BAB 1
PERJALANAN PERIBADI
Di
bahagian pertama buku ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi
dengan anda perjalanan peribadi saya dan bagaimana saya menyertai politik. Saya
mula-mula berkongsi kisah tentang bagaimana saya menyertai politik di blog saya
dalam sebuah artikel berjudul “Entering into Politics – The Story Behind” pada
tahun 2012. Lima tahun kemudian, saya menceritakan kisah ini dengan lebih
banyak butiran dan refleksi yang lebih mendalam. Saya berharap kisah saya ini
akan mendorong anda untuk meneruskan impian masing-masing dan yang paling
penting, impian dan harapan untuk negara ini.
Benih-benih cinta
Semuanya
bermula pada tahun 2001 dengan sebuah program doa - Puasa dan Doa 40-hari untuk
Malaysia, yang dianjurkan oleh National Evangelical Christian Fellowship
(NECF). Saya seorang pelajar tahun pertama di Universiti Teknologi Petronas
(UTP) ketika saya menemukan pergerakan ini. Tidak tahu kenapa, saya merasakan
amat penting untuk berdoa demi Malaysia.
Supaya
tidak bersendirian, saya memujuk rakan baik saya di Universiti Teknologi
Petronas (UTP), Lo Thin Thin, untuk berpuasa dan berdoa untuk Malaysia bersama
saya. Sepanjang tempoh lima tahun akan datang di UTP, setiap tahun di sekitar
musim Merdeka ketika NECF mengedarkan risalah Puasa dan Doa 40-hari untuk Malaysia, kami akan mengambil satu salinan dan melakukan 40 hari berpuasa
bersama.
Kami
biasanya berdoa untuk Malaysia bersama-sama di bilik Thin Thin sebelum berbuka
puasa (untuk makan malam). Kadang-kadang beberapa orang teman akan menyertai
kami. Makanan kegemaran kami adalah nasi ayam goreng kunyit, yang dijual pada
harga RM 2.50 di kantin berdekatan asrama kami di kampus UTP. Seingat saya,
rasanya begitu sedap sekali, terutama dengan sedikit cili padi dan kicap manis.
Ketika
zaman mahasiswa, saya mula melihat Malaysia secara berbeza. Saya mula menyemai
benih kasih sayang dan semangat untuk negara ini melalui puasa dan berdoa untuk
Malaysia.
Walau
bagaimanapun, saya tidak dapat membayangkan diri saya terlibat dalam politik kemudian.
Walaupun saya tahu bahawa politik adalah penting untuk membuat perubahan di
negara kita melalui perubahan sistemik dan dasar, imaginasi yang paling dekat
dengan politik saya adalah "biarlah saya berkahwin dengan seorang ahli
politik", jadi saya dapat membantu suami saya untuk membuat perubahan.
Pemikiran
sedemikian mungkin kedengaran lucu sekarang tetapi ia semulajadi bagi saya yang
ketika membesar lebih banyak melihat wanita di latar belakang daripada berada
di baris depan. Tidak terbayang waktu itu, seorang gadis dari sebuah bandar
kecil, boleh menjadi agen perubahan demi diri saya sendiri, pendirian saya, dan
apa yang saya lakukan, bukan sebagai isteri atau anak perempuan orang lain.
Melihat
kembali, saya tahu bahawa sesiapa sahaja, tidak kira betapa kecilnya kita,
boleh memainkan peranan dalam pembinaan negara.
Tahun-tahun di perantauan
Tidak,
saya bukan seorang yang patriotik sehinggakan tiada yang lebih penting kepada
saya selain Malaysia. Sejak muda saya bermimpi pergi ke luar negara - belajar,
bekerja dan melihat dunia.
Gadis dari pekan kecil
Saya
dibesarkan di sebuah bandar kecil di utara Johor yang dikenali sebagai Batu
Anam (di daerah Segamat). Untuk 10 tahun pertama dalam hidup saya, keluarga
kami tinggal di sebuah ladang bernama Estet Gomali, di mana ibu saya bekerja
sebagai kerani, sebelum kami berpindah ke pekan "Batu Anam" (masih
sebuah kampung untuk standard orang ramai). Saya mendapat pendidikan rendah dan
menengah di SRJK (C) Hwa Nan dan SMJK Seg Hwa, kedua-duanya sekolah Cina.
Sebenarnya, saya tidak dapat berbahasa
Inggeris sebelum saya pergi ke universiti. Tetapi sebagai seorang kanak-kanak
dan remaja, saya mempunyai keinginan kuat untuk terbang dan melihat dunia. Saya
fikir ini tidak mungkin terjadi dengan standard Bahasa Inggeris saya. Di
samping itu, tidak ada syarikat penerbangan tambang murah ketika itu. Ramai
dalam kalangan generasi saya dengan latar belakang yang serupa hanya merasa
menaiki kapal terbang pada zaman remaja atau pada usia dua puluhan, ketika Air
Asia memulakan operasinya.
Bagi
saya, pengalaman penerbangan kali pertama adalah ke Kuching, Sarawak untuk
persidangan antarabangsa dengan ibu saudara saya, Yeo Swee Lan, yang menaja
perjalanan tersebut. Ini mungkin mengapa Sarawak sentiasa mempunyai tempat yang
istimewa di hati saya.
Ketika
itu, saya baru berusia 17 tahun.
Merasai mimpi menjadi nyata
Sehingga
saya berumur 21 tahun, satu-satunya negara asing yang pernah saya jejaki ialah
Singapura. Tetapi bagi ramai orang Johor, kita tidak melihat Singapura sebagai
sebuah negara "asing". Saya benar-benar mahu pergi ke "luar
negara", bukan setakat Singapura.
