Blog

Isnin, 15 Julai 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | 15 Julai 2024

15 Julai 2024, Isnin


SOALAN

Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan langkah-langkah penambaikan polisi tenaga boleh baharu (TBB) :

(a) apakah status penyediaan draf rang undang-undang third party access (TPA) bekalan elektrik; dan

(b) adakah Kementerian ada rancangan untuk menambah baik polisi untuk sell-consumption (SELCO) dan solar-atas-bumbung (kelulusan secara berpukal) untuk projek perumahan baru.

Selasa, 9 Julai 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam | 9 Julai 2024

9 Julai 2024, Selasa

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan berapa panjang tempoh perbicaraan sehingga keputusan mahkamah dibuat bagi kesalahan-kesalahan yang melibatkan Akta Kualiti Alam Sekeliling. Apakah langkah-langkah Kementerian untuk menyingkatkan tempoh perbicaraan. Apakah pendirian Kementerian terhadap kewujudan environmental court.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air | 9 Julai 2024

9 Julai 2024, Selasa

SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan apakah perkembangan pengeksportan tenaga boleh baharu (TBB) :

(a) adakah Kementerian akan mengkaji mekanisme lain seperti third-party- access (TPA) atau tripartite contract (TPC) selain daripada Enegem untuk memudahkan eksport TBB; dan 

(b) adakah Kementerian terbuka dengan cadangan pembinaan undersea cable oleh pihak swasta selain TNB.

Selasa, 2 Julai 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pendidikan | 2 Julai 2024

2 Julai 2024, Selasa


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan trend sekolah swasta di Malaysia :

(a) berapa sekolah rendah dan sekolah menengah swasta (termasuk homeschool) dari 2000 hingga 2024; dan 

(b) berapa jumlah pelajar sekolah rendah dan menengah swasta dari 2000 hingga 2024.

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pendidikan | 2 Julai 2024

2 Julai 2024, Selasa


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah kelayakan minimum dari segi keputusan SPM/matrikulasi/CGPA (dalam pendidikan tinggi) dan lain-lain kriteria dalam pengambilan guru ke maktab guru. Dalam pengambilan guru terkini, berapa peratus yang mencapai 7A ke atas di SPM dan CGPA 3.0 dan ke atas.

Khamis, 27 Jun 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Perdana Menteri | 27 Jun 2024

27 Jun 2024, Khamis


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapa penerima biasiswa JPA bagi kategori-kategori seperti sarjana muda (tempatan), sarjana muda (luar negara), lepasan ijazah (tempatan) dan lepasan ijazah (luar negara). Berapa peruntukan yang dibelanja bagi kohort setiap kategori pada tahun 2023.  

Isnin, 24 Jun 2024

Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya | 24 Jun 2024

24 Jun 2024, Isnin


SOALAN

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan :

(a) jumlah pelancong asing yang melawat Malaysia dan jumlah pendapatan yang dijana (international tourism receipts) pada tahun 2022, 2023 dan 2024 (setakat sekarang) dan perbandingan dengan negara negara ASEAN yang lain; dan

(b) apakah langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan jumlah pelancong dan perbelanjaan setiap orang?