Sabtu, 24 Mac 2018

Bayangan Malaysia Baru Bab 7: Membina Institusi Masa Depan


BAB 7

MEMBINA INSTITUSI MASA DEPAN

Sekiranya hanya ada satu perkara yang boleh anda ubah untuk negara ini, apakah yang akan anda lakukan? Oleh sebab asuhan saya sejak kecil, jawapan saya dahulunya adalah pendidikan.

Lima tahun dalam politik membuat saya sedar bahawa aspek yang paling penting dalam kerajaan adalah tadbir urus. Tadbir urus yang baik adalah prasyarat untuk ekonomi, pendidikan, kebajikan sosial yang baik. Apabila kerajaan bersih, wang pembayar cukai akan digunakan dengan baik; apabila kerajaan bertanggungjawab, prestasi dapat dipantau dan diperbaiki, membawa kepada kerajaan yang lebih kompeten di setiap bidang pentadbiran.

Memimpin negara seperti Malaysia, yang kaya dengan sumber asli, strategik dalam geografi dan bebas daripada bencana alam, sebenarnya tidaklah begitu sukar; bahkan cuma memerlukan iltizam untuk melakukan perkara yang betul. Saya selalu menyebut hal ini; negara kita tidak ketandusan pemimpin dengan kecerdasan tetapi kita kurang pemimpin dengan integriti.

Jangan percayakan ahli politik, percayakan institusi

Semua orang suka ‘super hero’. Kisah-kisah mengenai sebuah bandar raya yang akan hancur atau masyarakat di ambang kehancuran diselamatkan oleh orang yang berani dan perkasa, selalunya dengan kuasa luar biasa, sentiasa memenuhi pawagam.

Dalam politik, ramai yang percaya bahawa selagi kita meletakkan orang yang tepat di tugasan paling utama, semuanya akan menjadi baik. Kemudian apabila kita menukar pemimpin, barulah kita menyedari bahawa masalah kita berlarutan atau muncul kembali setelah pemimpin itu hilang.

Bayangan Malaysia Baru Bab 6: Golongan Masyarakat Paling Rentan


BAB 6

GOLONGAN MASYARAKAT PALING RENTAN

“The greatness of a nation is measured by how it treats its weakest members.”

 –Mahatma Gandhi-

Dunia biasanya mengukur "kehebatan" sesebuah negara melalui KDNK per kapita, infrastruktur mega, kekuatan ketenteraan dan pengaruh, tetapi menariknya, Gandhi menggunakan "bagaimana anggota-anggotanya yang paling lemah diperlakukan" sebagai kayu ukur kehebatan.

Sama ada anda bersetuju dengan kayu ukur semacam itu, tidak dapat dinafikan bahawa kita harus terus menjaga anggota masyarakat yang lemah. Siapakah yang paling lemah di Malaysia? Kepada saya, anggota masyarakat yang paling lemah adalah orang yang tidak boleh atau tidak tahu bagaimana untuk bercakap bagi diri sendiri atau tidak berkuasa untuk memutuskan apa yang boleh dilakukan oleh sistem kepada mereka.

Terdapat banyak kumpulan sedemikian di Malaysia, bahagian buku ini akan menyentuh dua kategori iaitu orang asal / asli dan orang kurang upaya.


Orang Asal / Orang Asli

Masyarakat pribumi dikenali sebagai Orang Asal di Sabah dan Sarawak dan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Saya ingin berkongsi dengan anda pengalaman saya di tiga tempat untuk menggambarkan keadaan biasa yang dihadapi oleh penduduk asli di kawasan luar bandar.

Bayangan Malaysia Baru Bab 5: Pendidikan ke Arah Masa Depan yang Lebih Baik


BAB 5

PENDIDIKAN KE ARAH MASA DEPAN YANG LEBIH BAIK

“Education is the most powerful weapon you can use to change the world.” 

                                                                                                                       – Nelson Mandela 

Semasa saya masih remaja, saya sering bertanya kepada bapa saya mengapa kita tidak boleh menikmati kehidupan baik yang sama dengan sepupu saya (orang tuanya jauh lebih kaya berbanding keluarga kita), bapa saya selalunya akan membalas dengan, “Belajar bersungguh-sungguh Bee Yin, pendidikan akan mengubah nasib perjalanan hidup kamu”. 