Pada
tahun keempat saya di universiti, peluang datang. Pelajar kejuruteraan UTP
dikehendaki melakukan latihan selama 8 bulan dalam penggal kedua tahun keempat
pengajian sebelum memulakan tahun terakhir kami.
Oleh
kerana saya bermimpi untuk "melihat dunia", saya memutuskan untuk
pergi ke luar negara untuk melakukan latihan saya, kerana itu adalah cara
paling murah untuk tinggal di negara asing, asalkan ia adalah latihan berbayar.
Tetapi saya ada masalah - hanya beberapa orang senior sebelum kami pergi ke
luar negara untuk latihan dan tiada seorang pun daripada mereka dibayar. Ramai
rakan menumpulkan idea saya dan menasihatkan saya supaya tidak membuang masa
kerana tiada sesiapa sebelum kami dapat melakukannya.
Tetapi
entah bagaimana saya tidak terhalang. Saya menghantar lebih daripada 50
permohonan kepada syarikat-syarikat di berbagai negara, dengan harapan bahawa permohonan
saya akan dapat memberikan tempat latihan yang akan dapat menampung
sekurang-kurangnya perbelanjaan hidup saya di sana.
Itulah
bagaimana saya mendarat di Jerman - negara asing pertama yang pernah saya
jejaki selepas Singapura. Saya ditawarkan penempatan latihan berbayar di tapak
kimia BASF yang terbesar di dunia di Ludwigshafen, Jerman.
Tawaran
latihan ini bukan sahaja memberikan peluang kepada saya untuk tinggal di negara
asing, tetapi sebagai pelajar kejuruteraan kimia, adalah satu peluang yang luar
biasa untuk belajar dari pengeluar kimia terkemuka di dunia ini. Jadi saya
gembira menjadi seorang pelatih di tapak BASF Ludwigshafen, yang menempatkan
kira-kira 38,500 kakitangan pada tahun 2005.
Saya
kemudian mendapati bahawa penyelia saya, Gunther Windecker, menerima saya
kerana saya seorang pelajar UTP dan penerima biasiswa Petronas dan beliau
secara kebetulan melakukan projek kerjasama dengan kilang BASF-Petronas di
Kerteh, Malaysia. Jika jabatan sumber manusia menghantar resume saya ke jabatan
lain di BASF, saya tentunya sudah kehilangan peluang saya.
Saya
selalu berfikir bahawa kebetulan yang semacam itu hanya boleh menjadi kerja
Tuhan. Tetapi untuk keajaiban itu berlaku, saya perlu cukup gila untuk
menghantar lebih daripada 50 permohonan. Inilah pelajaran yang dipelajari:
selalu melakukan secukupnya untuk keajaiban berlaku.
Saya
selalu percaya bahawa kebetulan seperti ini adalah kerja Tuhan. Tetapi
untuk keajaiban itu berlaku, saya perlu menghantar lebih daripada 50
permohonan. Inilah pelajaran yang saya pelajari: selalu melakukan lebih dari
yang secukupnya untuk keajaiban berlaku.
Latihan
di Jerman adalah pengalaman pertama saya kepada pendedahan antarabangsa kerana
BASF mengambil ramai pelatih dari seluruh dunia ke Jerman. Kebanyakan kami
tinggal di blok apartmen yang sama. Saya menghabiskan berjam-jam lamanya dengan
beberapa rakan-rakan di sini membincangkan mengenai segala sesuatu yang boleh
dibincangkan.
BASF
membayar kami elaun bulanan sebanyak 750
Euro dengan penginapan percuma.
Memandangkan saya memasak sendiri dan membeli bahan makanan murah di Aldi dan
Lidl (setara dengan Tesco Jerman) kebanyakan masa, saya berjaya menjimatkan
wang untuk melancong ke negara-negara jiran semasa musim cuti.
Sebelum
datang ke Jerman, memandangkan saya sentiasa cemerlang di sekolah, saya fikir
saya sudah tahu banyak. Selepas saya datang ke sini, saya menyedari betapa
sedikitnya pengetahuan saya tentang dunia. Saya mula bertanya mengapa di
Malaysia kita tidak mempelajari sejarah dunia yang lebih lengkap, sistem politik
yang berlainan, ideologi, seni dan budaya yang berbeza? Kita juga tidak pernah
diajar untuk berfikir secara kritis dan objektif. Dengan latar belakang
konservatif, kita diajar untuk menghormati pihak berkuasa. Saya menerima teks
buku sejarah dan akhbar sebagai kebenaran mutlak dan kuasa sebenar.
Namun setelah mengenali orang di luar negara yang bukan dari negara saya sendiri dan pergi
ke negara yang berlainan selain Jerman, saya mula menyedari bahawa apa yang kita telah diajar
di sekolah dan dibaca di media telah dibuat dengan sedemikian rupa supaya kita
akan mudah dimanipulasi. Sukatan pelajaran sekolah kita adalah (dan masih)
cacat dan berat sebelah secara politik.
Bersama rakan-rakan di Jerman.
Enam
bulan melalui latihan di Jerman benar-benar mengubah pandangan dunia saya. Mata
saya mula terbuka, persepsi terdahulu hancur dan saya mula melihat perkara yang
sangat berbeza - sebenarnya ada cara yang lebih baik untuk Malaysia.
Saya
berusia 22 tahun ketika itu.
Generasi
muda hari ini mempunyai kemewahan Internet dan media sosial yang pantas. Saya
berharap dengan kemewahan ini, mereka akan menyedari tentang pencucian otak
secara sistematik yang masih berlaku di sekolah dan media dengan lebih cepat daripada
saya.
