Isnin, 8 Januari 2024

Perbahasan Belanjawan 2024: Peringkat Dasar


19 Okt 2023


Terima kasih Tan Sri Spaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2024.

1.  Pertama sekali Puchong ingin memberi maklum balas kepada dewan yang mulia ini tentang salah satu inisiatif kerajaan di peringkat akar-umbi.

Tan Sri Speaker,

2.    Dalam beberapa bulan ini, setiap kali saya melawat sekolah di Parlimen Puchong, satu topik yang sudah tentu pihak sekolah akan bangkitkan ialah tentang peruntukkan kerajaan sebanyak RM70,000 untuk setiap sekolah bagi membaikpulih tandas.

3.    Semua respon adalah positif.

4.    Banyak sekolah ini telah mendapat kerjasama yang baik dari kontraktor yang menerima cadangan-cadangan dan wish list mereka dari segi reka bentuk, pemilihan tile dan lain lain dan hasilnya ialah tandas-tandas ini dibaikpulih dan bukan sahaja berfungsi tetapi juga cantik. 

5.   Melalui inisiatif kerajaan ini, jutaan pelajar di seluruh Malaysia dapat sentuh dan rasa peruntukkan dari kerajaan.

6.    Ini adalah satu contoh yang baik di mana bukan hanya projek-projek mega yang boleh memberi impak tinggi dalam memperbaiki nasib rakyat.

7.   Cuma sekarang guru-guru juga minta peruntukkan untuk memperbaiki tandas mereka juga.

8.   Dengan itu, Puchong ingin cadangkan untuk memperuntukkan RM 25,000 kepada setiap sekolah dengan format yang sama supaya lebih daripada 400,000 guru juga boleh bermanfaat dari ini.


Tan Sri Speaker,

9.    Selepas pujian, Puchong ada teguran dan cadangan.

10.Kerana kesuntukkan masa, saya hanya akan fokus kepada satu topik sahaja, iaitu pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) dan perluasan penggunaan EV di Malaysia.


Pembangungan Kenderaan Elektrik (EV)


11.     Dalam belanjawan ini, kerajaan telah mengumumkan 3 inisiatif baru iaitu Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik; perolehan 150 bas elektrik serta insentif cukai ke atas perbelanjaan pengecasan EV dan kos sewaan EV. 

12.         Ini adalah penambahan dari insentif cukai yang sedia ada kepada EV dan pengeluar stesen pengecasan.

13.       Walaubagaimanapun, Puchong berpendapat masih besar lagi jurang untuk mencapai penggunaan EV yang luas dan pembangunan industri EV yang rancak.


14.         Pertama, adalah kekurangan EV mampu milik. 

15.     Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia, hanya sebanyak 2,631 EV dijual di Malaysia pada tahun 2022 berbanding lebih daripada 720,000 kenderaan konvensional, iaitu kurang daripada 0.5%.

16.         Walaupun dengan insentif duti dan cukai, EV di pasaran Malaysia masih lagi mahal berbanding dengan kenderaan konvensional.

17.      Jika kita nak tengok penggunaan EV yang luas, kita perlu memperluas pilihan EV mampu milik di price point yang sama dengan Axia, Myvi, Bezza, Saga dan Iriz. 

18.      Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi insentif dari segi pelaburan dan pinjaman berfaedah rendah melalui GLIC dan bank pembangunan ataupun geran dan insentif cukai kepada pemain-pemain di rantaian bekalan pengeluaran kenderaan tempatan (supply chain) dalam pengeluaran komponen dan EV mampu milik.

19.       Di samping itu, dari segi pengimportan EV, EV mampu milik CKD dan CBU sepatutnya menikmati insentif yang lebih baik dari EV mewah supaya terdapatnya differentiation.

20.     Dengan ini, kita boleh menggalakkan pengimport kereta untuk membawa masuk lebih banyak jenis EV mampu milik berbanding dengan EV mewah.  

21.         Jumlah EV dan stesen pengesan adalah ibarat di situasi chicken & egg.

22.        Kalau tidak cukup stesen pengecasan, tiada orang nak beli EV, tapi apabila tak cukup EV pula, tidak feasible dari segi ekonomi untuk pelaburan swasta dalam memasang stesen pengecasan memandangkan pendapatan stesen pengecasan EV bergantung kepada jumlah EV yang dicaj setiap hari.

