Isnin, 8 Januari 2024

Perbahasan Belanjawan 2024 - Kementerian Pengajian Tinggi


27 Nov 2023


1.    Terima kasih Tan Sri Pengerusi kerana memberi peluang kepada Puchong untuk turut sertai dalam perbahasan B dan P 64.


2.  Saya ingin merujuk ke 020000 Pendidikan Tinggi dengan anggaran perbelanjaan RM 7.695 billion ringgit untuk 20 universiti awam di Malaysia.


3. Hari ini, saya hanya ingin fokus kepada graduate employability, iaitu kadar kebolehpasaran graduan.

 

4.  Menurut jawapan parlimen Menteri pada Februari tahun ini, daripada jumlah sekitar 286ribu graduan yang menamatkan kursus mereka pada tahun 2021, 14 peratus, iaitu lebih daripada 40 ribu orang graduan, mengalami pengganguran.


5.    Sebenarnya, masalah pengangguran di kalangan graduan adalah isu yang telah berlarutan bertahun-tahun.

Perbahasan Belanjawan 2024 - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


23 Nov 2023


1.     Puchong ingin merujuk kepada butiran 020200 Pembangunan Wanita.

2.    Tuan Pengerusi, menurut Global Gender Gap Report 2023 yang baru diterbit pada Jun yang lalu, Malaysia sekali lagi berada di ranking 30% terendah, iaitu 102 daripada 146 negara yang dinilai.

3.  Global Gender Gap Index ini merangkumi 4 subsektor, iaitu pencapaian pendidikan, penyertaan dan peluang ekonomi, kesihatan dan kemandirian serta pemerkasaan politik.

4.   Untuk makluman dewan yang mulia ini, Malaysia telah mencapai ranking pertama bersama dengan 24 negara yang lain bagi subsektor pencapaian pendidikan, di mana Malaysia telah mencapai pariti atapun kesaksamaan dengan subindex 1 daripada 1. 

Perbahasan Belanjawan 2024: Peringkat Dasar


19 Okt 2023


Terima kasih Tan Sri Spaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Belanjawan 2024.

1.  Pertama sekali Puchong ingin memberi maklum balas kepada dewan yang mulia ini tentang salah satu inisiatif kerajaan di peringkat akar-umbi.

Tan Sri Speaker,

2.    Dalam beberapa bulan ini, setiap kali saya melawat sekolah di Parlimen Puchong, satu topik yang sudah tentu pihak sekolah akan bangkitkan ialah tentang peruntukkan kerajaan sebanyak RM70,000 untuk setiap sekolah bagi membaikpulih tandas.

3.    Semua respon adalah positif.

Pelancaran Kiddo Foodbank Parlimen Puchong


8 Okt 2023

Ucapan Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen Puchong pada 8 Oktober 2023 di Puchong Utama Court 2 semasa Pelancaran Kiddo Foodbank Puchong. 

Masalah kebantutan di Malaysia telah menunjukkan tren yang membimbangkan terutamanya di kawasan miskin bandar. 

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022, kebantutan di kalangan kanak-kanak di Malaysia telah mencatat peningkatan dari 17.1% pada 2015 kepada 21.2% pada 2022. Dengan kata lain, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mengalami tumbesaran terbantut. 

Perbahasan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023


11 Oktober 2023

1.  Puchong membaca RUU ini dengan teliti, peruntukan-peruntukan dalam RUU dan untuk Puchong RUU ini adalah seperti job description, tanggungjawab Menteri Kewangan. 

2.   Persoalannya, jika kita perlu ada akta untuk memastikan Menteri Kewangan buat kerja beliau dengan hemah dan bertanggungjawab, adakah kita juga perlu ada akta-akta untuk Menteri-menteri yang lain?

3.     Tambahan lagi, RUU senaraikan tanggungjawab Menteri kewanganan, Menteri hendaklah, buat ini, Menteri hendaklah buat itu, tetapi jika Menteri tidak patuh peruntukan-peruntukan ini, tiada apa-apa pun peruntukan hukuman.

4.  Ini adalah seperti Akta Orang Kurang Upaya 2008 dimana kerajaan sepatutnya menyediakan prasarana awam yang mesra-OKU tetapi kerana tiada apa-apa peruntukan tindakan yang boleh diambil kepada kerajaan jika tidak dibuat, oleh itu sampai hari ini, prasarana kita masih banyak lagi tidak mesra-OKU. Adakah perkara yang sama akan berlaku?

Perbahasan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023




10 Oktober 2023

Terima kasih Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam Perbahasan RUU Kecekapan dan Konservasi Tenaga 2023.

1.   Pertama sekali, Puchong ingin mengalu-alukan pembentangan RUU ini kerana ini adalah salah satu “unfinished business” saya apabila saya menjadi Menteri tenaga.

2.  Sebenarnya, RUU ini disasarkan untuk dibentangkan pada hujung 2020 tetapi Langkah Sheraton dan Covid berlaku dan ia telah tergendala. 

3.     Oleh itu, saya rasa lega bahawa akhirnya, RUU ini “sees the light of day” dengan izin.

 

Perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK12




14 September 2023

1.   Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan Kajian Separuh Penggal RMK 12.


Tuan Speaker,


2.  Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa kerajaan akan memantapkan sektor dan industri dengan pertumbuhan dan nilai tinggi (high-growth high value, HGHV) yang meliputi lima bidang.


3.  Hari ini Puchong hanya akan fokus kepada salah satu bidang iaitu industri berasaskan peralihan tenaga yang berdasarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga (NETR).

 

4.   Puchong telah bertahun-tahun menegaskan di dewan yang mulia ini industri hijau bukan sahaja baik untuk alam sekitar tetapi dengan ada strategi yang betul, ia berpotensi besar dalam merancak pertumbuhan ekonomi, menarik pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Perbahasan Kertas Putih Perolehan Vaksin Covid-19


 8 Jun 2023

1.     Terima kasih Puan Speaker memberi ruang kepada Puchong untuk turut serta dalam perbahasan kertas putih pengurusan perolehan vaksin Covid-19.

2.     Pada pendirian Puchong, salah satu kelemahan utama Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) ialah kewatan perolehan bekalan vaksin.

3.    Jika YB-YB masih ingat lagi, walaupun Program Immunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa Kedua untuk golongan berisiko tinggi - warga emas, oku dan komorbidities telah bermula pada 19 April 2021, tetapi dari April sehingga pertengahan Jun 2021, kadar vaksinasi adalah sangat lembap kerana kekuranga bekalan vaksin.

4.     Kalau kita tengok, kadar kematian sehari pada Mac 2021 ialah single digit, ia menjadi double digit menjelang Mei dan meningkat dengan signifikan pada Jun dan Julai 2021. 

Perbahasan Usul Berkenaan dengan Fenomena Cuaca Panas Luar Biasa Melanda Negara


7 Jun 2023

1.   Terima kasih Tan Sri Speaker memberi ruang untuk Puchong membahaskan usul berkenaan dengan fenomena cuaca panas luar biasa yang melanda negara.

2.   Hari ini Puchong ingin membahas topik ini dari perspektif jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

3.   Untuk jangka masa pendek, saya hanya ingin fokus kepada salah satu kesan cuaca panas, iaitu pembakaran terbuka, sama ada tempatan ataupun luar negara yang akan mengakibatkan jerebu yang bukan sahaja akan membawa kesan negatif kesihatan kepada rakyat tetapi juga mengakibatkan kerugian ekonomi.