Isnin, 8 Januari 2024

Perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK12


14 September 2023

1.   Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK 12.


Tuan Speaker,


2.  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high-growth high value, HGHV) yang meliputi lima bidang.


3.  Hari ini Puchong hanya akan fokus kepada salah satu bidang iaitu industri berasaskan peralihan tenaga yang berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

 

4.   Puchong telah bertahun-tahun menegaskan di dewan yang mulia ini industri hijau bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi dengan ada strategi yang betul, ia berpotensi besar dalam merancak pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

5.     Puchong ada beberapa pertanyaan dan cadangan kepada kerajaan. 


6.     Pertama, Puchong ingin menyentuh berkenaan dengan sasaran net zero.

 

7.     Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, sasaran net zero adalah satu ukuran

komitmen negara dalam pengurangan karbon.

 

8.  Sebuah negara mencapai net zero apabila pelepasan karbonnya diimbangi ataupun di-offset sepenuhnya melalui sinki karbon semula jadi seperti hutan dan bakau, carbon storage atau pasaran kredit karbon.

 

9.    Sasaran net zero Malaysia yang diumumkan oleh YB Bera pada tahun 2021 apabila RMK12 dibentang ialah Malaysia menyasar untuk mencapai net zero “seawal-awalnya” 2050.


10.  Ini adalah soft target, kerana komitmen adalah “seawal-awalnya” 2050, maksudnya selepas 2050 pun tidak apa.


11.   Rancangan yang sistematik tidak boleh dibuat jika kita hanya ada soft target.


12.  Sejujurnya, net zero menjelang 2050 jika adalah firm target bukan sasaran yang mudah dicapai.


13.  Kebanyakan negara yang menetapkan sasaran ini adalah negara maju seperti AS, UK, EU, New Zealand, Australia, Korea, Jepun dan Kanada.


14.  Bagi negara membangun pula, China menetapkan net zero menjelang 2060 dan India pada 2070, jiran ASEAN kami, Vietnam (2050), Indonesia (2060), Thailand (2065).


15. Pada pendirian Puchong, berbanding dengan menggunakan soft target 2050, saya harap kerajaan boleh meletakkan satu firm target yang mungkin lebih lewat daripada 2050 (mungkin tidak) supaya satu pathway to net zero boleh dilakar dengan lebih teknikal dan terperinci.


16.  Dalam isu yang sama, Puchong ingin tahu apakah perkembangan terkini voluntary carbon market (VCM)?


17.  Saya juga ingin tahu apakah perkembangan terkini berkenaan dengan Nature Conservation Agreement (NCA) yang telah ditandatangani antara kerajaan negeri Sabah dengan syarikat Hoch Standard.


18.   Ini adalah kerana Sabah memiliki hutan yang merupakan sinki karbon yang signifikan, apa-apa perjanjian yang melibatkan perdagangan kredit karbon antarabangsa akan memberi kesan kepada national determined comitment (NDC) Malaysia dalam Paris Agreement dan juga sasaran net zero.


19. Isu seterusnya yang Puchong ingin bangkitkan adalah berkenaan dengan 10 (flagship project) NETR.


20. Menteri baru-baru ini mengumumkan antara flagship project NETR fasa pertama ialah floating solar berkapasiti 2.5 GW di dam hidro TNB.


21.  Floating solar on hydro dam adalah konsep yang inovatif di mana penjanaan tenaga melalui solar panel dan penstoran tenaga melalui dam boleh dibuat dan dengan ini tenaga solar boleh dibekalkan secara berterusan dan bukan intermittent.


22. Puchong ingin tahu adakah kerajaan telah buat feasibility study berkenaan dengan cadangan ini.


23. Apakah perbezaan levelized cost of electricity (LCOE) antara sistem solar dan dam berbanding dengan sistem solar dan battery?

 

24.   Soalan kedua ialah sama ada TNB akan mendapat projek 2.5 GW floating solar ini secara rundingan terus memandangkan dam hidro ini adalah milik TNB ataupun tender terbuka akan dilakukan untuk pemain solar bukan TNB.


Tuan Speaker,


25.  Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk mencapai 70% tenaga boleh bahru (TBB) dalam sistem bekalan elektrik.

