2. Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.
Rabu, 3 Disember 2025
Perbahasan RUU anti Buli 2025 | 3 Dec 2025
2. Pertama sekali, izinkan saya ucapkan syabas dan tahniah kepada BHEUU kerana telah membentangkan RUU Antibuli dalam masa yang begitu singkat selepas keputusan kabinet pada September 2025.
Selasa, 2 Disember 2025
Penerangan Pengerusi JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Keselamatan Digital & Kesihatan Mental Kanak-kanak | 2 Disember 2025
PENERANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA PILIHAN WANITA,
KANAK-KANAK DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT
1. Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan
Pembangunan Masyarakat telah membentangkan dua penyata pada sidang ini, yang
dibentangkan pada 1 Disember 2025 (Isnin) iaitu:
i. Keselamatan Digital dan
Kesihatan Mental Kanak-kanak di Malaysia (DR. 33 Tahun 2025); dan
ii. Townhall Buli dalam Kalangan Kanak-kanak
di Malaysia (DR. 34 Tahun 2025).
Khamis, 6 November 2025
Perbahasan RUU Perbekalan (Belanjawan 2026), Kementerian Kewangan | 6 November 2025
1. Terima kasih Datuk Pengerusi izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan saya di peringkat JK Kementerian Kewangan.
Rabu, 5 November 2025
Perbahasan dalam RUU Perbekalan (Belanjawan 2026), Jabatan Perdana Menteri | 5 November 2025
1. Terima kasih Datuk Speaker izinkan Puchong untuk berbahas peringkat jawatankuasa Jabatan Perdana Menteri.
2. Puchong ingin bermula dengan B1 Parlimen, kepala 010000 Urusan Parlimen.
3. Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kerajaan kerana telah membawa RUU Perkhidmatan Parlimen yang juga telah diluluskan oleh Dewan yang mulia ini.
Isnin, 6 Oktober 2025
Penerangan Pengerusi JKP Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Penjagaan & pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia | 6 Okt 2025
1. Terima
kasih Tuan Yang di-Pertua
kerana memberi ruang kepada Jawatankuasa Pilihan (JKP) Wanita, Kanak-kanak dan
Pembangunan Masyarakat untuk memberi penerangan di
Dewan yang mulia ini.
Khamis, 28 Ogos 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (9)
28 OGOS 2025 (KHAMIS)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
a. Sebab One&Only Desaru tidak diteruskan. Berapakah kerugian/keuntungan One&Only Desaru setiap tahun sejak pembukaannya dan bagaimana pula dengan prestasi hotel-hotel lain yang dimiliki Khazanah di Desaru?
b. Berapakah pelaburan Khazanah setakat ini bagi pembangunan bersepadu Desaru dan apakah rancangan seterusnya?
Rabu, 27 Ogos 2025
Ucapan Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Penyata Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah | 27 Ogos 2025
Ucapan Pengerusi JKPK Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan: Penyata Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah | 27 Ogos 2025
1. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana izinkan Puchong untuk memberi penerangan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat.
2.
Jawatankuasa
Pilihan ini telah membentangkan dua penyata pada sidang parlimen ini.
3.
Penyata
pertama ialah Penyata berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak di Malaysia, di
mana Jawatankuasa telah mengemukakan lapan syor utama untuk
tindakan kementerian-kementerian yang berkaitan.
4. Untuk penerangan yang seterusnya, Puchong akan fokus kepada penyata kedua yang telah kami bentangkan iaitu Penyata Berkenaan Isu Buli dalam Kalangan Pelajar Sekolah.
Selasa, 26 Ogos 2025
Sidang Media oleh JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan penyata penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia DR.17 Tahun 2025 | 26 Ogos 2025
Sidang Media oleh JKP Wanita, Kanak-Kanak dan Pembangunan Masyarakat berkaitan penyata penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia DR.17 Tahun 2025 | 26 Ogos 2025, Selasa
1.
Hari ini kami Jawatankuasa
Pilihan (JKP) Wanita, Kanak-kanak dan Pembangunan Masyarakat membuat sidang
media ini untuk menjelaskan satu penyata yang telah kami bentangkan di Dewan
Rakyat pada 19 Ogos 2025 berkenaan Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak di
Malaysia.
2.