Impian berkecai
Saya
mempunyai satu lagi impian zaman kanak-kanak, iaitu untuk ke Cambridge, selepas saya
melihat sajak yang begitu indah oleh penyair terkenal China Xu Zhi Mo (徐志摩) - “Taking Leave of Cambridge Again” (再别康桥). Saya selalu membayangkan Cambridge
sebagai tempat yang penuh impian.
Setelah
menjadi berani dengan pengalaman saya untuk cuba sahaja dalam kes penempatan
latihan di luar negara, saya memutuskan untuk memohon ke Cambridge untuk
melanjutkan pengajian pada tahun akhir pengajian saya di UTP (selepas pulang
dari Jerman). Saya menerima tawaran masuk untuk program Sarjana Falsafah dalam Advanced Chemical Engineering beberapa
bulan sebelum saya menamatkan pengajian saya di UTP.
Saya
sangat gembira. Memandangkan kursus itu adalah kerjasama antara Cambridge
University dan Massachusetts Institute Technology (MIT), dan kedua-duanya menduduki
ranking pertama dan kedua dalam bidang Kejuruteraan Kimia, saya fikir mudah
untuk dapat biasiswa. Oleh itu, saya memohon semua pembiayaan dan pinjaman
daripada pelbagai organisasi yang ada di Malaysia. Malangnya, saya tidak
mendapat apa-apa.
Walaupun
kecewa, saya tidak menyalahkan sesiapa, kerana saya faham bahawa tiada siapa
yang bertanggungjawab untuk membiayai saya. Walaupun berhadapan masalah
kewangan dalam perniagaannya pada tahun 2006, ayah saya bersetuju untuk
membiayai pengajian saya di Cambridge. Walau bagaimanapun, saya masih mempunyai
masalah. Saya terikat dengan Petronas selama 10 tahun dan sepatutnya berkhidmat
selepas saya menamatkan pengajian di UTP.
Saya
menulis kepada Petronas untuk meminta penangguhan perkhidmatan sehingga selepas
saya menamatkan pengajian di Cambridge. Beberapa minggu kemudian, saya
dipanggil untuk datang ke unit pendidikan di KLCC. Saya berjumpa seorang lelaki
yang baik di sana, beliau memberitahu saya bahawa kursus di Cambridge hebat dan
benar-benar mahu membantu, tetapi adalah menjadi dasar syarikat bahawa mereka
tidak akan membenarkan apa-apa penangguhan bon atau saya perlu membayar semua
yuran dan perbelanjaan yang telah dibayar Petronas untuk saya selama lima tahun
yang lalu secara sekaligus. Ya, dalam jumlah sekaligus, bahkan ansuran pun tidak dibenarkan. Saya sedar ketika itu bahawa Cambridge tidak akan menjadi kenyataan lagi.
Impian
saya berkecai.
Saya
tidak menyalahkan Petronas untuk itu, kerana mereka hanya mengikuti kontrak dan
akan menjadi masalah besar jika setiap sarjana datang meminta penangguhan atau
tambahan biasiswa. Saya faham hal itu.
Satu-satunya jalan keluar
Beberapa
hari selepas saya pulang dari unit pendidikan Petronas saya menerima panggilan
dari sebuah syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas Amerika, memaklumkan
kepada saya bahawa saya direkrut. Bagaimana saya mendapat tawaran ini? Ia
bagaikan satu keajaiban.
Terdapat
lima peringkat temu bual dalam proses pengambilan. Mereka datang ke UTP untuk
perekrutan pada pertengahan semester terakhir saya di UTP. Saya sudah mendapat
tawaran dari Universiti Cambridge ketika itu dan dengan sepenuh hati memberi
tumpuan kepada usaha mendapatkan biasiswa.
Walau
bagaimanapun, kawan saya mengajak untuk pergi bersama mereka ke temuramah
pengambilan di kampus. Jadi saya pergi
sekadar suka-suka. Beberapa hari
kemudian, mereka memanggil saya untuk temubual peringkat kedua. Memandangkan ia
masih di kampus dan beberapa rakan saya juga pergi, saya pun pergi. Saya
terlupa sepenuhnya selepas itu.
Selepas
saya menamatkan pengajian di UTP sekitar pertengahan tahun 2006, sementara rakan-rakan saya mencari pekerjaan dan saya masih mencari biasiswa untuk ke
Cambridge, saya menerima panggilan lain untuk temubual ketiga di KL. Saya tidak
mahu pergi kerana apa yang saya mahu lakukan hanyalah untuk pergi ke Cambridge.
Walau bagaimanapun, ibu saya menasihatkan saya untuk pergi, bukanlah sangat
untuk mendapatkan pekerjaan itu (ibu juga berharap saya pergi ke Cambridge),
tetapi untuk mendapatkan pengalaman temu duga kerja. Saya patuh.
Pada
pagi hari wawancara ketiga, saya sepatutnya mengambil kereta api pagi sekitar
jam 4 pagi dari Gemas ke KL Sentral, kemudian mengambil LRT ke KLCC dan
berjalan kaki ke ibu pejabat syarikat itu untuk temu duga. (Saya tidak peduli
dengan temuduga itu hinggakan saya tidak peduli untuk bermalam di KL supaya
boleh bersiap sedia untuk temuduga tersebut.)
Walau
bagaimanapun, kereta api terlambat selama satu jam. Kakak saya, Bee Hui, yang
bersungguh-sungguh mahu menemani saya ke KL, menasihati saya untuk menelefon
perekrut tersebut untuk memaklumkan kepada mereka bahawa saya mungkin
terlambat. Saya berkata kepadanya, "Tak apa la, saya akan pergi ke Cambridge."