Memang benar, pendidikan telah mengubah nasib hidup saya serta adik beradik dan rakan sepermainan saya yang membesar bersama di Batu Anam, satu desa kecil di Segamat, Johor. Pendidikan telah membuka banyak ruang dan kemungkinan yang sukar dibayangkan oleh kami sebagai anak-anak dari sebuah desa yang kecil. 

Seperti ramai yang selatarbelakang dengan saya, sukar bagi saya untuk berbahasa Inggeris sebelum zaman universiti. Semasa cuti sekolah, apabila bapa saya ingin membawa kami ke KL untuk melawat adik-beradiknya, saya selalu teruja dengan lawatan itu. Namun pada masa yang sama, saya berasa takut kerana penduduk di KL selalunya berbahasa Inggeris. Setiap kali mereka berbahasa Inggeris dengan saya, saya akan berasa malu apabila saya tidak mampu membalas perbualan tersebut. Saya tidak pernah bayangkan dua puluh tahun kemudian, saya akhirnya menjadi seorang penggubal undang-undang, dimana konsitituensi saya adalah salah satu konstituensi bilangan jumlah kecil di Malaysia yang mempunyai komuniti berbahasa Inggeris yang agak luas.

Bayangan Malaysia Baru Bab 4: Separuh dari Populasi Dunia Wanita


BAB 4

SEPARUH DARI POPULASI DUNIA – WANITA

 “Dunia ini tidak mungkin mencapai 100% daripada sasarannya, jika 50% daripada populasinya tidak dapat merealisasikan potensi mereka sepenuhnya.”                                                
- Ban Ki Moon, Bekas Setiausaha Agung UN -

Apabila kita berbicara tentang kesaksamaan gender, hak wanita, dan pemerkasaan wanita, pelbagai orang termasuk lelaki dan wanita selalu mempersoalkan, “Bukankah kita sudah saksama?” Lagipun di Malaysia, kedua-dua gender dapat belajar di sekolah awam serta bertanding ataupun mengundi selepas dewasa.

Disebabkan oleh cara saya dibesarkan, saya tidak menyangka satu hari nanti saya akan menjadi salah seorang yang memperjuangkan masalah kesaksamaan gender. Sehinggalah satu hari apabila saya terbaca beberapa carta dalam Laporan Jurang Gender Global yang diterbitkan oleh Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2012. Mungkin sifat semula jadi seorang latihan jurutera, seringkali, hanya nombor dan carta boleh lebih meyakinkan saya. Dan carta itu telah menunjukkan korelasi positif yang jelas di antara kesaksamaan gender berbanding dengan KDNK per kapita, Indeks Daya Saing Global dan Indeks Pembangunan Manusia. Dalam erti kata lain, negara yang mempunyai kesaksamaan gender yang lebih baik biasanya lebih kaya, lebih kompetitif dan mempunyai taraf hidup yang lebih baik.

Walaupun korelasi bukannya sebab dan akibat, trend ini selaras dengan peningkatan bukti-bukti yang menunjukkan pemerkasaan wanita mampu mendorong ke arah penggunaan modal insan negara yang lebih cekap dan dengan pengurangan jurang gender, boleh meningkatkan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. 

Apabila kita memperkasakan wanita, maka negara kita akan lebih maju. Pandangan ini bukanlah hanya berdasarkan moral, falsafah ataupun ideologi, tetapi berdasarkan bukti empirikal dan kisah-kisah kejayaan di seluruh dunia. Berdasarkan petikan PBB pada sasaran yang ke-5 daripada 17 Sasaran Pembangunan Mampan – Mencapai kesaksamaan gender dan memperkasakan semua wanita dan perempuan,

“Kesaksamaan gender bukan sahaja perkara asas kepada hak asasi manusia, tetapi keperluan asas pada sebuah dunia yang damai, makmur dan mampan. Dengan adanya penyediaan akses yang setara kepada kaum wanita dan perempuan dalam pendidikan, penjagaan kesihatan, pekerjaan yang bagus dan perwakilan dalam politik serta proses membuat keputusan ekonomi, akan menghasilkan ekonomi mampan dan membawa manfaat yang besar terhadap manusia dan masyarakat.”