Penyata ini dihasilkan melalui 13 libat urus
dengan kementerian, jabatan, universiti, pengusaha industri dan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) serta lawatan kerja ke Singapura dari
Januari hingga Julai 2025.
3. Setelah
meneliti secara mendalam isu-isu yang telah dibangkitkan dalam
mesyuarat-mesyuarat serta lawatan kerja yang telah dijalankan, kami ingin
berkongsi beberapa perkara utama yang telah dikenal pasti.
4. Pertama, sektor pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia masih berdepan dengan cabaran besar dari segi dasar dan tadbir urus.
Isnin, 18 Ogos 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (8)
18 OGOS 2025 (ISNIN)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status pelaksanaan sistem bayaran Diagnosis-Related Group (DRG). Bilakah sistem ini akan diperluaskan ke hospital swasta dan nyatakan rancangan pelaksanaan.
Rabu, 13 Ogos 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (7)
13 OGOS 2025 (RABU)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a. Berapakah pengguna aktif portal sistem warga emas (eWarga Emas). Bagaimanakah portal ini dapat meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dan apakah rancangan dan sasaran Kementerian untuk memperluaskan penggunaan portal ini.
b. Adakah Kementerian berancang untuk membentang Rang Undang-Undang Warga Emas.
Khamis, 7 Ogos 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (6)
7 OGOS 2025 (KHAMIS)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PERALIHAN TENAGA DAN TRANSFORMASI AIR menyatakan status Kolam Takungan Dwi-Fungsi Sungai Klang dan Sungai Rasau. Adakah status ini mengikut rancangan dan bilakah ia akan siap serta apakah langkah yang diambil Kementerian untuk memastikan projek siap mengikut garis masa.
Isnin, 4 Ogos 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (5)
4 OGOS 2025 (ISNIN)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan syarat bagi syarikat untuk mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah had jumlah IP yang boleh digunakan oleh sesebuah syarikat. Apakah sasaran Kementerian bagi jumlah penggunaan IP setiap tahun dalam tempoh 10 tahun ini dan sila huraikan lebih butiran berkenaan dengan ARM.
Khamis, 31 Julai 2025
Perbahasan RMK13 - Krisis Malnutrisi & Prasekolah Kanak-kanak
Perbahasan RMK13 - Krisis Malnutrisi & Prasekolah Kanak-kanak | 31 Julai 2025
Perbahasan RMK13 - Pelaburan ARM
Pelaburan ARM | 31 Julai 2025
1. Perkara pertama yang ingin saya bangkitkan hari ini ialah Strategi Semikonduktor Nasional (National Semiconductor Strategy, NSS).
2. Puchong mengalu-alukan hasrat murni kerajaan di RMK13 bagi melonjakkan industri semikonduktor Malaysia ke rantaian nilai industri yang lebih tinggi.
3. Komitmen kerajaan untuk mencapai hasrat ini terbukti apabila kerajaan sanggup membayar USD250 juta, iaitu lebih daripada RM1 bilion, kepada ARM Holdings bagi kontrak 10 tahun, dengan tujuan memperkasa harta intelek semikonduktor Malaysia.
Kamar Khas - PENGUBAHSUAIAN BAGI MENANGANI MASALAH KESESAKAN DI KLINIK KESIHATAN SERI KEMBANGAN
31 Julai 2025
Soalan
Puan Yeo Bee Yin [Puchong]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Perkara kedua yang saya ingin menyentuh ialah pengubahsuaian bagi menangani masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan. Tuan Yang di-Pertua, hari ini Puchong ingin membawa perhatian kepada Yang Berhormat Menteri tentang keperluan untuk mengatasi masalah kesesakan di Klinik Kesihatan Seri Kembangan.
Tuan Yang di-Pertua, Klinik Kesihatan Seri Kembangan merupakan fasiliti Jenis 3, tetapi perkhidmatan yang perlu dibekalkan ialah Jenis 1 iaitu kedatangan pelanggan sehari melebihi 800 orang. Tambahan lagi, beban kerja klinik ini semakin meningkat dari 188,522 pada tahun 2021 ke 195,361 pada tahun 2022 dan 209,279 pada tahun 2023.
Kamar Khas - Masalah Kesesakan Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan
31 Julai 2025
Soalan
Puan Yeo Bee Yin [Puchong] : Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk membawa beberapa isu yang berkenaan dengan kawasan Parlimen Puchong.