23.    Apabila kenderaan EV masih kurang, kerajaan perlu memainkan peranan proaktif untuk meningkatkan jumlah stesen pengecasan.

24.         Setakat bulan lepas, jumlah stesen pengecasan masih kurang daripada 2,000.

25.        Ini adalah jauh daripada sasaran yang diumumkan oleh kerajaan, iaitu 10,000 stesen pengecasan menjelang 2025.

26.      Ini jelas menunjukkan bahawa insiatif-inisiatif yang sedia ada adalah tidak mencukupi untuk mencapai sasaran 10,000.

27.         Apa yang diumumkan dalam ucapan belanjawan ini di mana 180 stesen pengecasan EV akan dipasang oleh syarikat seperti TNB, Gentari dan Tesla Malaysia juga jauh daripada apa yang diperlukan untuk mencapai sasaran.

28.       Saya ingin cadangkan kerajaan untuk meneroka kebolehlaksanaan cadangan yang berikutnya dalam meningkatkan stesen pengecasan dengan signifikan.

29.         Iaitu, sama ada kita boleh masukkan sejumlah, contohnya 3,000 stesen pengecasan sebagai aset grid kebangsaan di bawah pengendalian TNB melalui mekanisme incentive-based-regulation (IBR) yang sedia ada sebagai initial push dalam peningkatan jumlah stesen pengecasan.

30.         Stesen pengecasan boleh membawah pendapatan kepada TNB dan transport sector electrification boleh memangkin pertumbuhan sektor elektrik pada kadar yang lebih daripada business-as-usual.

31.     Oleh itu, perbelanjaan CAPEX ini sudah tentunya memberi sinergi positif kepada sektor bekalan elektrik.  

32.       Untuk makluman dewan yang mulia ini, semua perbelanjaan CAPEX untuk infrastruktur grid kebangsaan adalah dikira di bawah IBR dan ia adalah salah satu komponen yang digunakan untuk menentukan tarif asas di Semenanjung Malaysia.

33.        Sebagai contoh, bagi Regulatory Period 3 (RP3) pelaksanaan IBR, perbelanjaan CAPEX untuk tahun 2022-2024 adalah sebanyak RM 20 billion.

34.         Melalui IBR, kita boleh memastikan bahawa infrastruktur pembekalan elektrik adalah sentiasa mencukupi dan sempurna untuk menampung permintaan dan mengurangkan gangguan.  

35.       Jika kita boleh memasukan pemasangan pengecasan di bawah IBR, maka terdapatnya satu  pelaksana pusat yang boleh merancang dan memasang stesen pengecasan dengan cepat dan efisien di tempat-tempat awam.

36.  Selain itu, kos per unit stesen pengecasan adalah lebih rendah dengan adanya economy of scale.

37.    Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, dengan kaedah yang sama, TNB memasang 367,000 lampu jalan LED dengan CAPEX dibawah IBR RP2.

38.   Selepas initial push di tempat-tempat awam dan apabila jumlah kenderaan EV meningkat, maka pemain-pemain swasta boleh membuat pelaburan swasta untuk premis-premis swasta kerana masa itu, economic feasibility pemasangan stesen pengecasan akan menjadi lebih baik dan projek boleh menjadi bankable.


Tan Sri Speaker,


39.      Seterusnya, Puchong ingin memberi pandangan tentang pengumuman PMX berkenaan dengan Prasarana akan memperoleh 150 bas elektrik dan membina 3 depoh dengan kos RM600 juta. 

40.       Langkah untuk mengelektrifikasi pengangkutan awam adalah baik kerana ia bukan sahaja boleh menurunkan pelepasan karbon, memperbaiki kualiti udara tetapi juga boleh menjadi economically feasible jika merancang dan melaksana dengan betul.

41.   Walaubagaimanapun, Puchong menggesa kerajaan untuk kaji semula tentang perbelanjaan RM600 juta.

42.        Dengan sekitar RM1-1.5 juta per bas, hanya RM150-225 juta iaitu, 25%-37.5% daripada RM600 juta ini digunakan untuk membeli bas.