Bagaimanakah situasi Malaysia dari segi kesaksamaan gender? Menurut Laporan Jurang Gender Global 2016 oleh WEF, Malaysia menduduki tempat 106 daripada 144 negara dalam kesaksamaan gender, dan ini meletakkan kita di kedudukan suku bawah dalam negara-negara yang telah dinilai.

Bayangan Malaysia Baru Bab 3: Pemberdayaan Anak Muda


BAB 3

PEMBERDAYAAN ANAK MUDA

Apakah perkara pertama yang terlintas dalam fikiran anda apabila kita berbicara tentang anak muda Malaysia pada hari ini? Mereka yang beratur berjam-jam, hanya untuk membeli sebuah iPhone terbaru di pasaran ataupun tiket konsert K-pop? Anak muda yang sentiasa mencari peluang untuk membeli tiket Air Asia yang murah untuk percutian yang seterusnya? Anak muda yang boleh mengambil gambar dengan pantas dan sempurna dari setiap sudut? Anak muda yang tidak tahan dengan tekanan? Ada juga di antara kita yang melihat golongan anak muda Malaysia dengan sangat berbeza, dimana mereka dilihat kreatif, berani dan ageresif dengan idea permulaan yang begitu kreatif sehingga tidak dapat ditandingi oleh generasi sebelumnya.

Tidak kira apa pandangan anda terhadap golongan anak muda Malaysia, satu fakta penting iaitu, pemberdayaan anak muda (youth empowerment) merupakan satu agenda perdana dalam pembinaan negara untuk Malaysia. Bagaimana pembangunan anak muda dari segi ekonomi dan prefesional bagi generasi ini, akan membawa impak yang signifikan untuk pembangunan secara seluruh di dalam negara ini.

Ini sebabnya.

Bayangan Malaysia Baru Bab 2: Contoh Tauladan


BAB 2

CONTOH TAULADAN

Saya melihat kepada ramai orang dalam adegan politik semasa di Malaysia dari bos saya Tony Pua sehinggalah Speaker Selangor Hannah Yeoh dan kemudian ahli politik paling baik hati dalam politik Malaysia Teresa Kok diikuti pakar strategi politik Liew Ching Tong serta orang yang pantas bertindak, Anthony Loke. Kesemuanya memberi saya gambaran bagaimana untuk  menjadi seorang ahli politik yang baik. Tetapi tiada seorang pun daripada mereka yang menghampiri kekaguman saya terhadap Lim Kit Siang dan Saari Sungib. Pada mereka, saya melihat contoh tentang apa sebenarnya politik itu - tidak henti mengejar cita-cita untuk negara tanpa pedulikan diri sendiri. Inilah pengajaran yang saya pelajari sebagai seorang ahli politik muda yang memerhatikan kedua-dua lelaki hebat ini dalam politik.

Lim Kit Siang

* Artikel ini digubah semula dari satu artikel yang saya sumbangkan sebagai sebahagian daripada koleksi dalam Buku Ulang Tahun ke-75 Lim Kit Siang pada tahun 2016.

Lim Kit Siang si ‘orang jahat’

Saya dibesarkan di sebuah pekan kecil bernama Batu Anam dan belajar di sekolah Cina, di mana nilai-nilai teras yang diajar ialah supaya mematuhi arahan dan rajin bekerja. Sepanjang sekolah rendah dan menengah, saya selalu berfikir bahawa apa yang diberitahu guru, buku teks, berita dan akhbar RTM adalah sentiasa betul. Saya menghafal seluruh buku teks sejarah (ya, itulah yang seorang nerd lakukan!) dan mempercayai bahawa apa yang saya baca adalah sejarah sebenar. Saya jarang membaca akhbar, tetapi apabila saya melakukannya, saya hanya akan membaca tajuk utama. Saya juga tidak menonton berita TV, tetapi apabila saya melakukannya, hanya sebahagian sahaja kerana berita itu tersiar sebelum atau selepas rancangan TVB petang (saya suka menonton drama TVB semasa zaman kanak-kanak).

