Isnin, 8 Januari 2024

Perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023


11 Oktober 2023

1.  Puchong membaca RUU ini dengan teliti, peruntukan-peruntukan dalam RUU dan untuk Puchong RUU ini adalah seperti job description, tanggungjawab Menteri Kewangan. 

2.   Persoalannya, jika kita perlu ada akta untuk memastikan Menteri Kewangan buat kerja beliau dengan hemah dan bertanggungjawab, adakah kita juga perlu ada akta-akta untuk Menteri-menteri yang lain?

3.     Tambahan lagi, RUU senaraikan tanggungjawab Menteri kewanganan, Menteri hendaklah, buat ini, Menteri hendaklah buat itu, tetapi jika Menteri tidak patuh peruntukan-peruntukan ini, tiada apa-apa pun peruntukan hukuman.

4.  Ini adalah seperti Akta Orang Kurang Upaya 2008 dimana kerajaan sepatutnya menyediakan prasarana awam yang mesra-OKU tetapi kerana tiada apa-apa peruntukan tindakan yang boleh diambil kepada kerajaan jika tidak dibuat, oleh itu sampai hari ini, prasarana kita masih banyak lagi tidak mesra-OKU. Adakah perkara yang sama akan berlaku?

 

5.   Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan Tahun 2022, hutang persekutuan pada akhir 2020 telah merekodkan sebanyak RM 1.08 trilion, dengan nisbah hutang persekutuan kepada KDNK telah mencatat 60.3%.

6.   Ini bermakna kerajaan akan terus melanggar akta ini apabila ia dikuatkuasakan di mana melalui jadual pertama tetapkan bahawa nisbah hutang ke KDNK tidak boleh melebihi 60%.

7.     Selain itu, Puchong ingin mendapatkan penjelasan dari kerajaan berkenaan dengan perbezaan antara had nisbah hutang ke KDNK di bawah akta ini pada 60% dengan had yang ditetapkan di bawah Akta Pinjaman (Tempatan) dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 pada 55%.

8.     Selain itu, Puchong juga ingin tahu dari segi proses, apakah perbezaan yang dibawah oleh RUU ini berbanding dengan business-as-usual apabila kerajaan perlu meningkatkan hutang ke KDNK lebih daripada 60%.

9.   Melalui RUU ini, jika kerajaan tidak boleh mencapai objektif fiskal dan nilai kuantiti seperti jadual pertama, maka Menteri perlu membentangkan suatu pelan pelarasan fiskal untuk diluluskan melalui ketetapan oleh Dewan Rakyat.

10.  Jika tiada RUU ini, proses yang sama juga akan diambil, walaupun berbeza bentuk.

11. Puchong masih ingat lagi masa Covid melanda, kerajaan masa itu membawa RUU Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Covid-19) 2020 yang meningkatkan nisbah hutang ke KDNK dari 55% ke 60% pada 2020 dan seterusnya 65% pada pindaan akta ini pada oktober 2021.

12.  Ada RUU atau tiada RUU ini – sama proses – bawah pelan pelarasan fiskal ataupun RUU -  untuk kelulusan parlimen.

13.  Malah melalui RUU ini, untuk penyimpangan sementara kerajaan hanya perlu membentangkan pelan pelarasan fiskal dan tiada kelulusan diperlukan.

14.  Oleh itu, Puchong juga ingin minta penjelasan kementerian penyimpangan sementara, berapa panjangkah “sementara” ini sebab dalam seksyen tafsiran tiada.

15. Akhirnya, Puchong ingin minta penjelasan kenapa had liabiliti perseketuan tidak dimasukkan dalam akta ini (jadual objektif fiskal dan nilai kuantiti).