43.       Saya anggap perbelanjaan yang lain, iaitu RM 375 juta atau lebih adalah untuk depoh bas.

44.         Adakah 3 depoh bas perlu memakan kos yang begitu tinggi?

45.       Apakah kita boleh retrofit depoh bas yang sedia ada seperti beberapa bandar yang lain di luar negara?

46.         Selain itu, Puchong ingin tahu sama ada anggaran kos ini termasuk harga tanah.

47.         Jika pengambilan tanah dilibat, sudah tentunya kos meningkat.

48.         Depoh bos tidak seperti jajaran MRT, lebih banyak fleksibiliti untuk penentuan lokasi bas depoh.

49.     Oleh itu, Puchong cadangkan kerajaan untuk mencari tanah-tanah milik kerajaan yang sesuai untuk ditukar guna tanah kepada untuk depoh bas awam.

50.      Dengan ini, kita boleh mendapat penjimatan yang besar terutamanya untuk tanah-tanah di Lembah Klang.

 

Tan Sri Speaker,

51.         Puchong telah membaca satu laporan oleh World Bank yang bertajuk Electrification of Public Transport: A Case Study of Shenzhen Bus Group. 

52.      Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, bandar Shenzhen dengan populasi 12.6 juta bermula transisi ke bas elektrik pada 2013 dan menjelang 2018, 100% bas awam di ShenZhen adalah bas elektrik.

53.       Antara pengajaran yang paling penting dari pengalaman Shenzhen yang saya rasa kita patut contohi ialah financing model dalam perolehan bas.

54.    Shenzhen menggunakan leasing model, iaitu, agensi pengangkutan awam tidak membeli dan memiliki bas serta tidak membuat penyelenggaran, tetapi membuat bayaran tahunan kepada syarikat operasi bas.

55.   Dengan leasing model dan tender terbuka, Prasarana boleh menjadi lebih aset light, dengan izin.

56.         Kita sedia tahu bahawa antara halangan terbesar untuk transisi ke bas elektrik ialah kos perolehan bas elektrik yang tinggi - harga bas elektrik adalah lebih kurang 3 kali ganda lebih tinggi daripada harga bas diesel.

57.         Walaubagaimanapun, bas elektrik melibatkan kos operasi dan penyelenggaraan bas elektrik adalah lebih rendah.

58.   Dengan teknologi EV yang semakin matang dan perancangan yang baik, adalah mungkin total cost of ownership (TCO) bas elektrik  boleh menjadi sama (pariti) atau lebih rendah daripada bas diesel. 

59.        Oleh itu, Puchong berpendapat bahawa dengan leasing model dan perancangan yang baik, Prasarana boleh transisi ke 100% bas elektrik tanpa memakan peruntukkan dan subsidi yang terlalu tinggi dari kerajaan.

 

Tan Sri Speaker,

60.         Akhirnya, saya ingin membincang EV secara keseluruhannya.

61.   Puchong berpendapat bahawa Malaysia perlu satu National EV Roadmap yang komprehensif dan bukannya salah satu komponen dalam pelan halatuju lain seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Kebangsaan (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP).

62.        Walaupun Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan telah ditubuhkan pada Jun tahun ini, pengumuman polisi untuk kementerian yang berbeza nampaknya masih lagi secara piecemeal.

63.         Kita perlukan satu roadmap 10 tahun yang senaraikan apa yang kerajaan akan buat dan bukannya menantikan piecemeal polisi di setiap pengumuman belanjawan.

64.    Sebagai contoh, elektrifikasi pengangkutan awam dan kenderaan kerajaan boleh menjadi projek pemangkin perkembangan rantaian bekalan EV dengan meletakkan syarat peratusan “local content” dalam tender perolehan.

65.     Dalam konteks ini, industri perlukan satu gas masa elektrifikasi, iaitu berapa bas elektrik atau EV kerajaan setiap tahun dalam masa sepuluh tahun.

66.       Selain itu, insentif cukai dan duti juga perlu ditetapkan untuk tempoh masa yang lebih panjang, bukan 2-3 tahun dan lepas tu perlu menunggu pengumuman bajet baru tahu sama ada extension, dengan izin.

 

Tan Sri Speaker,

67.     Secara keseluruhannya, industri EV dan ekosistemnya perlu isyarat yang jelas dan polisi jangka masa panjang yang tidak berubah-ubah (policy certainty) untuk membuat keputusan sama ada mereka akan melabur di rantaian bekalan EV di Malaysia.

68.        Oleh itu, National EV Roadmap adalah kunci dalam merancak pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) dan perluasan penggunaan EV di Malaysia.

Itu sahaja yang Puchong ingin bangkitkan. Isu lain saya akan bangkitkan dalam perbahasan jawatankuasa. Puchong menyokong belanjawan ini. Terima kasih.