Isnin, 3 April 2023

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Kementerian Pendidikan Malaysia


28 Mac 2023


Saya ingin merujuk ke P63 Butiran 00102 Rendah Akademik dan 00201 Menengah Akademik, di mana ia adalah peruntukkan untuk Projek Pembangunan Semula Bangunan Daif dan Pembinaan Sekolah Baru dengan jumlah perbelanjaan lebih daripada RM 900 juta.

Tuan Pengerusi,

1.    Dari pelbagai lawatan sekolah di Parlimen Puchong, saya mendapati bahawa terdapat banyak sekolah yang telah daif, kemudahan tidak mencukupi – tiada padang, dewan, makmal dll dan ada juga kelas tidak cukup kerana jumlah pelajar semakin meningkat.

2.    Kebanyakan mereka telah buat permohonan untuk memperbaiki situasi, tetapi permohonan sentiasa ditolak oleh KPM dengan alasan tiada peruntukkan.

3.    Ramai ahli parlimen telah dan akan menggesa kerajaan untuk menambah peruntukkan untuk penyelenggaraan dan pembinaan bangunan sekolah.

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


23 Mac 2023


Saya ingin Merujuk kepada Butiran 020200 Pembangunan Wanita

Tuan Pengerusi,

1.    Walaupun wanita di Malaysia telah mendapat pendidikan yang lebih tinggi daripada generasi sebelumnya, kadar penyertaan tenaga kerja wanita sekarang hanya di lingkungan 55% - hanya sedikit peningkatan berbanding dengan 20 tahun dahulu.

2.    Menurut UNDP, jika kita dapat meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 70%, kita boleh meningkatkan KDNK negara sebanyak 2.9%.

3.    Oleh itu, adalah penting kerajaan ada rancangan yang lebih strategik untuk memastikan lebih ramai wanita bekerja.

4.    Walaubagaimanapun, Kementerian perlu memastikan bahawa inisiatif kerajaan dalam meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja  tidak menjadi counterproductive, dengan izin.

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri


22 Mac 2023


Merujuk kepada m/s 266 Butiran 040300 Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

Hari ini, saya ingin menyentuh 2 industri baru yang sedang digalakkan oleh MIDA, iaitu pusat data (data center, dengan izin) dan kenderaan elektrik (EV).

Pusat Data

1.    Tuan Pengerusi, Malaysia berpotensi menjadi Hub Pusat Data ASEAN dengan strategi yang baik.  

2.    Pemain utama pusat data adalah syarikat antarabangsa MNC seperti AWS, Microsoft, Google, Meta, Equinix dll.

3.    Kebanyakan mereka mempunyai komitmen karbon sifar bersih (net zero carbon) dan menyertai inisiatif global RE100.

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Kementerian Sains, Teknologi dan Innovatif


21 Mac 2023

1.    Saya ingin merujuk kepada Butiran 040700, Kod 40000, Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM) diberi peruntukkan pengurusan sebanyak RM 55 juta dan Butiran 00605 NIMB diberi peruntukkan pembangunan RM 44.13 juta. Ini bermaksud NIBM akan mendapat RM 99 juta dalam belanjawan ini.

2.    Untuk makluman dewan yang mulia ini, NIBM mendapat RM 27.5 juta dan RM 5.3 juta serta RM 30 juta dan RM 936,000 pada tahun 2022 dan 2021 masing-masing di bawah butiran dan kod yang sama. Secara keseluruhannya, ia mendapat lebih daripada RM 160 juta dalam masa 3 tahun sahaja. 

3.    Peruntukkan NIBM telah menjadi jauh lebih tinggi berbanding masa saya menjadi menteri kerana ia telah dipertanggungjawab untuk menerajui Pelan Pembangunan Vaksin Negara sejak 2020 semasa Covid-19 melanda dunia. Puchong ingin tahu perincian perbelanjaan ini. Apakah telah yang dicapai dalam masa 3 tahun ini?

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim


16 Mac 2023


m/s 246, B23, 050100 m/s 254, P23, 07200 Pengawaseliaan Alam Sekitar

1.    Saya ingin menarik perhatian YB2 sekalian perbelanjaan antara dua kod ini dan bandingkan.

2.    Kod 050100 Alam Sekitar adalah perbelanjaan untuk Jabatan Alam Sekitar sebanyak RM 115.45 juta manakala kod 07200 adalah perbelanjaan untuk membayar syarikat konsesi PSTW di bawah Environmental Quality Monitoring Program (EQMP) sebanyak RM 86.7 juta.

3.    Saya telah berkali-kali membangkit dalam dewan ini sejak penggal yang lalu bahawa kerajaan perlu merunding semula perjanjian konsesi EQMP.  

4.    Perjanjian konsesi 15 tahun ini ditandatangani pada 2017 degan jumlah nilai RM 952 juta.

5.    Objektif asal EQMP ialah untuk melapor status kualiti alam sekitar, menyedia input bagi penguatkuasaan JAS dan memberi amaran awal pencemaran.

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



15 Mac 2023


Pertama sekali, saya ingin merujuk ke m/s 213, P21, Kod 1003 Bahagian Sekuriti Makanan.

1.    Menurut Indeks Keselamatan Makanan Global (2022), Malaysia menduduki tempat ke-41 di dunia dari segi keselamatan makan.

2.    Singapura, sebuah negara yang tidak menanam dan menternak, menduduki tempat ke-15 di Indeks Keselamatan Makanan Global.

3.    Ini adalah keselamatan makanan adalah pelbagai dimensi.

4.    Selain daripada penghasilan makanan, harga makanan, kualiti makanan, pendidikan dsb juga adalah faktor yang sama penting.

5.    Bahagian Sekuriti Makanan menerima peruntukkan pembangunan besar sebanyak RM 100 juta dalam bajet ini.

Perbahasan Belanjawan Negara 2023 - Jabatan Perdana Menteri


13 Mac 2023


Saya ingin merujuk kepada m/s 105, B6 (Jabatan Perdana Menteri), 060200 Biro Pengaduan Awam.

1.    Biro Pengaduan Awam telah ditubuhkan pada tahun 1960 untuk mengendali aduan orang ramai terhadap jabatan dan agensi kerajaan.

2.      Salah satu inisiatif utama di dalam Pelan Anti-Rasuah Kebangsaan 2019-2023 adalah untuk menggantikan Biro Pengaduan Awam dengan Ombudsman Malaysia untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan.

3.      Perbezaan utama antara Biro Pengaduan Awam dan Pejabat Ombudsmen ialah Biro Pengaduan Awam beroperasi di bawah kuasa Jabatan Perdana Menteri manakala Pejabat Ombudsman adalah agensi bebas dan tidak tertakluk kepada pengaruh kakitangan kerajaan mahupun campur tangan politik.