 

26. Puchong berpendapat bahawa kerangka third-party-access (TPA) adalah pemangkin penting dalam merancakkan inovasi pihak swasta untuk mencapai sasaran ini.


27.  TPA membenarkan penjualan B2B, iaitu pemain TBB boleh menjual TBB secara terus kepada syarikat swasta lain melalui grid nasional dengan membayar wheeling charges


28.   Dengan ini, kita membuka ruang yang lebih besar untuk solusi-solusi yang inovatif.


29.  Puchong ingin tahu bilakah kerajaan akan membentangkan kerangka undang-undang TPA bekalan elektrik di Parlimen?


30. Sementara menunggu TPA untuk diluluskan di Parlimen, Puchong ingin cadangkan kerajaan untuk memberi kuota tripartite-contract (TPC) setiap tahun, di mana perjanjian ditandatangani antara 3 pihak - pemain TBB, pembeli TBB dan TNB mengikut kuota dan wheeling charges yang dipersetujui.


31.   Kerajaan perlu menjadi fasilator untuk TPC kerana TNB tiada insentif untuk membenarkan akses kepada grid mereka bagi tujuan B2B yang tidak menguntungkan mereka.

 

Tuan Speaker,

 

32.  TPA dan TPC adalah penting kerana ia bukan sahaja boleh meningkatkan TBB tetapi juga boleh menjadi satu faktor penarikan pelaburan syarikat gergasi antarabangsa yang kebanyakan mereka adalah RE100.

 

33.  Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, kelab RE100 adalah syarikat yang komited untuk mendapatkan 100% tenaga elektrik mereka daripada TBB.


34.  Dengan adanya TPA atau TPC, mereka boleh mendapat 100% tenaga mereka daripada TBB.

 

Tuan Speaker,


35.  Seterusnya, saya ingin mengalih ke satu lagi flagship project NETR iaitu dalam kecekapan tenaga.


36.  Puchong mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk membentangkan akta konservasi dan kecekapan tenaga.

 

37.  Saya ingin menarik perhatian kerajaan bahawa bukan sahaja dari segi kerangka undang-undang, kerajaan boleh menjadi pemangkin industri kecekapan tenaga melalui mekanisme energy performance contract (EPC) di bangunan-bangunan kerajaan.


38. Mekanisme EPC adalah seperti berikut - syarikat perkhidmatan tenaga (energy service company, ESCO) mengeluarkan dana CAPEX untuk projek retrofit seperti kerja menukar chiller, lampu LED dll di bangunan-bangunan kerajaan dan berkongsi penjimatan bil bersama dengan kerajaan.


39. Sebagai contoh, jika selepas retrofit bangunan kerajaan tersebut, penjimatan ialah 20%, penjimatan ini boleh dibahagi 5% kerajaan dan 15% untuk ESCO dalam tempoh kontrak tersebut.


40. Dengan ini kerajaan secara efektifnya boleh menjimat 5% bil elektrik manakala pihak ESCO boleh mendapat pendapatan yang tetap (constant revenue stream).


41.  Ini akan meningkatkan bankability projek retrofit supaya pihak ESCO boleh mendapatkan project financing daripada bank.

 

42.  Konsep EPC di bangunan kerajaan bukan sahaja boleh menjadi pemangkin untuk industri kecekapan tenaga tetapi juga dapat menjimatkan bil elektrik yang perlu ditanggung oleh kerajaan.

 

43. Semua ini boleh dibuat tanpa melibatkan peruntukkan kerajaan yang besar. It’s a low hanging fruit.


Tuan Speaker,

 

44.   Terdapat kira-kira 10,500 bangunan awam di Malaysia.

 

45. Jika kita boleh merancang dengan strategik, terdapat potensi besar untuk kerajaan mencapai tiga kemenangan (triple win), iaitu mengurangkan karbon pelepasan, menjimat bil elektrik, dan menjana aktiviti ekonomi; semua ini boleh dicapai tanpa peruntukkan kerajaan besar diperlukan.


46.  Oleh itu, adalah harapan besar Puchong kerajaan boleh menimbang cadangan ini.

 

Itu sahaja yang saya nak cadangkan. Terima kasih.