Saya
tiba di syarikat itu kira-kira setengah jam lewat. Tetapi secara kebetulan,
temuduga sebelum saya telah ditangguhkan jadi perekrut sebenarnya tidak
menyedari bahawa saya terlambat. Bayangkan apa yang akan berlaku kepada
permohonan saya jika saya menelefon untuk memberitahu mereka bahawa saya lewat.
Dalam
temu bual itu, saya juga memberitahu perekrut secara terus terang bahawa saya
lebih suka pergi ke Cambridge daripada bekerja untuk syarikat itu. Beliau
memberitahu saya beliau masih akan memproses permohonan saya. Jelas sekali, ini
bukanlah berita yang baik untuk saya, kerana saya tahu bahawa ibu saya akan
memaksa saya pergi ke peringkat temubual seterusnya jika saya benar-benar
berjaya. Dan benar sekali, saya terpaksa pergi ke peringkat keempat temubual di tapak
syarikat di Kerteh dan kelima di KL, di mana semuanya saya ceritakan tentang rancangan
saya mahu ke Cambridge.
Saya
tidak memohon pekerjaan lain kerana saya begitu teruja mencari jalan ke
Cambridge. Bayangkan bagaimana perasaan saya apabila akhirnya saya menerima
hakikat bahawa tidak ada jalan bagi saya untuk pergi ke Cambridge pada hari
yang bersejarah di menara Petronas itu. Saya tidak dapat pergi dan hanya boleh
menunggu tugasan kerja dari Petronas untuk menjalankan perkhidmatan perjanjian
saya. Tetapi saya benar-benar mahu melihat dunia! Saya tidak mahu tersangkut di
Malaysia sepanjang hayat saya.
Kemudian
syarikat Amerika ini menawarkan saya pekerjaan. Perekrut menelefon supaya saya
pergi ke pejabat bagi menjelaskan pakej tersebut. Mereka menawarkan pakej
kakitangan mudah alih antarabangsa. Beliau menunjukkan kepada saya senarai
negara-negara dengan kekosongan dan bertanya mana yang saya suka. Saya memilih
sebuah negara yang dikenali sebagai "Turkmenistan" kerana ia adalah
yang paling eksotik. Tempat itu mungkin kedengaran menakutkan kepada ramai orang tetapi saya masih muda dan dahagakan cabaran, maka saya memilihnya.
Jadi
Turkmenistanlah tempat saya menghabiskan tempoh 2 tahun berikutnya.
Saya
berusia 24 tahun ketika saya meninggalkan rumah untuk ke Turkmenistan. Saya ingat dengan jelas bahawa saya memberitahu diri saya
bahawa saya tidak akan kembali untuk tinggal di Malaysia lagi pada malam ketika
saya meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa KL. Rancangan saya adalah untuk
mendaki tangga korporat dan meminta untuk dipindahkan ke negara-negara barat
yang lebih kondusif untuk saya menetap apabila sudah bosan dengan negara-negara
eksotik yang mencabar.
Apa
yang berlaku kepada bon Petronas saya? Anda bertanya. Petronas tidak memberikan
pekerjaan kepada saya sehingga beberapa bulan selepas saya mula bekerja. Pada
masa itu saya telah menyimpan wang yang cukup untuk membayar bon secara
sekaligus. Sejak itu, saya benar-benar bebas.
Tahun
ini akan menjadi tahun terakhir saya berkhidmat dengan syarikat itu jika saya
masih terikat dengan Petronas. Saya tidak akan dapat melalui perjalanan yang
luar biasa selama sepuluh tahun yang lalu jika bukan untuk tawaran pekerjaan
yang datang dengan cara yang paling tidak diramalkan dan tidak dirancang.
Melihat kembali sekarang, tiada yang dapat saya katakan selain berterima kasih
kepada Tuhan kerana rancangannya yang menakjubkan dalam hidup saya.
Sebelum
saya pergi lebih jauh dengan cerita saya, saya ingin menjelaskan di sini. Anda
mungkin berfikir bahawa saya marah dengan Petronas kerana apa yang berlaku
terhadap saya. Saya tak marah. Malah, saya bersyukur kerana Petronas memberi
saya biasiswa apabila saya memerlukannya. Saya katakan ini bukan untuk
‘political correctness’ tetapi saya memang fikir begitu.
Apabila
saya pergi untuk temuduga biasiswa Petronas selepas SPM, saya tidak boleh
berbahasa Inggeris. Saya berharap hasil SPM saya dan pencapaian kokurikulum
akan membantu untuk mengimbangi kemahiran Bahasa Inggeris saya yang lemah. (Saya
mendapat 9A untuk SPM saya kecuali Bahasa Inggeris dan aktif dalam sukan -
mewakili Johor untuk olahraga 400m dan bola keranjang, serta mewakili Segamat
untuk sukan bola jaring.) Saya berjaya memasuki senarai menunggu untuk
pendaftaran UTP. Memandangkan sesetengah pelajar pengambilan pertama menerima
tawaran yang lebih baik selepas semester khas, saya mendapat tempat di UTP,
yang menawarkan biasiswa penuh dari Petronas.
Apabila
gadis dari sebuah bandar kecil ini memerlukan peluang untuk meneruskan pendidikan
tinggi dalam bidang yang diminati tanpa membebankan ibu bapanya, Petronas
memberinya peluang yang mengubah hidupnya. Lima tahun di UTP telah membentuk
kehidupan saya, bukan sahaja memberikan saya latihan yang baik dari segi
kemahiran analitik dan pengetahuan teknikal tetapi juga persekitaran untuk
belajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris melalui tulisan harian, penulisan
teknikal, pelaporan dan pembentangan.