Tuan Yang di-Pertua, saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat Menteri berkenaan masalah kesesakan di Jalan Putra Permai dan Jalan Besar Seri Kembangan. Jalan ini adalah nadi utama yang menyokong pembangunan ekonomi dan sosioekonomi kawasan tersebut, menghubungkan kawasan perumahan seperti Kota Perdana, Taman Putra Permai, Taman Equine, Lestari Perdana dan Taman Prima Tropika serta menghubungkan Puchong, Seri Kembangan, Bandar Sierra dan Cyberjaya. Namun, pembangunan pesat di kawasan sekitar menyebabkan kesesakan trafik yang sangat serius, terutama ketika waktu puncak. Kesesakan ini turut spillover ke Lebuhraya Damansara–Puchong (LDP) dan Lebuhraya Putrajaya–Cyberjaya di Serdang Interchange menyebabkan gangguan yang meluas.
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (4)
31 JULAI 2025 (KHAMIS)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :
a. apakah status sebenar Lebuh Raya MEX II. Adakah kelulusan agensi Kerajaan diperlukan sebelum Maju Group membuat tuntutan. Apakah langkah Kementerian untuk memastikan situasi seperti ini tidak diulangi
b. berapakah dana diperlukan untuk siapkan projek dan adakah tambahan ini akan menyebabkan peningkatan tol.
Rabu, 30 Julai 2025
Perbahasan RUU Bekalan Elektrik (Pindaan) 2025 | 30 Julai 2025
1. Terima kasih Tuan Speaker kerana izinkan Puchong untuk membahas RUU pindaan Bekalan Elektrik yang membolehkan dan mengawalselia eksport dan import bekalan elektrik.
2. Hari ini adalah sangat bermakna bagi saya kerana membolehkan perdagangan antarabangsa bekalan elektrik untuk merancakkan industri hijau Malaysia adalah antara “unfinished business” saya sebagai Menteri Tenaga sejak Langkah Sheraton.
3. Izinkan Puchong mengambil sedikit masa untuk menceritakan latar belakang bekalan elektrik dengan negara jiran.
4. Sebelum ini, perdagangan bekalan elektrik Malaysia adalah melalui ASEAN Power Grid (APG).
5. Untuk pengetahuan Tuan Speaker, ASEAN Power Grid ialah inisiatif untuk membina interconnection bagi menghubungkan grid kuasa negara-negara ASEAN dan merancakkan perdagangan antaranya.
6. Objektif APG adalah untuk meningkatkan kesimbangan energy trilema negara ASEAN iaitu, keselamatan tenaga, kebolehcapaian dan kemampuan serta kemampanan alam sekitar.
7. Sehingga 2018, perdagangan kuasa di antara negara-negara ASEAN adalah melalui perjanjian pembelian kuasa dua hala. Laos khususnya dengan sumber hidroelektriknya yang besar telah mengeksport ke negara-negara jiran seperti Thailand, Kemboja dan Viet Nam. Malah, lebih daripada 80% daripada kuasa yang didagangkan di bawah APG melibatkan kuasa hidro Laos.
8. Bagi Malaysia, kita mempunyai perjanjian perdagangan kuasa dua hala di antara Kalimantan Barat dan Sarawak.
9. Walaupun Kalimantan berlimpah dengan arang batu dan gas asli, kebanyakan kuasa untuk komuniti terpencil di Kalimantan Barat dijana daripada diesel, yang merupakan bentuk penjanaan kuasa yang paling mahal per unit elektrik yang dijana.
10. 128km interkoneksi antara Bengkayang, Kalimantan Barat dan Mambong, Sarawak di bawah ASEAN Power Grid telah membolehkan anjakan kuasa diesel di antara 50 MW dan 130 MW di Kalimantan Barat dengan elektrik dari Sarawak, yang bukan sahaja lebih murah tetapi juga lebih hijau memandangkan 75% daripada elektrik yang dihasilkan di Sarawak adalah melalui hidroelektrik.
11. Malaysia juga terlibat dalam projek perintis ASEAN Power Grid bagi multilateral trading, iaitu perdagangan kuasa yang melibatkan lebih daripada dua negara di bawah Laos-Thailand-Malaysia-Singapura (LTMS) Power Integration Project.
