1. Seterusnya Puchong ingin mengalih ke dasar corporate
renewable energy supply scheme (CRESS), sebuah program yang membolehkan pemaju
menjual tenaga boleh baharu secara terus kepada pelanggan industri.
2. Pada 18 September 2026, PETRA telah mengeluarkan kenyataan media rasmi bahawa di bawah Pakej Pecutan CRESS, kadar System Access Cost (SAC) sebanyak 14 sen setiap kWj bagi firm supply akan diperkenalkan dengan tempoh kontrak 10 tahun.
3. Pasaran modal dan pemain industri menyambut baik pengumuman ini.
4. Namun mengikut The Edge dan sumber saya, dalam sesi taklimat industri oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) semalam, pihak ST telah backtrack daripada dasar kementerian.
5. Semalam, pihak ST mengumumkan caj tambahan baharu iaitu Green Consumer SAC (GC SAC) sebanyak 4 sen setiap kWj.
6. Ini bermakna kadar efektif SAC bagi Pakej Pecutan melonjak semula daripada 14 sen kepada 18 sen setiap kWj.
7. Kadar asalnya 20 sen. Kerajaan umum melalui kenyataan rasmi 14 sen bulan lepas. Semalam ST ubah menjadi 18 sen.\
8. Justeru, Puchong di sini ingin mendapat pengesahan parlimen: adakah kadar muktamad kerajaan untuk Pakej Pecutan CRESS kekal 14 sen seperti yang dalam kenyataan media rasmi PETRA atau 18 sen seperti yang diumum oleh ST?
9. U-turn seperti ini jika benar adalah big blunder dalam usaha kerajaan menarik pelaburan, sama ada domestik dan asing.
10.This will send a very wrong signal bahawa dasar kerajaan boleh berubah-ubah dan seterusnya
mengurangkan keyakinan pelabur bukan sahaja di sektor TBB dan data center
tetapi secara keseluruhannya.