19 Okt 2023
Terima kasih Tan Sri Spaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2024.
1. Pertama sekali Puchong ingin memberi maklum balas kepada dewan yang mulia ini tentang salah satu inisiatif kerajaan di peringkat akar-umbi.
Tan Sri Speaker,
2. Dalam beberapa bulan ini, setiap kali saya melawat sekolah di Parlimen Puchong, satu topik yang sudah tentu pihak sekolah akan bangkitkan ialah tentang peruntukkan kerajaan sebanyak RM70,000 untuk setiap sekolah bagi membaikpulih tandas.
3. Semua respon adalah positif.