12. Saya sendiri terlibat dalam rundingan pelaksanaan fasa 2 projek antara Laos-Thailand-Malaysia semasa saya memegang jawatan Menteri.
13. Di bawah perjanjian ini, Laos menjual sehingga kuasa hidroelektriknya kepada Malaysia dengan Thailand berkhidmat sebagai negara transit (atau 'wheeling').
14. Bermula penghujung 2018, kami juga mengambil langkah proaktif untuk berbincang dengan Singapura berkenaan dengan pengeksportan TBB ke negara tersebut.
15. Malahan, perdagangan RE termasuk dalam salah satu agenda setiap kali saya mengadakan perbincangan dua hala dengan pihak Singapura.
16. Ketika itu, kami menjangkakan Singapura akan memerlukan lebih banyak RE dalam campuran tenaga elektrik mereka, disebabkan trend peningkatan komitmen terhadap neutraliti karbon oleh syarikat-syarikat multinasional, dan banyak di antaranya ibu pejabat Asia atau Asia Tenggara adalah terletak di Singapura.
17. Manakala, kami pula berhasrat untuk mengeksport RE sebagai salah satu langkah untuk merancakkan sektor ekonomi dan pekerjaan hijau di negara ini.
18. Seperti yang dijangkakan, pada 25 Oktober 2021, kerajaan Singapura mengumumkan hasrat untuk mengimport sehingga 4 GW RE berkarbon rendah menjelang 2035.
19. Potensi pasaran eksport ini jika dapat dimanfaatkan sepenuhnya, mampu menjana sehingga RM 6 billion dalam bentuk pelaburan swasta dan juga hampir 50,000 peluang pekerjaan di Malaysia.
20. Walau bagaimanapun, secara tiba-tiba, kerajaan pada masa itu Perikatan Nasional mengumumkan larangan pengeksportan TBB pada hujung 2021.
21. Saya pernah ajukan soalan di Parlimen, masa itu saya YB Bakri, mengenai rasional di sebalik keputusan ini.
22. Jawapan yang saya terima adalah pengeksportan RE akan menjadi penghalang kepada usaha Malaysia dalam mencapai komitmen Malaysia dalam Paris Agreement melalui national determined commitment (NDC).
23. Jawapan ini adalah tidak munasabah.
24. Secara keseluruhan, di Malaysia, potensi tenaga solar, biotenaga dan hidrokuasa kecil mencecah 275GW.
25. Sebagai perbandingan, kapasiti jana kuasa sedia ada di seluruh negara setakat tahun 2020 hanya sekitar 35 GW.
26. Dengan erti kata lain, potensi TBB yang belum diterokai sahaja boleh menjana lebih daripada 8 Malaysia.
27. Secara ringkasnya, Malaysia mampu mencapai NDC Paris Agreement dan pada masa sama mengeksport TBB kita.
28. Tuan Speaker, saya telah merekodkan bantahan saya di dewan yang mulia ini terhadap keputusan kerajaan yang melarang pengeksportan bekalan elektrik kerana peluang untuk kita menjana pertumbuhan ekonomi dan pekerjaan hijau adalah besar, malangnya pandangan saya tidak diterima.
29. Tuan Speaker, sebenarnya bukan sahaja pengeksportan elektrik ke Singapura tetapi saya juga telah menerima proposal yang ingin meneroka pengeksportan elektrik dari Kedah ke Thailand Selatan.
30. Industri TBB menawarkan potensi penciptaan pekerjaan yang besar di Malaysia. Sebenarnya, kajian menunjukkan bahawa TBB boleh mencipta lebih pekerjaan daripada tenaga konvensional.
31. Dengan peningkatan pelaburan dalam penjanaan solar, hidro kecil dan biojism, pembuatan komponen TBB tempatan, kita dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan baharu merentasi pelbagai sektor.
32. Ini termasuk pekerjaan mahir dalam bidang seperti kejuruteraan, teknikal, pemasangan, penyenggaraan, dan juga pekerjaan dalam pembuatan, jualan, dan pemasaran.
