakna keterangan kanak-kanak mesti ada corraboration  kepada “rule of prudence and practice” yang sama yang digunakan untuk saksi dewasa.

6.    Puchong sokong pindaan ini juga atas fahaman bahawa selepas pindaan ini, keterangan kanak-kanak adalah seperti orang dewasa dan inkuiri hanya akan diperlukan jika terdapat sebab untuk meragui keupayaan mereka. Walaubagaimanapun, sama ada keterangan kanak-kanak itu boleh dipercayai dan faktor yang mempengaruhi mahkamah untuk membuat keputusan mahkamah adalah suatu isu kredibiliti, dan bukannya kompetensi.  

7.    Jika kita tengok negara-negara yang mewarisi British Common Law, peraturan keterangan sokongan mandatori dan keperluan untuk amaran telah dimansuhkan mengikut undang-undang di UK, Kanada, Australia, New Zealand dan Hong Kong seawal 1980-an. India dan Singapura tidak pernah mempunyai peraturan undang-undang seperti s.133A. 

8.    Singapura menggunakan “rule of prudence” yang sama terhadap keterangan kanak-kanak tanpa sokongan seperti yang mereka lakukan kepada saksi dewasa, manakala di India, mahkamah boleh mensabitkan kesalahan atas keterangan kanak-kanak tanpa sokongan jika keterangan kanak-kanak itu "membangkitkan keyakinan” (‘inspires confidence’).

9.    Kajian demi kajian telah menunjukkan bahawa tanggapan bahawa keterangan kanak-kanak tidak boleh dipercayai hanya kerana usia mereka adalah tidak betul, kajian ini termasuk:

a.    Children’s Testimony: A Handbook of Psychological Research and Forensic Practice by Lyon, T. (2011),

b.    Assessing the Competency of Child Witnesses: Best Practice Informed by Psychology and Law by Spencer and Flin (1990),

c.     The Evidence of Children: The Law and the Psychology by Ceci & Bruck,

d.    'Suggestibility of the child witness: A historical review and synthesis' (1993) by Bala and others;

e.    The Competency of Children to Testify: Psychological Research Informing Canadian Law Reform, International Journal of Children’s Rights by Myers and others (2010)

f.      Psychological Research on Children as Witnesses: Practical Implications for Forensic Interviews and Courtroom Testimony, by L. Sas (2012)

g.    The Interaction Between Children’s Developmental Capabilities and the Courtroom Environment: The Impact on Testimonial Competency by Department of Justice Canada.

 

10. Kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa:

i.         Tidak ada hubungan antara umur dan kejujuran

  1. Kanak-kanak dari usia muda dapat membezakan antara fantasi dan fakta
  2. Kanak-kanak kecil tidak mampu berfantasi tentang sesuatu yang tidak berada dalam lingkungan pengetahuan mereka (seperti perbuatan seksual).
  3. Dan lain-lain lagi.

11. Puchong juga ingin memetik Ketua Hakim Negara England dan Wales berkenaan dengan penolakkan terhadap peraturan keterangan kanak-kanak dalam undang-undang UK yang lama,

“We emphasise that in our collective experience the age of a witness is not determinative on his or her ability to give truthful and accurate evidence. Like adults some children will provide truthful and accurate testimony, and some will not... The purpose of the trial process is to identify the evidence which is reliable and that which is not, whether it comes from an adult or a child. In trial by jury, his or her credibility is to be assessed by the jury, taking into account every specific personal characteristic which may bear on the issue of credibility, along with the rest of the available evidence.”


12. Atas sebab-sebab ini, Puchong menyokong pindaan Akta Keterangan 1950.

 

Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2024

 


9 Julai 2024

1.    Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara.

2.    Puchong telah membaca ringkasan kedua-dua laporan ketua audit negara dan mendapati bahawa antara 9 aktiviti dan 8 syarikat persekutuan yang diaudit oleh Ketua Audit Negara, lebih daripada separuh, iaitu 5 aktiviti dan 5 syarikat persekutuan tidak mencapai sasaran atau objektif yang ditetapkan oleh kerajaan.  

3.    Selain itu, Puchong juga dapati bahawa yang lain kebanyakannya hanya setakat mencapai objektif dan ketua audit negara jarang menggunakan perkataan “baik” dalam rumusan audit beliau untuk setiap audit yang dijalankan dalam kedua-kedua laporan ini.

4.    Ini adalah sangat menyedihkan.