Bayangan Malaysia Baru Bab 1: Perjalanan Peribadi


BAB 1

PERJALANAN PERIBADI

Di bahagian pertama buku ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi dengan anda perjalanan peribadi saya dan bagaimana saya menyertai politik. Saya mula-mula berkongsi kisah tentang bagaimana saya menyertai politik di blog saya dalam sebuah artikel berjudul “Entering into Politics – The Story Behind” pada tahun 2012. Lima tahun kemudian, saya menceritakan kisah ini dengan lebih banyak butiran dan refleksi yang lebih mendalam. Saya berharap kisah saya ini akan mendorong anda untuk meneruskan impian masing-masing dan yang paling penting, impian dan harapan untuk negara ini.


Benih-benih cinta

Semuanya bermula pada tahun 2001 dengan sebuah program doa - Puasa dan Doa 40-hari untuk Malaysia, yang dianjurkan oleh National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Saya seorang pelajar tahun pertama di Universiti Teknologi Petronas (UTP) ketika saya menemukan pergerakan ini. Tidak tahu kenapa, saya merasakan amat penting untuk berdoa demi Malaysia.

Supaya tidak bersendirian, saya memujuk rakan baik saya di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Lo Thin Thin, untuk berpuasa dan berdoa untuk Malaysia bersama saya. Sepanjang tempoh lima tahun akan datang di UTP, setiap tahun di sekitar musim Merdeka ketika NECF mengedarkan risalah Puasa dan Doa 40-hari untuk Malaysia, kami akan mengambil satu salinan dan melakukan 40 hari berpuasa bersama.

Kami biasanya berdoa untuk Malaysia bersama-sama di bilik Thin Thin sebelum berbuka puasa (untuk makan malam). Kadang-kadang beberapa orang teman akan menyertai kami. Makanan kegemaran kami adalah nasi ayam goreng kunyit, yang dijual pada harga RM 2.50 di kantin berdekatan asrama kami di kampus UTP. Seingat saya, rasanya begitu sedap sekali, terutama dengan sedikit cili padi dan kicap manis.

Ketika zaman mahasiswa, saya mula melihat Malaysia secara berbeza. Saya mula menyemai benih kasih sayang dan semangat untuk negara ini melalui puasa dan berdoa untuk Malaysia.

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat membayangkan diri saya terlibat dalam politik kemudian. Walaupun saya tahu bahawa politik adalah penting untuk membuat perubahan di negara kita melalui perubahan sistemik dan dasar, imaginasi yang paling dekat dengan politik saya adalah "biarlah saya berkahwin dengan seorang ahli politik", jadi saya dapat membantu suami saya untuk membuat perubahan.

Pemikiran sedemikian mungkin kedengaran lucu sekarang tetapi ia semulajadi bagi saya yang ketika membesar lebih banyak melihat wanita di latar belakang daripada berada di baris depan. Tidak terbayang waktu itu, seorang gadis dari sebuah bandar kecil, boleh menjadi agen perubahan demi diri saya sendiri, pendirian saya, dan apa yang saya lakukan, bukan sebagai isteri atau anak perempuan orang lain.

Melihat kembali, saya tahu bahawa sesiapa sahaja, tidak kira betapa kecilnya kita, boleh memainkan peranan dalam pembinaan negara.


Tahun-tahun di perantauan

Tidak, saya bukan seorang yang patriotik sehinggakan tiada yang lebih penting kepada saya selain Malaysia. Sejak muda saya bermimpi pergi ke luar negara - belajar, bekerja dan melihat dunia.

Bayangan Malaysia Baru: Pengenalan


PENGENALAN

Sakti sebuah mimpi

Ketika buku ini ditulis, Malaysia sedang berhadapan skandal rasuah terbesar dalam sejarah negara, di 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang bukan sahaja menjadi tajuk berita tempatan malahan antarabangsa. Kos sara hidup semakin meningkat untuk rakyat biasa. Kualiti sistem pendidikan kian merosot. Ramai anak muda tidak mendapat gaji yang mencukupi untuk menikmati kehidupan yang baik.

Dengan latar ini, tiada perbincangan mengenai cara memperbaiki institusi, sistem dan ekonomi bersama, bahkan perpecahan dan sikap tidak toleran dalam kalangan masyarakat di Malaysia semakin bertambah, dengan segala sesuatu yang nampaknya menjadi semakin sensitif. Politik identiti kaum, agama dan wilayah telah digunakan secara tidak bertanggungjawab demi kemudahan dan kelebihan politik.