Sekiranya Bahasa Inggeris adalah bahasa pertama anda, anda mungkin tertanya-tanya mengapa
saya terus menyebut tentang kemahiran Bahasa Inggeris. Ia adalah pergelutan
untuk saya ketika membesar dan saya percaya ia juga menjadi pergelutan
kebanyakan pelajar sekolah kebangsaan dan Cina, yang tidak berasal dari
keluarga yang berbahasa Inggeris. Walaupun sehingga hari ini, lebih dari
sepuluh tahun selepas saya membaca, menulis dan bercakap Bahasa Inggeris
sebagai bahasa sehari-hari, saya masih bergelut untuk mengekspresikan diri saya
kadang-kadang. Pembaca pruf versi Bahasa Inggeris buku ini, Medaline Chang,
boleh memberi kesaksian kerana beliau sentiasa membetulkan tatabahasa saya.
Tanpa
biasiswa UTP dan Petronas, tidak akan ada peluang yang akan datang kemudian.
Oleh itu, syarikat minyak negara sentiasa mempunyai tempat yang istimewa di
dalam hati saya. Harapan saya ialah sesiapa yang menjadi kerajaan akan
menggunakan wang yang disumbangkan oleh Petronas kepada kerajaan dengan lebih
baik berbanding bagaimana ia digunakan sekarang.
Tahun-tahun mementingkan diri
Sekarang,
mari kita kembali kepada cerita saya.
Saya
mempunyai banyak pengalaman hebat dalam 2 tahun saya di Turkmenistan. Adakah
saya suka bekerja sebagai jurutera lapangan? Tidak juga. Minat utama saya dalam
Kejuruteraan Kimia ialah pengoptimuman proses dan reka bentuk. Saya suka
mengira. Saya boleh duduk di hadapan komputer selama berjam-jam untuk
menjalankan simulasi atau menulis program matematik bagi mencari penyelesaian
yang terbaik tanpa rasa letih. (Walaupun sehingga hari ini, saya masih tertarik
dengan data dan nombor.) Oleh itu, jurutera bidang minyak dan gas bukanlah
pekerjaan saya.
Walau
bagaimanapun, saya menyukai pakej gaji dan faedah serta jadual kerja. Saya
mempunyai 1 bulan cuti untuk setiap 2 bulan kerja. Saya boleh melancong ke
negara yang lebih eksotik seperti Mesir, Azerbajian dan lain-lain untuk kerja.
Dan dengan elaun perjalanan dari syarikat itu, saya pergi ke banyak negara lain
lagi semasa bercuti.
Dari
segi kerja, walaupun ia bukan kerja yang saya suka, ia bukanlah teruk sangat.
Malah saya boleh menyifatkannya sebagai pengalaman unik yang saya dapati pada
zaman muda. Lagipun, tidak ramai orang terutamanya wanita, mempunyai peluang
untuk bekerja di rig di tengah-tengah padang pasir dan laut, mengendalikan
bahan radioaktif dan bahan letupan, mengendalikan peralatan dengan tekanan dan
suhu tinggi selain memimpin operator yang kebanyakannya sekurang-kurangnya satu
kepala lebih tinggi dan lebih besar daripada saya.
Bersama kawan baik saya, Yang Jie
di Turkmenistan.
Kami adalah antara beberapa orang jurutera wanita di sana.
Kami adalah antara beberapa orang jurutera wanita di sana.
Secara
keseluruhan, hidup saya ketika itu agak hebat. Saya bekerja keras dan
mengembara dengan keras juga, saya benar-benar memenuhi impian zaman
kanak-kanak saya untuk "melihat dunia". Saya tidak begitu berfikir tentang
apa yang saya mahu lakukan dalam hidup; dan saya tidak pernah memikirkan
tentang impian, kasih sayang dan semangat yang pernah saya miliki untuk
Malaysia sepanjang 40-hari berpuasa dan berdoa di zaman mahasiswa.
Apa
yang saya kejar adalah wang, bonus dan prestasi. Saya tidak lagi peduli dengan
negara ini.
Impian untuk Malaysia muncul kembali
Hanyalah
apabila tiba 9 Mac 2008, ketika saya melihat berita mengenai tsunami politik
2008 di Malaysia barulah saya menyedari betapa saya masih mencintai dan
mengambil berat tentang negara saya. Perasaan itu hanya dikebumikan di bawah
kekecewaan terhadap apa yang berlaku kepada saya. Saya amat berharap
untuk menyumbang kepada perubahan, tidak
kira betapa kecilnya sumbangan itu, bukan hanya menontonnya dari jauh sebagai
orang luar. Malaysia mempunyai banyak ketidaksempurnaan. Tetapi adakah saya
masih mencintai negara saya walaupun ia cacat? Ya.
Saya
mula mempersoalkan, "Mengapa saya di sini?", "Adakah ini yang
saya mahu lakukan?", "Adakah saya melakukan ini kerana tidak ada
pilihan lagi?", "Adakah saya melakukan ini hanya kerana wang?",
"Jika saya dilahirkan di Amerika Syarikat dengan banyak peluang lain,
adakah saya masih dapat melakukan apa yang saya lakukan sekarang?" Dan
yang paling penting, "Berapa ramai lagi rakyat Malaysia seperti saya di luar sana yang telah meninggalkan Malaysia untuk peluang yang lebih baik? "
Impian
saya untuk Malaysia yang lebih baik hidup semula. Saya mahu kembali ke Malaysia
untuk melakukan sesuatu tentang keadaan negara, tidak kiralah berapa kecil. Pun
begitu, ia bukan keputusan yang mudah. Lagipun, saya baru berusia 26 tahun dan
keinginan saya untuk "melihat dunia" masih lagi menyala-nyala.
Ia
mengambil masa lebih daripada setengah tahun untuk dipertimbangkan..
