PERTANYAAN DEWAN RAKYAT MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KELIMA BELAS TAHUN 2024
SOALAN
Puan Yeo Bee Yin [ Puchong ] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA 
DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan senarai syarikat yang mendapat 
kelulusan dalam kategori solar self-consumption (SELCO) dan kapasiti 
masing-masing. Adakah setiap syarikat yang memenuhi kriteria-kriteria 
tertentu boleh mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Tenaga. 
Nyatakan proses dan berapa panjang tempoh permohonan.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga bulan Disember 
2023, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah meluluskan seramai  296 pemegang 
lesen bagi kategori solar self-consumption (SELCO) dengan kapasiti 
keseluruhan berjumlah 380MW.
2. Secara umumnya, terdapat dua (2) jenis lesen yang dikeluarkan oleh 
ST iaitu Lesen Persendirian dan Lesen Awam bagi kategori solar self
consumption (SELCO) ini di mana kedua-dua jenis lesen ini akan 
dikelaskan berdasarkan aktiviti yang dijalankan. Setiap permohonan yang 
diterima akan disemak berdasarkan kriteria dan dokumen yang telah 
ditetapkan oleh ST serta garis panduan sedia ada iaitu Guidelines On The 
Connection Of Solar Photovoltaic Installation for Self-Consumption (Versi 2 
bertarikh 15 Julai 2023).
3. Bagi permohonan Lesen Persendirian berkapasiti kurang 5MW, 
permohonan lesen boleh dilakukan secara atas talian melalui 
ecos.st.gov.my. Manakala bagi permohonan Lesen Persendirian 
berkapasiti 5MW dan ke atas serta Lesen Awam, permohonan lesen boleh 
dilakukan melalui oas.st.gov.my.
4. Tempoh kelulusan permohonan baharu Lesen Persendirian 
berkapasiti kurang 5MW adalah 30 hari bekerja, manakala bagi 
permohonan Lesen Persendirian berkapasiti 5MW dan ke atas serta Lesen 
Awam, tempoh kelulusan adalah 60 hari bekerja.
Sekian, terima kasih.