Selasa, 14 November 2023

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2023 kepada Menteri Kesihatan

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2023

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengatasi masalah kekurangan tempat parkir di Hospital Serdang.

JAWAPAN 

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia maklum tentang isu kesesakan dan kekurangan tempat letak kereta (TLK) di hospital-hospital KKM. Sehubungan itu, KKM telah merancang beberapa inisiatif bagi menambah baik sistem dan pengurusan TLK di hospital seperti berikut : 

a. outsourcing tempat letak kereta secara premis demis dengan ditawarkan kepada syarikat swasta untuk menguruskan tempat letak kereta hospital; 

b. kolaborasi/kerjasama untuk menggunakan tempat letak kereta pihak PBT/syarikat swasta;

c. memperkenalkan valet parking di hospital;

d. menggalakkan penggunaan pengangkutan awam; dan

e. mempertimbangkan penyediaan tempat letak kereta bertingkat struktur tidak kekal secara usaha sama dgn pihak swasta.


2. Di Hospital Serdang, sebanyak 550 lot TLK telah disediakan untuk kegunaan kakitangan hospital dan orang awam. Di samping itu, dengan beroperasinya bangunan TLK bertingkat Pusat Jantung, sebanyak 465 lagi lot TLK dapat disediakan kepada orang awam.


3. Selain itu, sebanyak 300 lot TLK tambahan baharu telah disediakan oleh pihak Universiti Putra Malaysia (UPM) di kawasan berhadapan dengan Hospital Serdang yang turut dibuka untuk kegunaan kakitangan dan orang awam yang datang berurusan di hospital.

Sekian, terima kasih.