Saya
akhirnya meletak jawatan beberapa bulan sebelum temuduga kenaikan pangkat kedua
saya. (Saya telah memenuhi semua kursus latihan yang diperlukan dan
menyelesaikan laporan tersebut, hanya menunggu temuduga.) Saya tahu bahawa jika
saya teruskan, saya tidak akan dapat menahan godaan gaji yang lebih baik dan faedah
yang datang dengan kenaikan pangkat.
Masa
yang mendesak dalam proses membuat keputusan ini adalah kesedaran bahawa saya
tidak mahu mati di tempat lain di dunia, mungkin dengan sedikit harta, tetapi
melihat semula negara yang saya sayangi, dan menyesali bahawa saya tidak
melakukan apa-apa. Saya mahu sekurang-kurangnya melakukan sesuatu.
Saya
tahu bahawa saya bukan siapa-siapa dan pulangnya saya tidak akan banyak
membantu, tetapi saya fikir saya hanya perlu melakukan bahagian saya sebagai
rakyat Malaysia, untuk berkhidmat kepada negara.
Tidak berputus asa dengan impian zaman kanak-kanak
Walau
bagaimanapun, saya hanya mempunyai satu perkara lagi yang saya mahu lakukan
sebelum memenuhi kewajipan saya untuk berbakti demi Malaysia. Jadi saya berdoa
kepada Tuhan. Saya memberitahuNya bahawa saya akan pulang, tetapi tolong
realisasikan impian zaman kanak-kanak saya - untuk belajar di Cambridge
University. Ya, saya belum putus asa!
Kali
ini saya tidak perlu bimbang tentang bagaimana untuk membiayai pengajian saya
lagi kerana saya sudah berkemampuan. Satu-satunya perkara yang saya bimbang
ialah mereka akan menyenaraihitamkan saya kerana menolak tawaran mereka 2 tahun
lalu. Saya terus memohon dan menerima tawaran masuk dalam masa sebulan.
Apa
yang saya tidak pernah dapat bayangkan ialah Biasiswa Cambridge Gates, biasiswa
pascasiswazah paling berprestij di Cambridge, akan menawarkan saya biasiswa
penuh! Segala-galanya akan dibayar termasuklah tiket penerbangan, perbelanjaan
hidup dan yuran pengajian.
Ini
adalah satu keajaiban. Apa yang saya pohonkan dari Tuhan hanyalah peluang untuk
belajar di Cambridge bagi memenuhi impian zaman kanak-kanak saya. Tetapi apa
yang saya terima bukan sahaja kemasukan ke universiti impian saya tetapi dapat
melakukannya secara percuma! Apa lagi yang boleh saya minta? Apabila saya
berfikir tentang bahagian hidup saya ini, saya diingatkan akan ayat Al-Kitab,
"Bagi Dialah, yang dapat melakukan jauh
lebih banyak daripada yang kita doakan atau pikirkan, seperti yang ternyata
dari kuasa yang bekerja di dalam kita..." Efesus 3:20
Dengan
itu, saya pergi ke Universiti Cambridge pada usia 27 tahun, impian yang lama
ditangguhkan akhirnya menjadi kenyataan.
Menyambung pelajaran ke Corpus
Christi College,
Cambridge University pada bulan Oktober 2009.
Cambridge University pada bulan Oktober 2009.
Melalui impian Cambridge…dengan susah payah
Universiti
Cambridge adalah tempat yang ajaib. Ia adalah tempat, di mana seseorang akan merasa
rendah diri dengan kesedaran tentang bagaimana sedikitnya orang itu tahu
tentang dunia.
Zaman
saya di Cambridge adalah satu pencapaian intelektual tetapi bermanfaat. Saya
menikmati kebanyakan kuliah, yang biasanya disampaikan oleh profesor yang berada
di puncak bidang masing-masing di dunia. Banyak kuliah telah memberi inspirasi
kepada saya.
Bagaimanapun,
ia bukan tanpa cabaran. Saya tidak begitu cemerlang dalam beberapa kuiz dan
tugasan pertama saya. Saya terkejut dengan piawaian universiti. Mungkin
terkejut adalah kenyataan yang tidak tepat. Sejujurnya, selama kira-kira
separuh masa saya berada di Cambridge, saya tidak begitu pasti jika saya boleh
lulus ijazah sarjana.
Bukan
sahaja dari segi kemahiran teknikal dan pengetahuan, Bahasa Inggeris masih
membawa masalah lagi. (Ya, ia memang pergelutan yang berterusan) Biar saya
memberitahu anda kebenaran yang memalukan, saya hanya menyedari bahawa saya
mempunyai masalah asas tatabahasa dengan tidak mengetahui bila untuk
menggunakan "a" dan "the" hanya ketika saya di Cambridge.
Saya
berasa kecundang di universiti impian saya.
Saya
tidak pernah memberitahu sesiapa tentang ini - satu-satunya masa dalam hidup
bahawa saya pernah terfikir hendak membunuh diri adalah selama beberapa bulan
pertama saya di Cambridge. Lebih dari sekali pada hari-hari awal di Cambridge,
saya ingin mencipta "kemalangan basikal" dengan melanggar kereta atau
trak. Syukurlah, saya tidak berbuat demikian.
Saya
bertanya kepada diri saya sendiri, "Apa masalahnya jika gagal semasa mencuba
yang terbaik?" Tidak ada masalah besar. "Jadi bagaimana jika saya
benar-benar gagal?" Ya, jadi apa? Tuhan, keluarga dan sahabat-sahabat saya
masih akan menyayangi saya walau apa pun terjadi.
Jadi
saya berusaha lebih keras untuk memastikan saya lulus. Ini mungkin sebab kenapa
saya tidak dapat membuat ramai kawan Malaysia di sana. Kadang-kadang orang
bertanya kepada saya jika saya kenal orang ini atau orang itu, yang berada di
Cambridge pada masa yang sama seperti saya, jawapan saya selalunya "tidak".