33. Pengembangan industri TBB akan menyokong tenaga kerja tempatan dan merangsang pertumbuhan ekonomi di seluruh negara.
34. Pendek kata, larangan pengeksportan bekalan elektrik adalah tidak rasional.
35. Oleh itu, Puchong sangat bangga hari ini kerana “finally, common sense prevail”, dengan izin.
36. Saya percaya ini akan memberi impak positif kepada pemain industri TBB di Malaysia.
37. Tuan Speaker, pindaan ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Perpaduan adalah lebih business-friendly dan lebih mampu dalam menerajui ekonomi Malaysia.
38. Dengan itu, Puchong menyokong penuh pindaan RUU ini untuk membolehkan perdagangan antara bangsa bekalan elektrik.
39. Seterusnya Puchong ingin mengalih perbincangan saya kepada mekanisme pengekosportan elektrik dengan pindaan yang berkaitan berkenaan pengendali pasaran dan atribut hijau.
40. Puchong membaca bahawa respon terhadap bidaan untuk pengekosportan ke Singapura yang dihoskan oleh The Energy Exchange Malaysia (Enegem) kurang memperangsangkan.
41. Walaupun terdapat 16 syarikat yang layak untuk mengambil bahagian dalam proses bidaan hanya dua bidaan yang dibuat.
42. The Edge telah melaporkan antara cabaran utama ialah penetapan harga TBB yang tidak menarik dan pengiktirafan TBB merentasi sempadan sebagai tenga hijau.
43. Untuk menjadikan harga TBB lebih menarik untuk pengusaha dan pembeli TBB, selain daripada menggunakan model Single Buyer, Puchong cadangkan kerajaan juga mengizinkan model Akses Pihak Ketiga (TPA) bagi perjanjian B2B dengan peruncit kuasa di Singapura ataupun mana-mana negara jiran yang berminat untuk mendapatkan bekalan elektrik di Malaysia.
44. Kos pengagihan boleh ditetapkan pada system access cost (SAC) tempatan, iaitu 25 sen/kWj untuk firm power dan 45 sen/kWj untuk intermittent power, tambah dengan system access cost of cross-border transmission.
45. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk mengizinkan permohonan pemain TBB yang ingin membina interconnection sendiri.
46. Dengan ini, perdagangan TBB kepada negara jiran bukan sahaja boleh melalui perjanjian G to G tetapi juga B to B.
47. Ini adalah lebih fleksibel dan berpotensi untuk mencetus penyelesaian perdagangan eletkrik merentasi sempadan yang lebih inovatif.
48. Cabaran kedua pengeksportan TBB adalah berkaitan dengan pengiktirafan TBB merentasi sempadan sebagai tenaga hijau.
49. Oleh itu, adalah penting atribut hijau TBB yang diperdagangkan seperti yang dimaktubkan pada seksyen 32A adalah dimiliki oleh pembeli.
50. Dengan ini, TBB boleh dijual bersama dengan Renewable Energy Certificates (RECs). Ini akan meningkatkan kredibiliti TBB Malaysia sebagai tenaga hijau.
51. Walaubagaimanapun, pengiktirafan eksport TBB juga dipengaruhi oleh standard antarabangsara.
52. Untuk pengetahuan dewan yang mulia ini, antara faktor yang mendorong permintaan TBB global ialah RE100.
53. RE100 ialah inisiatif yang diterajui oleh Climate Group, yang mana lebih daripada 400 syarikat komited mengalih penggunaan elektrik mereka kepada 100% TBB, menjelang tahun tertentu.
54. Banyak MNC terutama syarikat gergasi seperti Microsoft, Amazon, Google, Meta dsb, telah menyertai RE100.
55. Menurut kriteria teknikal RE100, tuntutan penggunaan TBB hanya boleh dibuat apabila TBB dijana dan digunakan dalam pasaran yang sama.
56. Negara individu adalah dianggap sebagai pasaran berbeza kecuali US-Canada (North America) dan Kesatuan Eropah (EU) dianggap sebagai pasaran tunggal.
57. Untuk merangsangkan perdagangan TBB merentasi sempadan di ASEAN, Puchong mencadangkan kerajaan sebagai Pengerusi ASEAN untuk memulakan perundingan dengan Climate Group, supaya perdaganan TBB di rantau ASEAN juga dianggap sebagai pasaran tunggal seperti North America and EU market.