Jujurnya, sebagai orang muda yang menyertai politik dengan keinginan melihat perubahan di negara tercinta, saya bergelut dengan kekecewaan melihat perkembangan politik di Malaysia. Tetapi saya sedar bahawa kita tidak boleh berputus asa hanya kerana harapan seakan-akan tiada. Kita perlu terus melakukan sesuatu sebaik mungkin, dengan keupayaan dan pengetahuan yang kita ada.

Generasi rakyat Malaysia hari ini perlu terus membina impian baru untuk negara kita. Kita perlu mengimaginasi semula agar negara dapat menentang kekecewaan yang timbul hasil keadaan semasa. Kita perlu mentakrifkan dan mengetahui masa depan seperti apa yang kita mahu lihat dan kemudian menetapkan matlamat kita, mengatasi cabaran sepanjang perjalanan.
               
Mudahnya, kita perlu imaginasi-semula untuk membina semula negara yang kita cintai. Buku ini membincangkan pelbagai aspek pembangunan negara (atau membina semula negara) berdasarkan falsafah “hendak seribu daya."

Honda mempunyai suatu slogan yang kuat, “The Power of Dreams”. Ada sakti dalam impian. Sejarah telah menunjukkan berapa banyak sekumpulan kecil yang mempunyai keyakinan yang kuat terhadap impian merka telah berjaya mengubah komuniti, masyarakat, negara dan seluruh generasi, bahkan membentuk sejarah dunia.

Ahli politik kegemaran saya ialah Nelson Mandela. Beliau adalah lambang bagaimana sikap tidak putus asa mengejar sebuah ideal mampu mengubah begitu banyak generasi masyarakat. Perjuangannya melawan Apartheid di Afrika Selatan dan hukuman penjara yang begitu lama sebagai tahanan 46664 di sel kecil Pulau Robben demi kesetaraan terus menjadi sumber inspirasi untuk begitu banyak generasi pemimpin.

Di samping Nelson Mandela, kita juga telah mendengar cerita wira-wira gerakan hak asasi di Amerika Syarikat (AS) pada tahun 1950-an dan 1960-an. Martin Luther King hanya seorang pastor Gereja Baptis, Rosa Park hanya seorang tukang jahit dan Malcolm X hanya seorang pendakwah Muslim, tetapi mereka memberi kesan besar dalam menggalakkan pergerakan hak-hak asasi, yang menamatkan diskriminasi undang-undang terhadap orang berkulit hitam di Amerika Syarikat. Mereka mengajar kita bahawa tiada siapa yang terlalu kecil untuk membawa perubahan.

Terdapat juga kisah bagaimana para pencipta dan usahawan telah membentuk sejarah manusia.

Kehidupan moden tidak akan mungkin wujud jika bukan kerana usaha Nikola Tesla yang tak henti mengemukakan gagasannya untuk menggunakan sistem bekalan elektrik alternatif, yang membolehkan pengagihan tenaga elektrik jarak jauh untuk memberi tenaga elektrik ke pekan dan bandar. Beliau terpaksa bertarung dengan konsep sistem pembekalan elektrik langsung yang dianjurkan oleh Edison, pencipta terhebat di zaman mereka.

Kehidupan moden juga tidak akan mungkin terjadi jika bukan kerana usahawan seperti Henry Ford, yang kilangnya mengeluarkan "Model T" menggunakan konsep garis pemasangan dan pengkhususan tenaga kerja. "Model-T" adalah generasi pertama kereta yang boleh dijual kepada orang awam, dan selepas itu mobiliti dan produktiviti industri abad ke-20 meningkat dengan pesat sekali.

Kemudian datang Bill Gates, yang merupakan pelopor pembuatan komputer peribadi yang mampu dimiliki oleh orang biasa, yang meningkatkan produktiviti ekonomi generasi sekarang dengan sangat pesat.

Terdapat banyak lagi contoh-contoh ini dari pelbagai aspek dan dengan kesan yang berbeza. Tetapi ada satu kebenaran yang dapat kita cerap dari sini - setiap perubahan bermula dengan kepercayaan yang mendalam oleh seseorang atau sekumpulan orang.