Saya terlalu sibuk untuk memastikan saya lulus ijazah sarjana! Saya hanya kenal
rakan sekelas saya, beberapa kawan rapat mereka, beberapa penerima biasiswa
Gates, kawan gereja dan rakan belajar Injil; tidak ramai daripada mereka adalah
rakyat Malaysia.
Selepas
beberapa ketika, saya terbiasa dengan budaya pembelajaran di sana dan berjaya
lulus ijazah sarjana. Bukan itu sahaja, saya diberi Anugerah oleh Jabatan
Kejuruteraan Kimia juga! Jadi ia benar-benar perjalanan roller coaster - daripada bimbang gagal, sehingga mendapat
anugerah.
Sepanjang
tahun ke luar negara termasuk ketika saya di Cambridge, saya telah bertemu
dengan ramai pelajar cemerlang Malaysia dan orang dewasa bekerja dari
universiti terkemuka dan firma paling cemerlang di dunia. Saya biasanya bertanya
sama ada mereka akan kembali ke Malaysia. Bagi mereka yang tidak terikat dengan
kerajaan atau syarikat tempatan, kebanyakan mereka akan mengatakan tidak atau
mereka hanya akan kembali jika mereka tidak dapat mencari pekerjaan.
Di
manakah ramai rakyat Malaysia yang berbakat? Mereka semua di negara asing
mencari peluang yang lebih baik dan masa depan yang lebih baik. Bolehkah kita
menyalahkan mereka kerana tidak kembali? TIDAK, TIDAK TIDAK. Tawaran Malaysia
untuk mereka adalah terlalu sedikit.
Hello Malaysia!
Jasad tak berjiwa
Selepas
mengejar impian peribadi saya, akhirnya saya kembali ke Malaysia untuk mengejar
impian saya untuk negara ini. Walaupun dengan beban yang kuat untuk negara ini,
saya tidak menyangka bahawa saya harus berada dalam politik, terutamanya kerana
saya, menjadi seorang ahli politik adalah tidak masuk akal. Saya tidak tahu di
mana nak mula, apa yang perlu dilakukan, dan parti mana untuk disertai.
Apa yang saya fikir saya boleh lakukan untuk membuat perubahan mungkin melakukan
kerja masyarakat dan menyertai NGO.
Tidak
mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja di Malaysia. Secara amnya,
saya tidak pernah mendapat pendapatan dalam RM kerana pekerjaan terdahulu
membayar saya dalam Euro atau USD. Saya cuba mencari pekerjaan yang membolehkan
saya memberi impak kepada masyarakat tapi ternyata ia hanyalah satu kekecewaan
yang besar.
Saya
masih ingat dengan jelas panggilan video Skype dengan salah satu rakan UTP
saya, Koh Pei Ling. Dia meletak jawatan dari pekerjaannya pada masa yang
sama dengan saya untuk meneruskan tajaannya di bawah Erasmus Mundus
Scholarship. Dia baru mendapat tawaran kerja di ibu pejabat Asian Development Bank (ADB) di Manila dan
memberitahu saya apa yang dilakukannya di ADB. Itulah yang saya mahu lakukan.
Saya mahu melakukan kerja yang boleh memberi kesan kepada masyarakat, sama
sepertinya.
Tetapi
saya tersangkut di Malaysia. Saya menangis, tidak pasti sama ada semasa atau
selepas panggilan telefon kami. Pada malam yang sama juga saya melakukan carian pekerjaan di laman Jobstreet untuk bekerja di Singapura. Alasan saya ialah Singapura cukup dekat dengan Malaysia.
Selepas
beberapa jam di Jobstreet, suara hati kecil saya berkata, "Apakah
perbezaan antara bekerja di Singapura atau di tempat lain di dunia? Anda masih
akan merasa sama dengan apa yang anda rasa pada 9 Mac 2009, bahawa anda tidak
mengambil bahagian dalam apa yang sedang berlaku di negara ini. "
Itulah
kali terakhir saya berlengah dalam keputusan saya untuk pulang ke Malaysia.
Terjun dalam politik Malaysia
Saya
masih tak tentu arah dengan apa yang saya boleh lakukan. Saya membantu dalam
banyak projek komuniti yang boleh saya lakukan. Itulah yang saya fikir saya
perlu lakukan. Sehinggalah 2012 apabila saya melakukan projek dengan DAP dalam
kempen media sosial pilihan raya umum mereka, baru saya terdedah kepada politik
secara berdepan. Saya akhirnya menyedari bahawa jika saya ingin memberi impak
yang baik kepada negara ini, dengan perkara-perkara terhad yang saya miliki, ia
hanya boleh dilakukan dengan berkesan melalui politik.
Jadi
menyertai politik? Ia adalah satu keputusan yang sukar, terutamanya kerana baru
satu tahun lebih saya memulakan perniagaan saya sendiri dan ia sedang berjalan
dengan baik. Saya bukan orang yang mengejar ‘glamer’ dan kuasa, mengapa sibuk
mahu masuk politik? Di samping itu, saya sudah berumur 29 tahun, bukankah lebih
baik mencari suami dan memulakan keluarga? (Demi Tuhan, ketika saya remaja saya
ingin berkahwin pada 25!).
