29 JULAI 2025 (SELASA)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan adakah perjanjian USD 250 bilion dengan ARM telah dimuktamadkan.
a. berapakah jumlah syarikat IC design yang boleh mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah ia merangkumi kedua-dua lesen dan royalti
b. adakah bayaran Kerajaan kepada ARM mengikut kadar peggunaan ( utilization rate).
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Kerajaan Malaysia telah memeterai dua instrumen Kerjasama dengan Arm Limited dalam industri semikonduktor pada 3 Mac 2025 seperti berikut:
(i) Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama antara Kerajaan Malaysia dan Syarikat Arm Limited dalam Ekosistem Semikonduktor yang ditandatangani oleh Kementerian Ekonomi; dan
(ii) Perjanjian Kerjasama dalam Industri Semikonduktor antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Syarikat Arm Limited.
Nilai komited bagi kerjasama ini adalah sebanyak USD225 juta di bawah Perjanjian Kerjasama dalam Industri Semikonduktor antara MIDA dan Arm Limited.
Di bawah perjanjian tersebut, tiada ketetapan mengenai jumlah syarikat yang boleh mengakses harta intelek (IP) Arm. Perjanjian tersebut melibatkan capaian token bagi dua jenis IP Arm iaitu sebanyak tujuh IP jenis Compute Sub-System (CSS) dan 25 IP di bawah program Arm Flexible Access (AFA). Dalam perjanjian tersebut, klausa berkaitan royalti adalah bagi perjanjian lesen teknologi CSS melibatkan syarikat Arm dan entiti diluluskan di bawah royalty pricing agreement secara berasingan yang tidak melibatkan pihak Kerajaan.
(b) Kerajaan diberi capaian kepada semua token yang dibayar kepada syarikat Arm Limited di bawah Perjanjian yang telah ditandatangani dengan kelonggaran bayaran dilaksana berdasarkan jadual pembayaran yang telah dipersetujui untuk tempoh empat tahun mengikut klausa 3.8 Pencapaian.
Sekian, terima kasih.