7 November 2023, Selasa
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan sama ada Kementerian akan membawa pindaan kepada Akta
Pendidikan untuk menjadi persekolahan mandatori dari tahun 6 ke tahun yang
lebih tinggi umpamanya tahun 9 ataupun sehingga SPM.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan draf
Rang Undang-undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) bagi cadangan
pelanjutan pendidikan wajib daripada enam tahun kepada 11 tahun
persekolahan. Cadangan pelanjutan dasar ini antara lain bertujuan untuk
memastikan setiap kanak-kanak warganegara Malaysia mendapat
kesamarataan peluang pendidikan bagi mengembangkan potensi masing
masing sehingga ke peringkat menengah. Bagi memperkemaskan draf rang
undang-undang yang sedang digubal, KPM mengambil pelbagai inisiatif
termasuk mengadakan sesi libat urus bersama-sama pelbagai pihak
berkepentingan seperti kementerian dan agensi kerajaan berkaitan. Draf
RUU berkenaan akan dibentangkan di Parlimen setelah diluluskan pada
semua peringkat pembuat keputusan, termasuk dalam Mesyuarat Jemaah
Menteri.
Sekian, terima kasih.