Isnin, 4 November 2024

Pertanyaan Bertulis Dewan Rakyat 2024 kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri

PERTANYAAN BERTULIS DEWAN RAKYAT MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA, PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024

SOALAN 

PUAN YEO BEE YIN [ PUCHONG ] minta MENTERI PELABURAN, PERDAGANGAN DAN INDUSTRI menyatakan

a. jumlah stesen pengecasan kenderaan elektrik (EV) AC dan DC di Malaysia; dan

b. berapakah sasaran Kerajaan jumlah stesen pengecasan EV baru di Malaysia dan di mana.

JAWAPAN 

Tuan Yang Dipertua, 

1. Pada 1 Januari 2024, sejumlah 2,020 unit pengecas telah dipasang di 750 lokasi di seluruh negara, di mana 429 unit adalah jenis DC (Direct current), dan baki 1,591 unit adalah jenis AC (Alternating current).

2. Sehingga tempoh yang sama, semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan (kecuali Labuan) telah mempunyai kemudahan pengecas EV di mana pecahannya adalah seperti berikut:


3. Sasaran Kerajaan seperti yang digariskan dalam Low Carbon Mobility Blueprint (LCMB) yang diumumkan pada tahun 2020 adalah untuk menyediakan 10,000 unit kemudahan pengecas EV pada tahun 2025 merangkumi 9,000 unit pengecas jenis AC dan 1,000 unit pengecas jenis DC.

4. Kerajaan berpandangan tumpuan Kerajaan seharusnya adalah untuk menyediakan kemudahan pengecas EV jenis DC iaitu fast charger untuk menangani isu “range anxiety” yang dihadapi oleh pengguna EV untuk perjalanan jauh.

5. Cadangan untuk mengkaji semula sasaran 10,000 unit pengecas EV telah dibangkitkan dalam Mesyuarat NEVSC Bil. 1/2024 dan MITI bersama agensi berkaitan, iaitu MARii dan MGTC sedang mengkaji dan memperhalusi kewajaran untuk meningkatkan sasaran pengecas DC, dan hasil penemuan kajian tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat NEVSC yang akan diadakan pada suku kedua tahun 2024.

Sekian, terima kasih.