Blog

Rabu, 13 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (7)

13 OGOS 2025 (RABU)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :

a. Berapakah pengguna aktif portal sistem warga emas (eWarga Emas). Bagaimanakah portal ini dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan apakah rancangan dan sasaran Kementerian untuk memperluaskan penggunaan portal ini.

b. Adakah Kementerian berancang untuk membentang Rang Undang-Undang Warga Emas.

Khamis, 7 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (6)

 7 OGOS 2025 (KHAMIS)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan status Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang dan Sungai Rasau. Adakah status ini mengikut rancangan dan bilakah ia akan siap serta apakah langkah yang diambil Kementerian untuk memastikan projek siap mengikut garis masa.

Isnin, 4 Ogos 2025

Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (5)

 4 OGOS 2025 (ISNIN)

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan syarat bagi syarikat untuk mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah had jumlah IP yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. Apakah sasaran Kementerian bagi jumlah penggunaan IP setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini dan sila huraikan lebih butiran berkenaan dengan ARM.

Khamis, 31 Julai 2025

Perbahasan RMK13 - Krisis Malnutrisi & Prasekolah Kanak-kanak

Perbahasan RMK13 - Krisis Malnutrisi & Prasekolah Kanak-kanak  | 31 Julai 2025


Perbahasan RMK13 - Pelaburan ARM

Pelaburan ARM   |   31 Julai 2025

1.    Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).

2.   Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.

3.    Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.

Kamar Khas - PENGUBAHSUAIAN BAGI MENANGANI MASALAH KESESAKAN DI KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN

 31 Julai 2025

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah pengubahsuaian bagi menangani masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Puchong ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan.

Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Seri Kembangan merupakan fasiliti Jenis 3, tetapi perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah Jenis 1 iaitu kedatangan pelanggan sehari melebihi 800 orang. Tambahan lagi, beban kerja klinik ini semakin meningkat dari 188,522 pada tahun 2021 ke 195,361 pada tahun 2022 dan 209,279 pada tahun 2023.

Kamar Khas - Masalah Kesesakan Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan

 31 Julai 2025

Soalan

Puan Yeo Bee Yin [Puchong] : Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk membawa beberapa isu yang berkenaan dengan kawasan Parlimen Puchong.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan masalah kesesakan di Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan. Jalan ini adalah nadi utama yang menyokong pembangunan ekonomi dan sosioekonomi kawasan tersebut, menghubungkan kawasan perumahan seperti Kota Perdana, Taman Putra Permai, Taman Equine, Lestari Perdana dan Taman Prima Tropika serta menghubungkan Puchong, Seri Kembangan, Bandar Sierra dan Cyberjaya. Namun, pembangunan pesat di kawasan sekitar menyebabkan kesesakan trafik yang sangat serius, terutama ketika waktu puncak. Kesesakan ini turut spillover ke Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) dan Lebuhraya Putrajaya–Cyberjaya di Serdang Interchange menyebabkan gangguan yang meluas.