58. Ini akan meningkatkan lebih aktiviti perdagangan melalui ASEAN Power Grid.
59. Itu sahaja dari Puchong, dengan ini Puchong menyokong. Terima kasih.
Selasa, 29 Julai 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (3)
29 JULAI 2025 (SELASA)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI EKONOMI menyatakan adakah perjanjian USD 250 bilion dengan ARM telah dimuktamadkan.
a. berapakah jumlah syarikat IC design yang boleh mengakses ke Intellectual Property (IP) ARM. Adakah ia merangkumi kedua-dua lesen dan royalti
b. adakah bayaran Kerajaan kepada ARM mengikut kadar peggunaan ( utilization rate).
Rabu, 23 Julai 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (2)
23 JULAI 2025 (RABU)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :
a. berapa kes kematian kanak-kanak akibat kecuaian dan penderaan serta berapakah yang didakwa dan disabitkan kesalahan pada tahun 2020 hingga 2024
b. apakah langkah yang diambil oleh Kementerian untuk mengelak kematian ini
Selasa, 22 Julai 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (1)
22 JULAI 2025 (SELASA)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa jumlah pesakit dalam senarai menunggu dan berapakah purata tempoh masa seseorang perlu menunggu untuk mendapat giliran bagi pembedahan katarak, batu karang ginjal, pembedahan yang melibatkan jantung seperti bypass, pembedahan injap jantung, Arrhythmia dan jantung Kongenital serta pembedahan yang melibatkan paru-paru.
Isnin, 21 Julai 2025
Perbahasan RUU Kredit Pengguna | 21 Julai 2025
21 Julai 2025, Isnin
1. Terima kasih Tuan Speaker memberi peluang kepada Puchong untuk membahas Rang Undang-Undang Kredit Pengguna.
2. Pembentangan RUU ini
adalah perlu dan tepat tepat pada masanya dengan pertumbuhan pesat perkhidmatan
"Beli Sekarang, Bayar Kemudian" (BNPL).
Isnin, 5 Mei 2025
Perbahasan Mesyuarat Khas berhubung Pengumuman Tarif Timbal Balas oleh Amerika Syarikat
5 Mei 2025, Isnin
1. Terima
kasih Tuan Speaker izinkan Puchong untuk membahas topik yang memberi impak
kepada Malaysia bukan sahaja satu dua tahun ini tetapi dalam jangka masa
panjang.
2. Pada 3hb April yang lalu, President Trump telah mengejutkan seluruh dunia dengan pegumuman tarif balas yang tinggi kepada hampir semua negara yang berdagang dengannya.
3. Sarah Bianchi dari Evercore ISI menyatakan bahawa polisi baru ini, jika tidak disemak semula adalah lebih tinggi daripada tahap yang ditetapkan oleh Akta Tarif Smoot-Hawley pada tahun 1930.
Rabu, 12 Mac 2025
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama,Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (5)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA
menyatakan :
a. langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah kesesakan di sepanjang Jalan Putra Permai termasuk interchange yang menghubunginya ke lebuh raya
b. status perancangan/pembinaan flyover di simpang Jalan Putra Permai dan Jalan Prima Tropika (depan Giant Seri Kembangan).
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (4)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan :
a. rancangan Kerajaan dalam menangani kesesakan di Jalan Besar Seri Kembangan
b. lorong pusingan U di Jalan Besar Seri Kembangan telahpun ditutup tanpa dinaik taraf. Apakah sebab dan rancangan.
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama , Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (3)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
a. status penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB)
b. mengapa MAHB menerima tawaran RM11 per syer apabila penasihat Hong Leong Investment Bank berpendapat bahawa tawaran ini adalah 'unfair' dan kelima-lima pengarah bebas berpendapat 'unfair' dan 'unreasonable'
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (2)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN
KELESTARIAN ALAM menyatakan :
a. Status 25 stesen Photo-Ionised-Detectors (PID) yang dipasang di Pasir Gudang pada Februari 2020. Adakah ia berkesan dalam memberi amaran awal pencemaran. Nyatakan statistik
b. Status dan kadar penggunaan stesyen bergerak Gas-Chromatography-Mass- Spectrometry (GCMS) yang telah diperoleh selepas krisis Sungai Kim Kim.Nyatakan statistik.
Pertanyaan Dewan Rakyat Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-15 Tahun 2025 (1)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :
a. Adakah Kementerian merancang untuk menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) Seri Kembangan memandangkan ia perlu mengendali lebih daripada 800 orang pesakit sehari tetapi fasilitinya hanya adalah jenis 3
b. Rancangan Kementerian untuk menangani kesesakan serius bahagian Ibu dan Anak di KK Seri Kembangan.