Ada kuasa dalam impian.

Contoh-contoh yang saya berikan mungkin sangat jauh dari kita. Tetapi saya pasti ramai di antara kita ada pengalaman memiliki suatu impian, bekerja keras untuknya dan mencapai impian itu. Perjalanan peribadi saya, yang saya akan berkongsi nanti, telah mengajar saya satu pengajaran yang berharga - adalah mungkin untuk mengejar dan mencapai impian yang kita fikir yang terlalu jauh dari kita. Memetik kata Nelson Mandela, "Ia selalu kelihatan mustahil sehinggalah ia selesai."

Oleh itu, dengan pilihan perkataan saya yang terhad, marilah kita melalui perjalanan "Bayangan Malaysia Baru" melalui halaman-halaman berikut bersama-sama.

Bayangan Malaysia Baru: Penghargaan


PENGHARGAAN

Sebagai seorang yang dilatih sebagai jurutera, saya tidak pernah cemerlang dalam apa jua bahasa pun. Oleh itu semasa saya menulis buku itu, saya berusaha keras untuk mencari kata-kata bagi menyatakan buah fikiran saya. Saya berlengah selama berbulan-bulan. Digabungkan dengan jadual yang penuh, beberapa kali juga saya rasa mahu putus asa.

"Siapa yang nak baca?" saya menyoal diri berulang kali.

Tetapi saya fikir bahawa sebagai individu, apa yang boleh saya lakukan untuk Malaysia adalah sangat terhad. Mungkin dengan menanggapi pemikiran saya tentang negara dalam bentuk penulisan, generasi kini atau akan datang akan mendapat satu atau dua pandangan daripada maklumat, analisis dan pengalaman yang direkodkan dalam buku ini dan menggunakannya untuk kebaikan negara.

Pembinaan negara tidak boleh dilakukan tanpa halatuju, supaya kita tidak akan terjerumus di tempat yang kita tidak mahu. Politik tidak boleh sunyi daripada cita-cita dan nilai, jika tidak ia akan menjadi seperti gong yang atau simbal yang berdenting - hanya banyak bunyi.

Buku "Bayangan Malaysia Baru" mencatatkan pemikiran saya tentang isu-isu negara yang dekat dengan hati saya serta perjalanan peribadi, harapan dan impian saya untuk negara.

Ada lapan bahagian dalam buku ini, yang meliputi enam aspek pembangunan negara, iaitu pembaharuan institusi, pendidikan, belia, wanita, pembangunan lestari dan golongan masyarakat rentan. Bahagian kedua terakhir buku ini berbicara mengenai contoh tauladan saya dalam politik Malaysia manakala bahagian terakhir menceritakan perjalanan peribadi saya.

Saya harus membuat penafian di sini bahawa saya tidak tahu semua dan tidak berniat untuk meyakinkan anda untuk percaya dengan apa yang saya percaya. Apa yang saya mahukan adalah untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Oleh itu, apa sahaja yang ditulis dalam buku ini terbuka untuk dihujah, dibahas dan diperbetulkan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah membawa banyak berkah dalam hidup saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan sekerja, kakitangan pejabat, ahli pasukan teras dan mereka yang membantu saya dalam memenuhi tanggungjawab dan tugas saya sebagai wakil rakyat , termasuklah Tony Pua, Rajiv Rishyakaran, Gracella Santianna Yong, Jamaliah Jamaluddin, Loyis Uding, Daniel Low, Chan Shi Song, Billy Wong, Daniel Lee, Jenny Loh, Syed Hidayat, Hayashi Choong, Catherine Ho, Chang Feng, Tey Han Cherk, Subashini, Chan Kien Fatt, Erica Hew, Mary E Joseph dan ramai lagi. Tanpa bantuan mereka, saya tidak akan mempunyai masa yang cukup untuk menyelesaikan buku ini. Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, pastor, ahli karyah gereja, komrad dan kawan-kawan atas sokongan dan dorongan mereka sepanjang perjalanan hidup saya dalam apa jua keadaan. Akhir sekali, segala pujian kepada Tuhan yang paling agung, penyelamat sekalian alam.


Yeo Bee Yin