Kenapa
membuang masa berjuang untuk sebuah pekerjaan, di mana saya akan berisiko
kehilangannya setiap 5 tahun dan mendapat gaji yang lebih kecil berbanding
dengan apa yang saya hasilkan? Kenapa perlu bermain politik yang kotor? Saya
bergelut untuk menapak dalam politik. Saya sedar bahawa sejak saya memilih
untuk kembali ke Malaysia, salah satu cara terbaik untuk 'memaksimumkan
pulangan' dari segi kesan sosial dari peluang yang hilang di luar negara adalah
melalui politik. Tetapi saya sedang berusaha untuk melangkah keluar dari zon
selesa saya.
Seperti
yang ibu saya katakan dengan betul, "Anda boleh menjalani kehidupan yang
baik dan selesa sekarang, mengapa memilih kehidupan yang susah?" Walau
bagaimanapun, apa yang ibu saya tidak tahu, adalah cinta kepada negara ini
sejak saya berusia 18 tahun, dan keinginan saya untuk melihat Malaysia yang
lebih baik.
Saya
tidak mahu duduk sahaja ketika negara melalui salah satu titik perubahan
penting dalam sejarah, sama ada untuk masa depan yang lebih baik atau lebih
buruk. Saya tidak mahu menyesal di bahagian akhir hidup saya, melihat negara
saya di dalam bahaya, hanya kerana meraka dari generasi saya tidak melakukan
secukupnya dan memilih keselesaan dan tidak berkorban. Memetik Edmund Burke, “all that is necessary for the triumph of
evil is that good men do nothing.”
Jadi
saya membuat keputusan untuk menyertai politik dan DAP. Selebihnya seperti yang
dikatakan oleh orang, menjadi sejarah.
Saya
berharap melalui kerja keras generasi kita, Malaysia boleh menjadi negara yang
menawarkan peluang dan kesetaraan untuk anak-anak kita. Saya berharap Malaysia
dapat menjadi tanah di mana, tidak kira berapa besar dan apa impian anda, ia
boleh dipenuhi di sini; dan tidak kira apa potensi anda, ia boleh dicapai. Saya
berharap anak-anak kita, tidak kira di mana mereka berada di luar Malaysia,
akan sangat berharap untuk kembali ke Malaysia kerana ini adalah tempat terbaik
untuk mereka. Saya berharap untuk Malaysia yang makmur, berdaya saing, bebas
daripada rasuah dan yang paling penting, bersatu tanpa mengira kaum, agama atau
latar belakang.
Pengajaran daripada impian-impian kecil
Jadi
ini kisah seorang gadis biasa, yang membesar di sebuah pekan yang entah di
ceruk mana di Malaysia dan sentiasa bergelut dengan Bahasa Inggerisnya tetapi
bermimpi untuk "pergi melihat dunia" dan "pergi ke Cambridge"
serta "menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik" dan bertindak ke
atas impian itu. Ia adalah satu cerita yang masih berjalan.
Saya
tahu impian-impian kecil yang saya ada, yang saya kejar dan akhirnya tercapai
tidak banyak dibandingkan dengan pencapaian anda. Saya berkongsi kisah-kisah
untuk tidak membanggakan kehabatannya tetapi pengalaman hidup saya yang
mengajar saya kekuatan mimpi - imaginasi yang berani untuk masa depan yang
lebih baik, keberanian untuk mengejarnya tidak kira betapa mustahilnya impian
itu dan kegigihan dalam mengatasi cabaran dengan memberi tumpuan kepada
matlamat akhir.
Kita
perlu bermimpi lagi untuk negara kita. Kita perlu membayangkan semula Malaysia
melampaui situasi hari ini. Buku ini membincangkan apa yang boleh kita sebagai
sebuah negara lakukan dengan lebih baik, dari segi pendidikan, belia, wanita, ahli masyarakat yang paling lemah dan pembaharuan institusi. Ini adalah harapan dan impian saya untuk negara ini. Saya pasti anda
mempunyai impian juga.
Sesungguhnya,
kita menghadapi banyak cabaran hari ini apabila kita berlari ke arah impian
untuk Malaysia, tetapi kita tidak sepatutnya berputus asa kerana halangan
sementara atau kritikan yang berlaku ketika kita cuba membawa perubahan.
Kata-kata Theodore Roosevelt selalu menggalakkan saya,
“It is not the critic who counts; not the
man who points out how the strong man stumbles, or where the doer of deeds
could have done them better. The credit belongs to the man who is actually in
the arena, whose face is marred by dust and sweat and blood; who strives
valiantly; who errs, who comes short again and again, because there is no
effort without error and shortcoming; but who does actually strive to do the
deeds; who knows great enthusiasms, the great devotions; who spends himself in
a worthy cause; who at the best knows in the end the triumph of high
achievement, and who at the worst, if he fails, at least fails while daring
greatly, so that his place shall never be with those cold and timid souls who
neither know victory nor defeat.”
Generasi
rakyat Malaysia hari ini mesti memilih untuk berada di lapangan, mengotorkan
tangan dan, terus berusaha walaupun kita tewas setiap kali. Dengan izin Tuhan,
kita akan dapat menulis semula sejarah Malaysia. Walaupun pada akhirnya kita
masih gagal mencapai impian kita, marilah kita sekurang-kurangnya, gagal ketika
berani mencuba.
Saya
ingin memetik kata-kata ini dari Tunku
Abdul Rahman dalam ucapan Merdeka pada tahun 1957 ketika negara kita baru
bermula,
"But while we think of the past, we look forward in faith
and hope to the future; from henceforth we are masters of our destiny, and the
welfare of this beloved land is our own responsibility: Let no one think we
have reached the end of the road: Independence is indeed a milestone, but it is
only the threshold to high endeavor — the creation of a new and sovereign
state. At this solemn moment therefore I call upon you all to dedicate
yourselves to the service of the new Malaya: To work and strive with hand and
brain to create a new nation, inspired by the ideals of justice and liberty — a
beacon of light in a disturbed and distracted world."