Isnin, 3 Mac 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 3 Mac 2025
3 MAC 2025 (ISNIN)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan langkah yang akan diambil oleh Kementerian untuk memastikan bayaran yang dikenakan oleh hospital swasta adalah sama di antara pemegang insurans dan bukan pemegang insurans. Begitu juga antara pembayaran menggunakan surat jaminan dan pembayaran pay-and-claim.
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 3 Mac 2025
3 MAC 2025 (ISNIN)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan rancangan Kementerian bagi mengawal inflasi kos kesihatan swasta di Malaysia (lebih daripada 10%) supaya setaraf dengan atau kurang daripada purata inflasi global (kira-kira 5%) setiap tahun.
Rabu, 26 Februari 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Pengangkutan | 26 Februari 2025
26 FEBRUARI 2025, RABU
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :
a. bilakah perkhidmatan aerotrain Kuala Lumpur International Airport akan dikembalikan
b. langkah yang diambil supaya gangguan perkhidmatan aerotrain yang berpanjangan ini tidak diulangi pada masa hadapan.
Khamis, 20 Februari 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam | 20 Februari 2025
20 Februari 2025 (Khamis)
SOALAN
PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM menyatakan :
(a) langkah-langkah yang diambil untuk merekod/mengintegrasi data pergerakan bahan kimia berbahaya (bagi manusia dan/atau alam sekitar) di seluruh rantaian pergerakan dari import/penghasilan sehingga pelupusan untuk memudahkan siasatan kes pencemaran
(b) adakah Kementerian berancang untuk membentangkan Akta Takbir Urus Bahan Kimia.
Rabu, 19 Februari 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 19 Februari 2025
19 Februari 2025 (Rabu)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :
(a) berapa jumlah pegawai perubatan psikiatri dan psikologi di hospital Kerajaan berbanding permintaan. Apakah purata tempoh menunggu untuk mendapat perkhidmatan pakar
(b) langkah yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan kesihatan mental juga dilindungi dalam pakej insurans kesihatan.
Khamis, 13 Februari 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 13 Februari 2025
13 Februari 2025, Rabu
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan :
(a) jumlah klinik kesihatan di Malaysia mengikut jenis. Berapa antaranya menampung jumlah pesakit yang lebih daripada jenis fasiliti yang disediakan.
(b) rancangan Kementerian untuk mengurangkan jurang ini.
Rabu, 12 Februari 2025
Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja 2025 | 12 Februari 2025
12 Februari 2025, Rabu
Terima kasih Tan Sri Speaker kerana izinkan Puchong untuk turut serta dalam perbahasan junjung kasih titah tuanku.
Pembasmian Kemiskinan di Masyarakat India
Puchong ingin memulakan perbahasan saya dengan berkongsi tentang hidup seorang ibu tunggal di kawasan saya yang bernama Kavitha.
Pada musim Deepavali yang lalu, saya telah melawat Kavitha di Pangsapuri Aman.
Apabila saya masuk ke rumah, apa yang tertera di depan mata saya ialah ruang tamu yang kosong, tiada sofa, tiada TV, tiada apa-apa, hanya beberapa kerusi plastik.
Khamis, 6 Februari 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kewangan | 6 Februari 2025
6 Februari 2025, Khamis
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :
(a)isu pertikaian undang-undang antara Kerajaan dan Mulia Group berkenaan dengan pemilikan Exchange 106
(b) kadar occupancy dan purata kadar sewaan Exchange 106 terkini. Apakah anggaran capitalisation rate. Adakah pulangan pelaburan Kerajaan dalam Exchange 106 berbaloi.
Rabu, 5 Februari 2025
Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat 2025 kepada Menteri Kesihatan | 5 Februari 2025
5 Februari 2025 (Rabu)
SOALAN
YB PUAN YEO BEE YIN [PUCHONG] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status Tabung Amanah Penyakit Jarang Jumpa.
(a) jumlah dana terkini dan berapa penerima yang telah bermanfaat sejak penubuhan tabung sehingga kini
(b) insentif bagi penderma dan adakah rancangan untuk membuat penambaikan.
